0

Loading ...

SpaceIn bukti kerja keras wanita besi

SpaceIn Dr Norilmi Amilia

SpaceIn. Pasti terbayang di fikiran kita mengenai angkasa lepas bukan ?

Bidang teknologi angkasa lepas di negara ini tidak segah jika dibandingkan dengan

keupayaan negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China

Mereka sudah lakukan ekplorasi di angkasa lepas sejak berabad lama nya 

Dan yang pasti teknologi mereka bukan calang calang

Perlumbaan teknologi ini jadi punca negara kuasa besar dunia ini 

ingin kuasai angkasa lepas dan jika boleh, mereka mahu

jajah planet baru dan jadikan planet itu dunia baru mereka

Dan menyedari kepentingan untuk kuasai teknologi,

seorang wanita di negara ini tidak mahu sekadar berdiam diri dan melihat sahaja apa terjadi

Wanita besi ini cipta satelit dengan berat kurang 250 gram tetapi mampu cerap data di mana sahaja di dunia

Hutan Amazon ? No problem, Ini SpaceIn punya kerja 

Happy reading guys !

SpaceIn lancer satelit piko pertama negara

SpaceIn Dr Norilmi Amilia

Space In Sdn Bhd baru baru ini cipta sejarah apabila berjaya lancar kan satelit piko pertama negara, yang digelar sebagai SpaceANT-D.

(baca di sini : USM, SpaceIn lancar satelit kecil SpaceANT-D)

Lebih bangga, tunjang utama kejayaan itu antara lain ditempa dari kerja keras pasukan SpaceIn diketuai Dr Norilmi Amilia Ismail.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceIn Sdn Bhd yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, 

syukur dengan kejayaan itu dan sifatkan perjalanan SpaceIn masih lagi jauh.

Namun katanya, yang pasti dengan izin Nya, SpaceIn akan terus semangat untuk majukan industri angkasa negara

“Terima kasih atas ucapan tahniah dari semua namun kami masih perlu sokongan banyak pihak

“Termasuk jurutera dan staf yang komited dalam realisasi visi syarikat. 

“SpaceIn perlu pelabur yang fanam bisnes ini dan bantuan agensi kerajaan untuk memudahkan perjalanan ini.

“Kami masih perlu doa semua supaya kami terus usaha dengan lebih gigih,” katanya.

SpaceIn kecil kecil cili api

“Waktu ini jangan letak kan harapan yang terlalu tinggi pada kami. Kami bermula kecil selaras dengan duit yang ada di poket kami.

“Itupun kadang kadang tidak cukup. Peritnya mencari dana hanya kami yang tahu,” katanya.

Dr Norilmi Amilia berkata, memohon supaya SpaceIn tidak dibanding kan dengan syarikat yang sudah besar dan gah. 

“Setiap yang hebat bermula dari sesuatu yang kecil dan sesuai dengan kapasiti yang ada,” katanya.

Dr Norilmi Amilia berkata, sebagai syarikat kecil, semua perkara kami buat sendiri sendiri dengan modal yang terhad

dan perlu pandai berjimat cermat.

Katanya, oleh sebab itu, beliau sendiri masih belum ambil gaji sejak dua tahun lalu.

“Ada juga yang tanya tempoh hari kenapa tidak ke Amerika Syarikat saksikan pelancaran.

“Saya beritahu, kami tidak semewah itu. Perlu sangat sangat berjimat.  Ada banyak perkara lain yang perlu diutamakan.

“Begitulah nasib syarikat kecil namun saya sangat berterima kasih kepada agensi kerajaan yang membantu kami

“dan sesiapa juga individu yang lain membantu kami.

“InsyaAllah, kami masih kuat nak lalui pelbagai cabaran.

“Space Industry is not for the faint hearted!,” katanya.

(Baca di sini : Bakal cipta sejarah negara )

SpaceIn kerjasama dengan Space X?

SpaceIn Dr Norilmi Amilia

Ketika ditanya, sama ada pihaknya akan bekerjasama secara terus dengan SpaceX, Dr Norilmi Amilia berkata, tidak.

“Kami adalah customer Alba Orbital yang menguruskan semua urusan pelancaran bagi pihak kami.

“Alba Orbital pula berurusan dengan space transporter D-Orbit.

“D-Orbit adalah pihak yang secara langsung berurusan dengan Space X.

“Sekiranya kami membina satelit yang besar, maka kami perlu

berurusan secara terus dengan SpaceX.

“Itu adalah normal untuk sebarang pelancaran satelit. 

“Perjanjian untuk guna servis Alba telah ditandatangan sejak tahun lalu.

“Sebelum mesyuarat Elon Musk dan PMX secara online.

“Alba ambil service D-Orbit yang guna SpaceX untuk pelancaran ke angkasa.

“Alba pernah juga guna servis roket Electron milik Rocket Lab. 

