0

Loading ...

Suami dibuang kerja, isteri tak biarkan, mesti susah senang sama sama

Suami dibuang kerja sebagai jurutera di Singapura menyebabkan kehidupan tiga beranak ini bertukar gelita.


Jika dahulu, sang ayah mampu mengadakan apa apa untuk anak dan isteri, namun dek ujian pandemik Covid-19 menyebabkan Muiz, hilang arah seketika.


Sudah puas menunggu peluang kerja tak kunjung tiba sedangkan komitmen hutang sudah menanti menyebabkan dia terpaksa mencari pekerjaan sementara


Berkelana hingga Pulau Pinang pun tak mengapa demi mendapatkan duit ‘menghidupkan’ keluarga.


Bagi meredakan tekanan yang ada, Muiz dan isterinya Iffah mengambil keputusan keluar dari rumah dibeli di Bangi, Selangor dan berpindah ke Kluang Johor.


Bersama anak lelaki yang masih kecil mereka menumpang berteduh di rumah ibu bapa kampung yang memahami kesukaran dialami.


Tidak mahu membebankan mertua yang sudah berusia, Iffah kemudian mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan sementara menunggu suami mendapat semula pekerjaan lain di Singapura.


Adat duduk di luar bandar lain pula, amat sukar baginya mendapatkan pekerjaan sesuai dengan pengalamannya yang pernah bekerja sebagai jurutera projek swasta.


Apa yang datang di depan mata, disambar sahaja demi membantu suami yang berhempas pulas mencari rezeki.


Ketika sang suami berjaya mendapatkan semula pekerjaan idaman di Singapura, mendung hitam mula berarak keluar dari kehidupan mereka.


Dan mereka tak menyangka asbab hidup berkasih sayang dan bantu membantu satu sama lain membawa sinar pelangi di hujung jalan.


Iffah yang sudah pun berhenti kerja dan tidak mahu terus goyang kaki masih mencuba membantu suaminya untuk mencari pendapatan.


Sayang jika pelajarannya disia-siakan begitu sahaja, setidaknya dia berusaha melakukan apa-apa pekerjaan demi tak mahu menyusahkan mentua.


Dari berniaga affliate dia sudah tetapi dek malu berdepan di depan kamera untuk membuat content, bisnesnya itu tak ke mana.


Sehinggalah pada satu hari, mentuanya menyuakan telefon kerana tertarik dengan iklan berbunyi ‘Duduk Malaysia Takpe, Janji Gaji USD’.


Bermula dari situ, Iffah memberi peluang kepada dirinya untuk mencuba bisnes online menjual produk di luar negara.


Akhirnya, dia sendiri tak menyangka, dalam tempoh lima bulan, dia berjaya memperoleh jualan mencecah enam angka di eBay.


Iffah berkata, atas sebab detik-detik pahit manis bersama suami yang dikenali sejak menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), tiada kata-kata lain dapat dia lafazkan melainkan syukur ke hadrat yang Esa.


“Setiap hari saya sebenarnya risau dan selalu berdoa supaya Allah melindungi suami selalu.


“Saya syukur Allah temukan saya dengan suami yang sentiasa beri saya semangat hinggalah saya sendiri berjaya dalam bisnes di eBay,” katanya


Iffah berkata, jika tak kerana sokongan suaminya, dia tak mampu meraih jualan mencecah USD 52,000 @ RM232,000.


Katanya, dia sebenarnya sudah meletakkan matlamat ketika mahu menceburi bisnes eBay.


“Yang penting kita memang nak buat lah. Memang kena ada keinginan, Memang ada niat nak buat itu.


“Kalau kita saja saja nak cuba, kebanyakan mungkin akan putus asa.


“Contohnya kalau akaun eBay disekat, ada isu sikit dia terus putus asa,” katanya.


Iffah yang diminta berkongsikan tips kejayaannya berkata, apa sahaja masalah yang datang, penjual perlu tahu puncanya.


“Selalunya bila dapat satu masalah tu, kita fahamkan dulu apa sebenarnya masalah tu daripada kita sendiri ke ataupun memang masalah customer ke, masalah courier ke.


“Untuk bagi kita lebih faham, kita cuba cari pendapat orang yang lebih berpengalaman.


“Kalau dalam sistem Export Oversea Academy ini, kita ada trainer kan. Trainer mungkin sudah hadapi kes itu. Jadi kita cuba tanya trainer dulu apa pendapat dia.


“Macam mana nak selesaikan dan kita consider pula lah dengan situasi kita itu.


“Boleh pakai tak Kalau boleh, kita teruskan dan dalam masa yang sama, kita improve kan lagi apa benda yang kita boleh improve daripada masalah yang kita dapat tu. 


“Mungkin lepas ni kita tak perlu nak hadap benda yang sama. Kalau kita boleh improve dari segi part kita pula lah 


“Macam itulah untuk saya elakkan masalah sama berulang lah macam itu,” katanya.


Habis//


Mahu Jana Pendapatan Sampingan Dalam USD di eBay ? Tekan di>>>SINI<<<



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best