Loading

Maklum balas negatif eBay

Maklum balas negatif eBay. Siapa yang ada pengalaman?

Seller memang confirmed risau semacam kan, bila dapat bad feedback atau review negatif ni

Kita mesti fikir, eh boleh jual dekat eBay lagi tak ni ?

Akaun kena suspend ke ?

Dan macam macam lagi di fikiran kan

Jangan risau, jika anda dapat ulasan negatif

Berikut adalah cara untuk selesai kan masalah berkenaan

Fahami Sistem Maklum Balas eBay

Namun sebelum itu, kita kena faham apa fungsi dan kepentingan sistem maklum balas eBay ini okay

eBay adalah platfom e-dagang pertama yang guna sistem peratus maklum balas dalam platformnya.

Sistem ini sebenarnya dibuat bukan untuk menyusah kan seller

Tetapi ia bagi jamin kepentingan pembeli dan penjual eBay

eBay faham risiko dialami mereka yang berjual beli tetapi tidak kenal antara satu sama lain

Kebanyakan penjual eBay adalah jujur dan customer berpuas hati dengan barang yang mereka beli.

Tetapi ada keadaan apabila pembeli tidak berpuas hati,

dan mereka ada pilihan untuk tulis komen rasa tak puas hati itu

Peratus maklum balas dibuat eBay ini adalah salah satu cara pembeli boleh menilai kebolehpercayaan penjual.

Penilaian itu diletakkan betul betul di bawah nama penjual

Pembeli biasa nya memang nampak peratusan ini

Penilaian 99%, bermaksud penjual itu dipercayai oleh pelanggan mereka sebelum ini

dan sebagai penjual, penilaian maklum balas itu adalah indeks penunjuk prestasi (KPI) di eBay.

Jika penjual dapat skor maklum balas yang rendah, metrik juga akan terkesan

Sebab itu penjual kena tambah baik servis dan produk mereka untuk raih maklum balas positif.

Cara Alih Keluar Maklum Balas Negatif eBay

maklum balas negatif ebay

Kaedah 1: Pembuangan automatik melalui eBay

Pilihan pertama alih keluar maklum balas negatif eBay adalah secara automatik melalui eBay.

Terdapat beberapa keadaan yang membolehkan anda alih keluar maklum balas tak wajar dari pembeli

Kes paling biasa adalah Kes Item Belum Dibayar.

Pembeli yang belum bayar item tidak boleh buat penilaian negatif pada penjual.

Oleh itu, jika mereka sudah buat komen negatif, ia akan dialih keluar dari akaun penjual selepas penyelesaian kes

Satu lagi senario biasa adalah apabila ada buyer tuntut Jaminan Wang Dikembalikan

Tetapi selepas siasatan dan kes itu memihak seller, maka eBay akan padam komen negatif buyer berkenaan

Kaedah 2: Semakan manual melalui eBay

Anda boleh request secara manual dengan eBay untuk alih keluar maklum balas negatif dari profil anda.

Semakan ini terhad, seperti untuk kes item gagal diserahkan pada buyer semasa delivery

Atau pembeli guna kata kata kotor atau komen lain yang tidak sesuai

Kaedah 3: Menggunakan perkhidmatan bebas

Pilihan ketiga adalah melalui servis bebas seperti NetNeutrals.

Syarikat ini akan selesai kan pertikaian dengan kena kan sejumlah bayaran.

Mereka akan siasat dan serah kan laporan kepada eBay

Kemudian, eBay akan putus kan sama untuk alih keluar maklum balas dari akaun seller atau tidak

Upah NetNeutrals dan servis bebas lain adalah di luar bajet kebanyakan penjual di eBay.

Oleh itu, seller perlu guna servis mereka jika berdepan kes pesanan bernilai tinggi yang boleh beri kesan serius kepada rating

Kaedah 4: Bertanya kepada pembeli

Cara terakhir anda untuk alih keluar maklum balas negatif adalah dengan bertanya kepada pembeli.

Anda boleh beritahu buyer anda sudah buat permintaan semakan maklum balas dan tawar kan penyelesaian

Jika seller ikhlas untuk selesai kan isu yang timbul, biasa nya ramai buyer sudi untuk nego 

Perkara yang Perlu Dielakkan

Jangan abai aduan pelanggan atau maklum balas negatif, kerana ini boleh jejaskan reputasi seller

Cegah Maklum Balas Negatif eBay

Atasi kebimbangan pembeli secara proaktif dan sedia servis pelanggan yang cemerlang untuk minimumkan risiko maklum balas negatif.

Seller Kena Peras dengan Buyer ? Ikuti Tips Ini

Penjual harus tahu dasar pemerasan maklum balas eBay,

Dasar ini adalah salah satu cara untuk lindungi bisnes seller eBay

Pemerasan maklum balas ialah apabila ada pembeli ancam untuk bagi maklum balas negatif

Jika seller enggan turut permintaan buyer seperti mahu bayaran balik atau pemulangan item

Ada buyer yang beritahu mereka akan beri maklum balas positif selepas penjual turuti kemahuan mereka

Seller jangan risau sebab eBay tak akan biarkan hal ini terjadi

Tidak kira ia jika ia dilakukan penjual atau pembeli

Mereka tak boleh jadikan maklum balas sebagai leverage untuk dapat kan sesuatu yang memihak mereka.

Seller jangan sesekali buat macam ini, akaun anda silap hari bulan boleh kena suspended terus

Berapa Lama Masa yang Diperlukan untuk Mendapatkan Maklum Balas Negatif Dialih Keluar di eBay?

Untuk alih keluar maklum balas negatif ambil masa sekitar 48 hingga 72 jam.

Jika seller ada kes yang baik, maklum balas akan dialih keluar dalam masa 48 jam atau kurang.

Bolehkah Pembeli Meninggalkan Maklum Balas Negatif Selepas 30 Hari?

Pembeli boleh tinggal kan maklum balas tentang urus niaga dengan penjual dalam tempoh 60 hari

Oleh itu, ya, pembeli masih boleh meninggalkan maklum balas selepas tempoh 30 hari.

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.