0

Loading ...

UTM bakal keluar 'Spritzer' sendiri

UTM spritzer

Sejak tiga tahun lalu sudah uar uar kan victory menemui air 'Spritzer' nya sendiri

Air semula jadi yang mereka jumpa dari hutan simpan rekreasi di UTM Skudai Johor Bahru

Penemuan ini memang unexpected dan akan beri manfaat kepada warga UTM

Sumber air semula jadi nya akan diagihkan dan dibotolkan untuk dijual

Selain dapat jimat kos bil air ia juga beri income kepada UTM

UTM jangka sebanyak 1 juta liter air semula jadi ini

boleh produce dalam waktu sehari dan ia boleh beri manfaat kepada 7,000 orang

‘Spritzer’ UTM dari atas bukit

Apa yang best adalah sumber air semula jadi ini ditemui di atas bukit ya,

bukan yang macam biasa orang ambil dari bawah bukit tu

dan benda ini sangat rare untuk berlaku

Jika di Bangkok, Thailand atau Jakarta, Indonesia,  mereka selalu 

gerudi tanah dan buat telaga, tetapi kesan nya adalah berlaku tanah mendap

Berbeza dengan air dari bukit UTM ini, mereka gerudi lapisan batu dan

barulah jumpa Spritzer @ air bawah tanah ini atau lebih tepat

adalah telaga air akuifer buatan macam dalam rajah di bawah ini

UTM spritzer

Air UTM dengan pH 7.8

Menurut laporan Berita Harian

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata,

discovery hebat para researchers UTM itu beri manfaat kepada warga UTM

yang sekali gus menjadi sumber alternatif bekalan air bersih dalam kampus

dan bantu jimat kan belanja kos operasi universiti.

"Projek ini adalah ilham oleh pihak top management UTM serta

pihak lembaga pengarah yang ingin melihat teknologi dibangunkan

oleh penyelidik UTM dapat memberi manfaat kepada masyarakat

terutamanya pelajar, pensyarah dan staf dalam UTM.

"Kita mahu melihat ada juga teknologi dibangunkan UTM diguna pakai

sendiri warga UTM sehinggalah kita memulakan projek akuifer batuan

dengan sistem penapis teknologi membran ini yang memberi manfaat.

"Ini akuifer batuan pertama di Malaysia yang kita juga tidak jangka

akan menemuinya dalam UTM sendiri.

Kita berpendapat ini menjadi titik tolak untuk memperkaya dan 

memperkasakan teknologi tempatan secara global," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan

Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Air Akuifer Batuan

di Hutan Rekreasi UTM, Skudai di sini, hari ini.

UTM spritzer

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad.

Sumber air dari paras 158 meter dalam tanah itu ditapis secara minima

Air dengan (pH) 7.8 itu akan disalurkan ke seluruh kawasan UTM khususnya bagi kegunaan pelajar di asrama.

Lagi setahun akan dibotolkan

Mengulas perancangan seterusnya, Ahmad Fauzi berkata,

pihaknya berhasrat mengusahakan proses pembotolan sumber air itu 

sekali gus dijangka dapat menjana pendapatan universiti.

"Selepas ini, kita usahakan pembotolan pula, mungkin akan ambil

masa setahun kerana kita perlu dapatkan kelulusan banyak agensi," jelasnya.

habis//

Lagi kisah kejayaan di bawah

Download ebook eBay PERCUMA di sini



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords

Am