Loading

puteri shazwani

Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman, 27, ikon wanita ini bukan sahaja ada raut wajah yang cantik dan pintar

tetapi juga bukan calang calang orang kerana beliau pakar untuk kendali kan peluru dan bahan letupan

Leftenan Madya Puteri Syazwani Megat Ahmad Shariman telah cipta sejarah sebagai 

Pegawai Wanita Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang pertama ada dua kelayakan

Iaitu sebagai Ammunition Technician (AT) dan Explosive Ordnance Disposal (EOD).

Dalam bahasa mudah, beliau adalah juruteknik peluru dan pemusnah peluru serta bahan letupan.

Kelayakan ini boleh kan pegawai buat pemeriksaan fizikal, ujibukti kefungsian serta

musnah kan peluru dan bahan letupan yang sudah capai tamat jangka hayat.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kini bertugas di Depot Peluru dan Bahan Letupan di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan Pahang.

Puteri Shazwani suka sukan lasak

puteri shazwani

Selain sibuk dengan tugas dan profesion, beliau aktif dalam bidang sukan lasak.

Beliau aktif sertai pertandingan duathlon (larian 5km, berbasikal 40 km dan larian 10 km)

serta triathlon (berenang 1.5 km, berbasikal 40 km dan larian 10 km)

Wanita ini pernah sertai acara renang rentas Selat Dinding sejauh 10 km pada tahun 2019.

(dipetik dan disesuaikan dari laman web navi.mil.my)

Dalam ucapan nya pada Majlis NONA 5 November 2022, wanita ini berkata, cita cita asalnya

Adalah untuk jadi pengacara TV dan wartawan dan jadikan personaliti TV Nurul Syuhad Nurul Ain sebagai idola nya.

Dia tak pernah fikir boleh terjun kerja sebagai pegawai ATM dan kendali kan bahan letupan

“Until you spread your wings, you will never know how far you can fly”

puteri shazwani

Kata kata ibu nya ini jadi prinsip hidupnya 

Puteri Shazwani berkata, dia memang punya macam macam minat sejak kecil

dan hidup nya berubah apabila sertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai

Pegawai Kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2014.

Beliau akui bidang ini amat sukar untuk buat kan dirinya terus termotivasi

kerana latihan fizikal dan mental yang dia perlu lalui

Warga UPNM dilatih untuk bekerja di bawah tekanan dan dilatih untuk dengar arahan

Sky is only the limit

Sebagai wanita, beliau sahut cabaran ini walaupun tahu bidang ini dikuasai kaum lelaki

dan beliau akui sukar untuk dia blend dalam suasana itu

Puteri Shazwani berkata, kaum wanita agak sukar tonjol kebolehan dan kehebatan diri

kerana kurang diberi peluang nak banding dengan kaum lelaki

Segala idea, pandangan dan keputusan wanita akan dinilai dan kurang didengari

Puteri Shazwani berkata, yang hanya selalu didengar kaum wanita akan dipandang ikut rupa

Dan ada pula yang kata wanita ini hanya cantik tetapi tak pandai buat kerja dan seperti tin kosong

Puteri Shazwani sangkal pandangan itu dan tahu beliau  tidak seperti itu

Beliau berkata, sebagai wanita dia perlu pandai untuk cari peluang bukan tunggu peluang datang

Walaupun beliau terima kritikan dan tohmahan, beliau tidak biar kan  pandangan orang lain

Tentu kan hidup nya dan asal kan kita tahu diri dan ada goal hidup, ‘sky is only the limit’

Puteri Shazwani pernah terima jemputan dari USA Military Academy, untuk hadiri persidangan kepimpinan antarabangsa ketika di UPNM.

Puteri Shazwani berjaya rangkul Naib Johan dan Anugerah Video Terbaik dalam Pertandingan World Miss University Malaysia 2018.

Buat apa yang buat anda gembira, dan anda lakukannya kerana Allah

Namun pada 2020, beliau terima ujian getir sebagai pegawai muda dan perlu jalani latihan sambil bekerja.

Dugaan dan cabaran ini hampir patah kan semangat dan kekuatan mental beliau

Namun berkat sabar dan sokongan orang lain di sekeliling, beliau dapat harunginya

Dan beliau akhirnya berjaya dapat tempat pertama dalam Lembaga Kompetensi dan beliau diberi tugas di Markas Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada waktu ini lah beliau mahu ceburi bidang peluru dan bahan letupan dan kini bertugas di Depot Peluru dan Bahan Letupan di Pangkalan TLDM Tanjung Kelang,

Puteri Shazwani berkata, minta wanita di luar sana, supaya jangan takut untuk jadi apa yang anda mahu

“Buat apa yang buat anda gembira, dan anda lakukannya kerana Allah, Insya Allah semua nya akan okay.

“Biarkan ia pandu dan hidup ini akan beri kejutan istimewa pada masa depan,” katanya.

Biodata Puteri Shazwani

Puteri Shazwani anak kedua dari lima beradik dapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Ipoh

Kemudian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh dan Maktab Rendah Sekolah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak pada 2012.

Kemudian beliau lanjut kan pengajian di UPNM dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan.

Setelah ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada 2019, 

Puteri Shazwani berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Material pada 2021, 

selain hadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama lapan bulan di Kem Mempaga, Bentong

sebelum bertugas sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.

(gambar dipetik dari laman IG Puteri Shazwani )

habis//

(sumber tulisan dipetik dan disesuaikan dari portal Majoriti)

Download ebook ebay PERCUMA di sini

Lagi kisah inspirasi kejayaan di bawah

Rahsia Kejayaan. No 5 paling MUDAH

5 langkah atasi tabiat buruk

5 tabiat orang berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.