Super admin . 4th Dec, 2023 12:44 PM
Waqaf An Nur Corporation Berhad (Waqaf An Nur) telah buat program Jalinan Ukhuwah
santuni orang daerah Pontian di Masjid Jamek Parit Haji Siraj, Pontian.
Program Jalinan Ukhuwah (JU) adalah sebuah program dengan tujuan untuk dekat kan Waqaf An Nur
kepada masyarakat dan jalin hubungan baik di antara komuniti di semua daerah di negeri ini.
Program JU disertai dengan lapaisan latar belakang rakyat seperti
gologan M40 dan B40, gelandangan, mualaf dan orang asli.
Menurut Ketua Eksekutif Waqaf An Nur, Bukhari Abd Rahman,Program JU daerah Pontian
adalah program ke-8 bagi tahun ini, ianya menjadi satu bukti bahawa manfaat wakaf adalah untuk semua.
Bersempena JU pada kali ini, telah dibuat dengan gotong royong cat library desa, pemeriksaan kesihatan percuma
oleh petugas Klinik Bergerak Waqaf An-Nur dan gunting rambut percuma oleh Pusat Waqaf Komuniti
Serahan 100 bakul makanan RM10,000 kepada mereka yang perlu
dan Ziarah Kasih ke rumah pesakit pesakit kritikal.
Selain itu juga, Waqaf An-Nur turut hulur dana RM1,000 kepada Masjid Jamek Parit Haji Siraj, Pontian.
Bagi tahun 2023 hampir RM95 ribu manfaat wakaf telah diagihkan di daerah Pontian.
sumbangan ini meliputi sumbangan sara hidup, anak yatim, penyelenggaraan sekolah, baikpulih surau dan masjid.
Waqaf An-Nur turut membina dan menyerahkan 4 buah rumah asnaf dan membaiki sebuah rumah asnaf di daerah ini.
Waqaf An-Nur yang kini berusia 23 tahun telah mengagihkan sejumlah RM95 juta manfaat wakaf yang diuruskan.
Agihan manfaat ini tidak hanya diperuntukkan kepada rakyat negeri Johor semata
malah manfaat ini disalurkan kepada seluruh negara tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Program pada hari ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan
Timbalan Menteri Kewangan 1, merangkap Ahli Parlimen Pontian.
habis//
Lagi berita komuniti di bawah
Klik di sini untuk download eBook eBay PERCUMA
>>> Klik di sini cara MUDAH dapat UNTUNG dalam USD<<<