0

Loading ...

Tips Konsisten Selawat Sumber Kekuatan Buat Bisnes Sendiri

Buat bisnes sendiri, tawakkal kena tinggi. Rasa berserah diri pada Allah yang mengurniakan rezeki buat seluruh hambaNya.

Agama Islam itu sendiri menghalalkan jual-beli dan menggalakkan buat bisnes supaya umat islam dapat memakmurkan dunia serta mampu menjana kekuatan ekonomi negara. Nabi kita sendiri Nabi Muhammad SAW sewaktu muda pernah berbisnes sehingga mendapat keuntungan yang banyak.

Ingat, apa yang diniagakan perlu bersifat jelas dan telus terhadap pembeli atau pengguna. Tidak boleh menyembunyikan kecacatan atau keaiban pada barang yang dijual. Banyakkan berdoa dan sentiasa berselawat agar kita terlindung daripada orang yang fasik, dan sentiasa berlaku jujur.

Jom saya kongsi Tips Untuk Konsisten Selawat agar tidak hilang keberkatan dalam kita berbisnes. Semoga ia menjadi sumber kekuatan buat bisnes sendiri walau hanya keuntungan yang sedikit. Yang penting Allah redha.

sumber kekuatan buat bisnes

1. Buat Sedikit Tapi Konsisten Hari-Hari

Tidak mengapa buat sedikit janji konsisten amalkan hari-hari. Apa jua bentuk ibadah yang anda ingin lakukan seperti bersedekah, solat sunat, atau berpuasa. Begitu juga berselawat buat je hari-hari bermula dengan 10 kali, 50 kali, 100 sehingga lah 1000 kali.

Bahagikan masa untuk berselawat supaya dapat buat dalam keadaan tenang dan tak tergesa-gesa. Fokuskan masa anda untuk berselawat sahaja daripada buat kerja lain contohnya, sebelum ke tempat kerja, selepas waktu solat 100 kali, semasa memandu, semasa berjalan dan sebagainya. Selawat akan menjadi sumber kekuatan buat bisnes anda inshaAllah.

2. Kenal Dulu Nabi Kita Baru Cinta

Tanda kasihkan nabi kita adalah dengan berselawat kepadanya. Orang kata " Tak Kenal Maka Tak Cinta" kan ? Macam mana nak kenal Nabi kita. Anda boleh baca kisah-kisah dan sirah Nabi melalui buku ni. Ramai review baca buku ni menarik sampai beremosi mengenangkan Nabi kita yang terlebih dahulu merindui kita sebagai umatnya.

Bila berselawat tanda kita ingat pada Baginda SAW.

3. Bila Ditimpa Ujian, Ingatlah Nabi Juga Diuji

Tatkala kita merancang perjalanan hidup kita, sentiasa ingat Allah juga merancang yang terbaik untuk kita. Yakinlah, seperti Nabi Musa yang membesar sendiri di rumah Firaun antara tanda kekuasaanNya yang tiada tandingannya.

Walaupun kita berbisnes ni menghadapi cabaran dan rintangan di hadapan kita, percayalah Allah akan memandu kita di setiap ujian dan menggerakkan perancangan yang terbaik untuk kita. Percayalah dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita.



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords

Am