0

Loading ...

Tiga termasuk kanak kanak melecur seluruh badan maut

Johor Bahru: Tiga termasuk seorang kanak-kanak maut, dalam kejadian kebakaran di sebuah kediaman di Kampung Oren, Ulu Tiram di sini, terbakar awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan JBPM, Mohd Faiz Ramli berkata, dalam kejadian 2.46 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki 13 tahun berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, mangsa yang berjaya diselamatkan melecur di bahagian muka dan tangan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini,

“Seramai 24 anggota dan empat jentera dikejarkan ke lokasi kejadian di Jalan Limau Manis, Kampung Oren, selepas mendapat panggilan kecemasan orang awam.

"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat sebuah rumah sedang marak terbakar yang memusnahkan 80 peratus daripada kediaman berkenaan.

"Terdapat empat mangsa di dalam rumah berkenaan dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dapat diselamatkan.

"Namun, tiga lagi mangsa membabitkan seorang lelaki dewasa, perempuan dewasa dan kanak-kanak perempuan meninggal dunia dengan kesan melecur di seluruh badan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Habis//


Nak belajar cara dapat duit USD ? Jom belajar kemahiran menjual di eBay. Tekan di>>>SINI<<<




Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories