0

Loading ...

Saif Ali Khan ditikam enam kali, satu terkena dekat tulang belakang

Pelakon terkenal Bollywood, Saif Ali Khan telah dimasukkan ke hospital kerana beberapa kecederaan tikaman selepas penceroboh dilaporkan menceroboh masuk ke dalam rumahnya dan menyerangnya.


Serangan itu berlaku awal pagi Khamis di kawasan kejiranan mewah di bandar Mumbai, tempat Saif tinggal bersama keluarganya.

Menurut laporan BBC, pelakon itu cedera selepas pergelutan berlaku antara dia dan seorang lelaki tidak dikenali yang memasuki rumahnya selepas tengah malam.

Keluarga Saif Ali Khan tidak membuat sebarang kenyataan umum tetapi pasukan publisitinya berkata ia adalah kes "cubaan pecah rumah" tanpa memberikan sebarang butiran lanjut.

Khan telah dibawa ke Hospital Lilavati di bandar itu di mana dia menjalani pembedahan.

Niraj Uttamani, ketua pegawai operasi hospital, memberitahu pelakon itu menerima enam kesan tikaman, di mana dua daripadanya masuk lebih dalam.

"Satu dekat dengan tulang belakang. Dia sedang dibedah oleh sepasukan doktor pakar.

"Orang yang tidak dikenali memasuki rumah pelakon itu. Selepas itu, pertengkaran berlaku antara dia dan penceroboh," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, Dixit Gedam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada pagi Khamis, pasukan pelakon itu meminta peminatnya menghormati privasinya.

"Kami meminta media dan peminat bersabar. Ini adalah urusan polis. Kami akan memaklumkan anda tentang situasi ini", kata mereka.

Habis//

Nak belajar cara dapat duit USD ? Jom belajar kemahiran menjual di eBay. Tekan di>>>SINI<<<




Share Article

Comments

Leave a comment