Loading

Gempa bumi Taiwan

Gempa bumi Taiwan setakat jam 4 petang semalam, telah membunuh 9 orang, mencederakan 821 orang, dan memerangkap 127 orang, lapor Pusat Tindak Balas Bencana Pusat Taiwan

Bagi yang belum tahu, gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter itu berlaku di perairan timur Taiwan pada 7:58 pagi

Menurut maklumat dari Biro Meteorologi , pusat gempa adalah 25.0 kilometer selatan-tenggara Kerajaan Daerah Hualien, dengan kedalaman kira kira 15.5 kilometer.

Gegaran jelas dirasai di seluruh Taiwan.

Gempa bumi Taiwan : 10 item ini penting untuk survival ketika bencana

Dalam situasi bencana alam seperti gempa bumi Taiwan ini kami senarai kan 10 kelengkapan penting yang

amat diperlukan oleh mangsa bencana iaitu : 

Air Mineral: Orang ramai akan membeli air mineral dalam jumlah yang banyak kerana gempa bumi boleh mengganggu bekalan air bersih dan menyebabkan kemudahan air menjadi terhad.

Makanan Kering: Makanan yang tidak memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk atau memasak seperti biskut, bar energi, dan makanan tin menjadi pilihan utama kerana ia mudah disimpan dan tahan lama.

Kit Pertolongan Cemas: Kit ini penting kerana ia mengandungi bekalan kecemasan seperti pembalut, antiseptik, dan ubat-ubatan asas yang diperlukan untuk rawatan segera sekiranya berlaku kecederaan.

Lampu Suluh dan Bateri: Lampu suluh adalah penting untuk penerangan ketika kehilangan bekalan elektrik, dan bateri tambahan diperlukan untuk memastikan lampu suluh dapat berfungsi untuk tempoh yang lama.

Selimut dan Pakaian Hangat: Selimut diperlukan untuk kehangatan, terutama jika gempa bumi berlaku pada waktu musim sejuk atau di kawasan yang mempunyai suhu sejuk.

Pembakar Gas Portable: Pembakar gas portable atau dapur kompak digunakan untuk memasak atau memanaskan makanan ketika bekalan gas atau elektrik terputus.

Radio Bateri: Radio yang beroperasi dengan bateri penting untuk mendapatkan maklumat terkini tentang situasi gempa bumi dan arahan daripada pihak berkuasa, terutama jika sambungan internet dan telekomunikasi terjejas.

Power Bank: Alat pengecas bateri mudah alih ini penting untuk mengekalkan komunikasi melalui telefon bimbit dan peranti lain ketika bekalan elektrik tidak ada.

Tisu Basah dan Sanitizer Tangan: Kebersihan peribadi penting, terutama jika kemudahan air terganggu. Tisu basah dan sanitizer tangan membantu menjaga kebersihan dan mencegah penyebaran kuman.

Khemah : Khemah digunakan untuk menyediakan tempat perlindungan sementara bagi mereka yang rumahnya terjejas parah oleh gempa bumi atau jika terpaksa berpindah ke lokasi yang lebih selamat.

Gempa bumi Taiwan : buat RESEARCH bantu seller eBay

Sebagai eBay seller, kejadian di luar jangka seperti gempa bumi Taiwan ini

memang sesuatu yang yang ada pro dan kontra nya

Pro nya mungkin permintaan terhadap barang barang disenaraikan di atas meningkat

Namun kontra nya adalah jika barang barang itu tak dapat dihantar kerana kacau bilau yang berlaku

Lantas apakah cara terbaik bagi mengatasi masalah ini

Apa yang boleh dilakukan adalah buat RESEARCH terlebih dahulu 

Ia bagi memberi kita gambaran sebenar sebelum ambil apa apa keputusan bisnes

Ini mampu menjimatkan kos dan memaksimumkan keuntungan seller eBay itu sendiri

Lebih lebih lagi jika mahu bisnes online di luar negara, teknik ini amat membantu

Gempa bumi Taiwan : 11 bencana yang berlaku di USA

Kata kan kita mahu bisnes eBay di USA, kena kaji dahulu

mengenai kejadian bencana alam yang sering terjadi di negara itu

Contohnya, di bawah ini kami list kan antara bencana alam yang kerap terjadi di USA

Tornado : Amerika Syarikat alami jumlah tornado paling banyak di dunia, terutama di kawasan yang dikenali sebagai “Tornado Alley” iaitu negeri di tengah tengah USA seperti Oklahoma, Kansas, dan Texas.

Gempa Bumi : California dan Alaska adalah dua negeri yang paling kerap alami gempa bumi di Amerika Syarikat, kerana oleh kedudukan mereka di atas garis sesar seperti Garis Sesar San Andreas.

Kebakaran Hutan : California, Colorado, dan negeri di barat Amerika Syarikat sering alami kebakaran hutan terutama pada musim panas dan gugur, yang dipicu oleh suhu panas dan kering.

Banjir : Kawasan-kawasan di Sungai Mississippi dan Sungai Missouri kerap alami banjir besar, contoh nya adalah Banjir Besar pada tahun 1993 yang telah musnah kan banyak rumah dan tanah pertanian.

Tanah Runtuh : Tanah runtuh sering berlaku di kawasan yang ada topografi berbukit atau selepas hujan lebat yang jadi punca tanah tidak stabil, seperti yang berlaku di kawasan pegunungan Appalachian dan Rocky Mountains.

