Loading

Bagi anda yang biasa dengan kerja-kerja design pasti sinonim dengan platform Canva. Kan?

Canva bukan hanya platform yang menyediakan template atau reka bentuk grafik semata-mata, tapi boleh jana pendapatan sehingga 5 angka sebulan!

Kini produk digital Print On Demand (POD) ini antara niche produk yang high demand.

Jom saya kongsi kan macam mana Sir Khia mengubah hidupnya. Lelaki ini jual template Canva di Etsy, RM17,532 sebulan!

Mula Dengan Design Calendar Template

Kalau anda nak tahu di Canva, terdapat 750,000 design template unik dan berbeza-beza disediakan.

Bagi mereka yang mahir dan kreatif boleh pelbagaikan idea design masing-masing dengan features dan tool yang Canva dah sediakan.

Macam Sir Khia ni dia mula jual template Canva di Etsy dengan design Calendar Template dulu.

https://www.tiktok.com/@sirkhia/video/7222186159957413122




Selain daripada template calendar, beliau juga buat produk POD digital lain seperti wedding card, planner, resume dan banyak lagi.

Contoh macam planner kan, macam-macam jenis template boleh buat.

Life Planner, Month Planner, Health Planner. Macam-macam lagi lah.

digital print on demand

Menurut beliau, templatetemplate ini berharga sekitar RM20 sehingga RM150. Mula-mula ada yang perli “Berapa sangat lah dapat kan kalau jual satu template tu RM20 hingga RM30 je..”

Beri Servis Terbaik Untuk Dapat Rating Tinggi

Mula-mula nak aktif di Etsy memang ambil masa sikit nak ada sales.

Tapi, bila dah dapat customer, cuba berikan servis yang terbaik. Respon dengan baik dan cepat sekiranya mereka pm.

Kalau produk digital ni tak payah nak risau shipping lambat ke apa semua, sebab customer hanya perlu download je fail pdf template yang mereka beli tu.

jual template canva di Etsy
jual template canva di etsy

Yang penting buat research produk apa yang anda nak jual.

Cari produk yang competitor nya tak ramai.

Salah satu nya produk digital print on demand ni lah!

Bila produk yang kita jual high on demand, servis pun ‘tiptop’ inshaAllah store kita akan masuk list faveret customer.

Namun, Sir Khia pesan perlu diingatkan, jangan terima atau layan customer yang minta details kita seperti email atau no telefon.

Berkomunikasi dengan customer hanya dalam platform Etsy sahaja.

Etsy kini tidak asing lagi bagi seller di kalangan orang kita di Malaysia. Ramai je yang jadikan platform Etsy sebagai online store.

Boleh BACA sini.

Anda Nak Tahu Produk High Demand Di eBay?

Leave a Reply

Your email address will not be published.