0

Loading ...

Tahukah Anda? : eBay Naikkan Yuran Jual Barang Aksesori Jam

Adakah anda seller yang jual jam di eBay?

Perlu anda tahu mulai Februari 2022 eBay telah mengumumkan yuran jam eBay dinaikkan sehingga 12.35%. Kategori yang terlibat adalah Watch Accesories (260328), Parts, Tools & Guides (173696) dan Watches Mixed Lots (51020).

Kenaikan bergantung kepada e-Store yang dilanggan. Bagi yang tak melanggan e-Store kadar kenaikan lebih tinggi.

seller yang jual jam

Nak listing Jam & Aksesori Semak Dahulu Yuran Yang Dikenakan

Sebelum anda nak listing jam & aksesori semak dahulu yuran yang eBay kenakan.

Kalau anda nak tahu, setiap 50 listing barang anda dikenakan bayaran sebanyak $0.35 USD untuk setiap listing. Bagi bulan pertama tiada apa-apa bayaran dikenakan. Maknanya free la.

Bayangkan, jika anda membuat 200 listing banyaknya anda perlu bayar iaitu sebanyak 200 x $0.35 USD = $70 USD.

Sebab tu la anda disarankan melanggan e-Store. Cuba anda perhatikan jadual langganan di bawah ini. Jika dalam masa sebulan anda listing barang sebanyak 200 item, jika anda melanggan pakej yang basic yuran yang dikenakan adalah sebanyak $27.95. Anda bandingkan dengan harga di atas yang tidak melanggan e-Store. Jauh bezanya kan?

listing jam original sahaja

Jadi lepas ni bolehlah anda langgan e-Store ni ada 3 pakej. Starter, Basic dan Premium. Ikut lah anda nak pilih yang mana mengikut bajet anda. Kalau anda langgan pakej Starter anda akan dapat percuma 100 listing. Pakej Basic pula anda boleh dapat 250 listing manakala pakej Premium anda boleh dapat sehingga 1000 listing.

Rugi lah kan kalau tak langgan e-Store!

Jual Jam Mahal Pun Ada Orang Beli!

Anda pernah tak terfikir macam mana pembeli eBay sanggup beli jam yang berharga beribu-ribu dollar. Mereka tak takut kena tipu ke?

Ya. Memang ada pembeli yang willing to pay kalau jam dan handbag ni kerana ia merupakan barangan mewah.

seller yang jual jam

Sebenarnya kalau anda nak tahu bagi seller yang jual jam lebih daripada $2000 USD, jam tersebut akan disemak terlebih dahulu. Setakat ini pihak eBay akan menanggung kos untuk menyemak keaslian jam tersebut. Jika original baru lah eBay akan hantar kepada pembeli. Jadi anda perlu listing jam original sahaja ya!

Sama seperti konsep Goat, yang menjual sneakers. Pihak Goat akan menyemak keaslian terlebih dahulu sebelum dihantar kepada pembeli.

>> Anda Nak Tahu Macam Mana Nak Mula Bisnes eBay ?



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords

Am