Loading

Jeff Bezos

Jeff Bezos atau nama sebenarnya Jeffrey Preston Bezos Jorgensen adalah seorang usahawan internet yang dilahirkan pada 12 Januari 1964.

Beliau adalah pengasas syarikat e-dagang terbesar di dunia, Amazon.com

Pada mula nya Amazon hanya lah sebuah kedai buku dalam talian sebelum maju dan menjadi berjaya seperti hari ini.

Pada 2021 Jeff Bezos miliki kekayaan bersih kira kira $200 bilion USD.

Nilai kekayaan nya itu dijangka bertambah apabila Jeff Bezos, menjual hampir 12 juta saham bernilai lebih AS$2 bilion (RM9.5 bilion), lapor berita dpa, baru baru ini

Bezos turut menyatakan hasratnya untuk menjual sehingga 50 juta saham Amazon, yang mempunyai nilai pasaran AS$8.4 bilion (RM40 bilion).

Ketika ini beliau adalah orang ketiga terkaya di dunia selepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LVMH Bernard Arnault dan Elon Musk

Jeff Bezos : Manusia Boleh Hidup dan Bekerja di Angkasa Lepas

Bezos mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan sains komputer dari Universiti Princeton, Amerika Syarikat.

Sebelum menubuhkan Amazon, beliau bekerja di Wall Street dalam bidang pelbagai kewangan termasuklah pembangunan perniagaan untuk syarikat pelaburan.

Jeff Bezos juga mendirikan Blue Origin, sebuah syarikat penerbangan angkasa yang bertujuan untuk membolehkan orang awam melancong ke angkasa lepas.

Pada tahun 2013, Bezos membeli akhbar terkenal The Washington Post

Belia menggunakan kepakaran nya untuk memodenkan operasi perniagaan dan strategi digital akhbar tersebut.

Bezos telah mendermakan jutaan dolar kepada untuk tujuan amalm termasuk melancarkan “Bezos Day One Fund” pada 2018

Ini bagi membantu keluarga yang tidak mempunyai rumah dan mendirikan prasekolah untuk komuniti berpendapatan rendah.

Bezos mempunyai minat yang besar dalam penerokaan angkasa dan percaya bahawa manusia boleh hidup dan bekerja di angkasa lepas.

Amazon Guna Robot Canggih dan AI

Di bawah kepimpinan Bezos, Amazon menjadi raksasa e-dagang dengan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk penyediaan pengkomputeran awan, Amazon Web Services (AWS).

Platfom itu kini menjual pelbagai barangan termasuk peralatan elektronik, pakaian, permainan, barangan rumah, makanan, dan banyak lagi.

Amazon Prime adalah perkhidmatan langganan yang menawarkan penghantaran cepat percuma, akses kepada streaming video dan muzik, serta faedah lain kepada ahli.

Bezos juga mempunyai platform penerbitan sendiri, Kindle Direct Publishing, yang membolehkan penulis menerbitkan dan menjual buku elektronik (e-buku) dan buku cetak.

Amazon mempunyai pelbagai laman web serantau dan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke banyak negara di seluruh dunia.

Syarikat itu terkenal dengan kemampuannya untuk menyediakan penghantaran yang sangat cepat, termasuk perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama di beberapa wilayah.

Amazon telah memperkenalkan konsep kedai tanpa kaunter pembayaran, di mana pelanggan boleh memilih barang dan meninggalkan kedai tanpa perlu beratur di kaunter pembayaran.

Penggunaan robot canggih dan kecerdasan buatan (AI) membantu Amazon untuk melancarkan operasi gudang dan logistik secara automatik sekaligus meningkatkan kecekapan dan kelajuan penghantaran.

Amazon sering dikritik mengenai isu isu seperti kesan alam sekitar, syarat kerja, dan praktik monopoli.

Namun, syarikat ini telah melancarkan inisiatif untuk mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan kelestarian.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.