“Menjadi customer secara terus atau tidak kepada SpaceX itu bukan lah satu hal yang besar," Katanya.

Beliau berkata, namun pengalaman itu lebih mahal harganya untuk pasukan SpaceIn dan amat penting untuk bina satelit seterusnya.

“Yang paling penting, kami masih perlu memenuhi keperluan pelancaran yang diberikan oleh SpaceX.

“Masih perlu melalui vibration test dan environment test untuk memenuhi keperluan yang diberikan.

“Kami masih perlu melalui semua process, mengisi borang borang yang SpaceX berikan.

Beliau berkata, harga dibayar untuk pelancaran itu mencecah 25,000 Euro (kira kira RM120,000)

dengan sebahagian besar menggunakan geran Superb Teraju dan separuh lagi dibiayai syarikat.

“Saya yang juga sebagai pensyarah kini boleh berkongsi semua proses yang perlu dilalui untuk pelancaran satelit.

“Tidak cakap kosong dalam kelas. Ini adalah usaha untuk melahirkan graduan berkualiti.

“Pengalaman industri pensyarah yang memberi impak besar yang mungkin tidak boleh diukur secara langsung,” katanya.

Overclaim, Oversell bukan caranya

Dr Norilmi Amilia berkata, Overclaim, Oversell adalah dua perkara yang selalu dielak kan olehnya

kerana babit kredibiliti dan kepercayaan orang lain terhadap diri sendiri.

“Apabila kita kata produk kita boleh buat itu dan ini,

maka jangkaan nya adalah kita deliver apa yang kita claim

“Jika over claim dan tak deliver,  anda pun mesti akan bantai saya semula.

“Saya percaya Dr, sebab Dr buat kerja dan deliver - Itu adalah feedback yang saya dapat dari rakan industri.

“Apabila ada yang minta kita oversell our product, sudah pastinya saya menolak.

“Saya akan cuma kata produk itu ada limitation tetapi kami

ada rancangan untuk tambah baik itu dan ini di masa akan datang.

“Dan ini langkah untuk tambah baik itu. Saya akan kata

next plan saya untuk penuhi keperluan pengguna.

“Itu cara saya. Bukan masalah tidak tahu pitching.

“Janji bulan bintang, gajah pun boleh terbang, tapi hasil nya tak seberapa. Apa yang kita dapat capai dari situ? 

“Fake it till we make it?

“Tak boleh apply asal boleh. ‘If you want to fake it, make sure you can make it later’.

“Fake it sebab buat masa kini kita tak punya resources

tetapi kita tahu cara nak buat bila cukup resource nya,” katanya.

Money Matters

(Baca di sini : Roket 'Hebat' USM bakal bersaing di AS )

Dr Norilmi Amilia berkata, dana, geran, pelaburan mahupun duit poket sendiri main peranan penting tentu kan

sesuatu inovasi itu dapat keluar kan output ataupun tidak.

“Proses yang lama untuk dapat satu dana memang lambat kan kerja kita.

“Keluar duit sendiri? Sudah banyak keluar dan masih tak cukup lagi. 

“Cari investor? Ia seperti kisah ayam dengan telur.

“Pelabur mahu lihat produk barulah akan melabur, manakala kita nak bangun kan produk, perlu dana.

“Maka kita pun cuba dapat kan geran,” katanya.

Dr Norilmi Amilia berkata, perlu ada penambahbaikan dalam proses pemberian geran

kerana pembangunan teknologi tidak sama dengan bisnes menjual makanan yang boleh dapat hasil yang pantas.

“Ya, bisnes jangan bergantung kepada geran. Ini bisnes babit kan pembangunan teknologi.

“Maka seharus nya pendekatan adalah berbeza.

“Geran kerajaan kini sudah nak setahun pun proses nya belum tentu habis,” katanya.

Mahu SpaceIn terus gagah di angkasa

Beliau berkata, berharap tahun depan, SpaceIn akan bertambah baik

dalam soal sumber manusia selepas ramai generasi pekerja awal berubah angin.

“Dua tahun lebih menerajui SpaceIn banyak hal urus manusia dapat dipelajari. 

“Saya lapang dada kerana memang sukar untuk berada di sebuah Startup. Jiwa kena kental,” katanya.

Beliau berkata, setiap pekerja ada kelebihan dan kekurangan selain

beliau harap mereka dapat belajar banyak perkara ketika bekerja dengan SpaceIn.

“Kita perlu tahu setiap dari kita pasti ada kekurangan juga. Tidak burukkan sesiapa pun. 

“Pengurusan di SpaceIn akan cuba sehabis baik untuk memberikan

 suasana pekerjaaan yang kondusif, gaji yang setimpal dan peluang peningkatan diri untuk semua staf,” katanya.

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi kisah menarik di bawah

MedeSeri Lambang Kecekalan Wanita

Kopi Cap TV terjual 4.5 juta sachet guna online



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best