Super admin . 23rd Nov, 2023 03:49 PM
Songkok Korea guna kain baldu import dari Korea Selatan
Pembuatan songkok bukan sesuatu yang mudah malah rumit tanpa kemahiran yang khusus
Namun hal itu tidak menjadi masalah bagi Mohd Hairyzul Yahya, 38
yang mampu hasil kan 60 biji songkok setiap hari bersama dua lagi adik beradik nya.
Mohd Hairyzul berkata, makin mahir dari hari ke hari selepas bekerja sepenuh masa sebagai pembuat songkok 18 tahun lalu.
Katanya, ilmu membuat songkok itu diwarisi dia dan dua adik beradik lelaki lain
oleh allahyarham ayah mereka, Yahya Lajib, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.
"Arwah ayah adalah guru kami yang ajar kami membuat songkok dan Alhamdulillah kini ia jadi sumber mata pencarian kami.
"Kami bersama sama membuat songkok di bengkel dekat rumah kami di Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.
"Masa mula belajar, kami ambil masa kerana nak buat memang rumit dan tidak boleh hentam kromo kerana kualitinya akan terjejas.
"Namun semakin lama kami semakin mahir dan mampu membuat hingga 60 biji songkok setiap hari
bermula dari 11 pagi hingga 9 malam.
"Kami turut menjual songkok secara borong dan terus kepada customer terutama ketika musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha," katanya ketika ditemui di sini.
Mohd Hairyzul berkata, bersyukur kerana ketika ini permintaan terhadap jenama Sinar Songkok Melayu dihasilkannya masih baik.
"Ketika kita dikenakan pelbagai sekatan akibat Covid dahulu memang perniagaan kami terjejas
mujurlah songkok ini produk yang tidak basi dan boleh disimpan lama.
"Namun Alhamdulillah selepas tamat sekatan itu, permintaan semakin memberangsangkan
apabila ribuan stok songkok yang disimpan di stor mula menyusut sedikit demi sedikit," katanya.
Katanya, turut menjual songkok gred A yang menggunakan kain baldu import dari Korea
yang dijual dengan harga bermula RM55 hingga RM120 sebiji dalam saiz dari empat hingga tujuh inci.
"Kami juga menghasilkan songkok biasa untuk budak sekolah selain songkok bayi
dan kanak-kanak yang jarang sekali dihasilkan.
"Kami menjual songkok bayi untuk usia empat atau lima bulan sehingga saiz untuk kanak-kanak berusia 11 tahun," katanya.
Katanya, walaupun berdepan persaingan dengan songkok yang dibawa masuk dari Indonesia, namun
percaya kualiti dan harga songkok dihasilkannya memiliki kelebihan tersendiri yang mampu menarik minat pembeli.
"Songkok kami dari dahulu lagi menggunakan gred A kain baldu dari Korea Selatan dan tidak mudah
rosak jika dijaga dengan baik, contohnya tidak diletakkan dalam kenderaan yang berjemur matahari.
"Saya sendiri akan pastikan jahitan songkok kemas dan tidak sembarangan hingga menganggu kualitinya
malah harga songkok kami sebenarnya setara dengan kualitinya dan berbaloi untuk dimiliki," katanya.
Punya lah tekun dan kreatif betul orang kita ini ya
Sampai boleh buat songkok 60 biji sehari, dari pagi bawa ke malam, kalau kena label malas lagi
Tak tahu lah nak cakap apa kan
Then mesti kita ingat songkok ini cuma laku di negara ini dan negara jiran je kan
Jangan silap ya, sebenarnya permintaan songkok ini ada dari negara mat saleh
Cuba tengok gambar di bawah, jika di Malaysia songkok biasa dijual sekitar RM20 ke RM30 sebiji
Di negara mat saleh, songkok biasa je pun dah cecah harga RM140 sebiji siap dengan kos pos
Hah, ini lah yang cuba kami beritahu anda semua
Jangan bergantung lagi dengan pasaran Malaysia yang ada 32 juta penduduk
Dah berlambak lambak seller berebut customer dalam Shoppe Lazada dan Tik Tok
Ini masanya kita tembus pasaran yang ada ratusan juta pembeli
Ebay, Amazon, Etsy
BONUS - Dapatkan e book PERCUMA cara berniaga di eBay di SINI
Duduk Malaysia takpe, janji gaji USD
Lagi artikel menarik di bawah
>>Nak belajar cara cari duit online ? klik sini<<