Blizzard : Negeri-negeri di Midwest dan Timur Laut Amerika Syarikat sering alami blizzard, yaitu badai salji yang kuat disertai angin kencang dan dingin yang boleh jadi punca gangguan besar pada transport dan infrastruktur.

Taufan Atlantik bakal badai USA

Ribut Taufan : Taufan Atlantik, sering melanda pantai timur Amerika Syarikat dari bulan Jun hingga November.

Taufan Katrina pada tahun 2005 adalah salah satu contoh paling teruk yang pernah berlaku.

Hujan batu (Hailstorm) : Hujan batu sering terjadi di kawasan Tornado Alley dan boleh jadi punca kerosakan besar pada kenderaan, bangunan, dan tanaman.

Empangan air pecah : Walaupun tidak sering berlaku, empangan pecah ada potensi untuk kerosakan yang besar, seperti insiden Empangan Oroville di California pada tahun 2017

Ribut Petir : Ribut petir adalah kejadian biasa di seluruh Amerika Syarikat, terutama nya di kawasan tengah dan selatan.

Ia sebab kan kilat, ribut angin kencang, dan kadang kadang tornado atau hujan batu

Kit pertolongan cemas antara item hot demand

Jika kita berada di posisi seorang mangsa bencana, selain makanan, minuman dan ubatan

Apakah agaknya barang yang amat diperlukan?

Ya, tak lain tak bukan adalah kit pertolongan cemas seperti di bawah ini

Gempa bumi Taiwan

Mengikut data carian first aid kit di Google Trends USA dari Jun hingga November 2023 menemui : 

Gempa bumi Taiwan

Dan banding kan dengan data dari Terapeak iaitu jualan first aid kit di eBay USA sejak setahun lalu seperti di bawah : 

Gempa bumi Taiwan

Jika dilihat data sejak Jun hingga November 2023, jualan produk ini mula memuncak pada 1 Julai 2023

Kedua data iaitu carian di Google Trends dan Terapeak ini sepadan

dan sahkan bahawa first aid kita memang dapat demand tinggi

Inilah adalah RESEARCH produk yang perlu dibuat oleh seller eBay dengan ambil kira faktor faktor semasa seperti bencana alam

Boleh kata produk ini demand nya selalu ada di USA

Kit pertolongan cemas murah di alibaba

Mari kita lihat antara top seller first aid kit di eBay USA

Sejak muat naik listing ini pada 16 September 2023, seller USA ini berjaya buat jualan sebanyak 416 unit first aid kit

Dengan harga USD 41.99 @ RM 198.93 seunit

Kira kira 7 bulan selepas muat naik listing, seller ini raih jualan kasar USD 17,467.84 @ RM 82,757.26 sen !

atau RM12,000 sebulan ya. Masya Allah best nya

Mari kita lihat jika produk ini boleh dibeli dari alibaba.com atau tidak

Nahhh, ada rupanya, rupa sebiji pula tu dan harga serendah USD 10 setiap satu

Sebab itu, lagi sekali soal RESEARCH ini amat penting dibuat oleh mana mana seller untuk enter mana mana platform jualan

Sama ada fizikal atau online, termasuk di eBay

Sebagai insan kita bersandar pada realiti, tiada siapa mahu bergembira atas kesusahan orang lain

Namun dalam masa sama, sebagai seller kita juga punya tanggung jawab muamalat untuk penuhi keperluan orang ramai 

Lebih lebih lagi ketika waktu bencana seperti ini dengan sedia kan produk dan servis yang terbaik dengan harga yang munasabah

Kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA

Dalam kelas eBay Dr Zul, teknik RESEARCH ini diajar kepada seller seller baru

Sebelum menjual apa apa produk di laman eBay, ada langkah WAJIB patuh dan buat research adalah satu dari nya

Namun ada langkah langkah WAJIB lain yang akan diajar melalui 5 bab untuk kuasai jualan di eBay

Iaitu yang pertama cara nak setup akaun eBay (sebelum, semasa dan selepas) hingga akaun itu sedia untuk menjual

Kedua, adalah langkah mencari barang yang boleh dan tak boleh dijual ikut data

Data ini akan tentu kan kadar kejayaan yang tinggi

Caranya adalah kuasai teknik High Demand Low Risk (HDLR) dan RCA

Sekiranya kedua teknik ini dikuasai dengan baik, InsyaAllah 95 peratus barang di kedai eBay boleh terjual

Ketiga, adalah teknik bagi optimum kan potensi kedai eBay kita dilihat dan dilawati oleh buyer

Teknik optimum ini termasuk kenal pasti apa volume search dan kata kunci dicari oleh buyer di eBay

Keempat, adalah proses pemilihan syarikat kurier yang tepat untuk menghantar barang pelanggan ke luar negara 

Kelima adalah cara memaksimumkan keuntungan dengan melebarkan bisnes melalui penggunaan gudang di USA

Ini adalah bekal utama bagi seorang seller di bawah bimbingan Dr Zul untuk pecah telur 

Seterusnya dapat income dalam USD

Sama seperti apa yang anda lihat di bawah ini 

Lihat lah apa kata mereka yang sudah pergi ke kelas anjuran Dr Zul

Ayuh segera daftar cara menjual di eBay 

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah :

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.