Super admin . 4th Mar, 2024 04:53 AM
Rezzqy Cleaning Service. Nama yang dipilih ini amat istimewa di hati pemiliknya
Maksud nama itu diharap disebut sebut menjadi doa supaya diberi rezeki melimpah ruah dalam bisnes yang dijalankan ini
Tidak mudah laluan dirintis wanita berusia 36 tahun ini, beliau pernah memiliki kosmetik jenama sendiri
Bisnes yang dekat di hati itu terpaksa dilupakan setelah berdepan realiti ia tak mampu bertahan lagi
Jom kita baca kisah jatuh bangun bisnes wanita ini yang juga bergelar seorang guru tadika
Noorliyana Sulaiman, berkata, idea memulakan bisnes servis pembersihan itu timbul selepas beliau sendiri amat perlukan servis berkenaan sebulan sekali.
“Sebelum ini saya memang selalu ambil servis pembersihan di rumah kerana saya sibuk bisnes dan bekerja sebagai guru tadika
“Dua minggu atau sebulan sekali saya akan panggil mereka datang ke rumah
“Hingga satu masa saya dapat permintaan dari pekerja warga Indonesia berkenaan supaya mencarikan mereka pelanggan
“Dari situ timbul idea untuk buat bisnes ini kerana kebetulan bisnes kosmetik saya tak bagus,” katanya.
Katanya, isu persaingan dengan produk merkuri dari Thailand yang lebih cepat beri kesan kepada pengguna antara faktor kosmetik milik nya tak boleh pergi jauh
“Semakin lama semakin banyak produk merkuri di pasaran dan jadi masalah apabila pelanggan akan banding kan dengan produk kita
“Dengan keadaan ekonomi pun tak baik ketika itu dan jika saya mahu tambah produk lain kos bahan mentah sudah semakin mahal
“Jadi saya tak mahu rugi lebih banyak, saya berhenti,” katanya ketika itu dia punya set kosmetik termasuk krim malam dan siang selain sabun wajah
Katanya, dia menjual semua produk yang ada dengan harga murah supaya balik modal
“Walaupun ada nilai sentimental, saya sedar realiti bisnes itu dalam kerugian,” katanya.
Noorliyana Sulaiman berkata, selepas itu, dia sahut cabaran bisnes baru dengan tawar Rezzqy Cleaning Service di sekitar Kota Tinggi
Beliau berkata, ber syukur sejak enam tahun lalu dia tidak lagi menoleh ke belakang selepas semakin hari bisnes nya semakin dapat permintaan
“Alhamdulillah kini saya ada dua pekerja tetap dan dua pekerja part time
“Namun pekerja part time ini akan ditambah ikut demand seperti selepas musim banjir atau pada bulan puasa, demand memang tinggi untuk kerja pembersihan,” katanya.
Beliau berkata, antara jenis servis cleaning yang ditawarkan adalah kemas rumah, lipat kain baju, potong pokok dan apa sahaja kerja pembersihan
Katanya, setakat ini jenis premis yang sudah guna Rezzqy Cleaning Service adalah rumah persendirian, premis niaga, sekolah, pejabat dan kilang
“Harga servis ikut jenis cleaning dan pada asasnya saya kena kan bayaran dari RM200 hingga RM220 untuk kerja pembersihan selama 4 jam oleh dua orang pekerja
“Kerja itu termasuk kemas, bersihkan habuk guna vakum, lap, buang sawang
“Namun jika customer mahu kami buat kerja cleaning lebih teliti seperti lap habuk di celah celah almari dan dalam almari misalnya, harganya berubah
“Untuk deep cleaning kita kena kan caj RM400 untuk lapan jam kerja,” katanya
Beliau berkata, setakat ini Rezzqy Cleaning Service dilakukan di sekitar Kota Tinggi dan pusat bandar Johor Bahru
“Mulanya jiran dan rakan sekerja adalah customer kami dan Alhamdulillah semakin lama jenis pelanggan sudah bertambah tak kira kaum
“Pelanggan kami adalah mereka adalah mereka yang terdiri dari ibu bapa yang bekerja, orang tua termasuk yang tinggal sendirian, pemilik rumah yang tinggalkan rumah tak berpenghuni, selain premis pejabat di sekolah dan syarikat selain kilang,” katanya
Beliau berkata, prinsip yang ditekankan dalam bisnes berkenaan adalah jujur dan amanah
“Yang penting kena jujur sebaik melangkah ke rumah orang dan kalau keluar, hal buruk itu tak boleh dicerita,
“Yang kedua amanah dengan harta benda milik pelanggan, kita kena jaga amanah ini baik baik
“Bagi mencegah isu kecurian berlaku, saya minta pemilik pastikan semua harta benda nya ada dan selamat selepas kami sudah habis kerja,” katanya
Noorliyana Sulaiman berkata, berhasrat melebarkan bisnes nya dengan membida tender projek di sekolah dan hospital
Ketika ditanya bagaimana cara beliau membahagikan masa antara kerjaya sebagai guru tadika dan bisnes, beliau berkata, dia bersyukur kerana dapat sokongan dari suami selain pekerja yang setia
“Saya akan urus bahagian pemasaran Rezzqy Cleaning Service manakala suami, Rafizal Hamzah, 42 akan urus operasi
“Suami akan jaga operasi dari pagi hingga 2.30 petang. Selepas itu, saya pula yang sambung kerja pembersihan selepas tamat kerja di tadika
“Selepas itu, suami akan kerja di bengkel motosikal milik nya sampai malam
“Boleh kata kami biasa memang tak berjumpa pada waktu siang dan hanya bertemu semula di rumah pada waktu malam,” katanya yang mempunyai dua anak lelaki
Beliau berkata, antara sebab dia masih bertahan membuat bisnes berkenaan adalah kerana pekerjanya sendiri
“Kadang kadang memang penat tetapi bila fikir balik, ada periuk nasi yang perlu dijaga
“Banyak mulut nak kena bagi makan kerana saya tengok pekerja saya sanggup berjimat cermat dan hanya makan bekal nasi dan tempe
“Duit gajinya diberi untuk keperluan keluarga di kampung dan simpanan
“Selagi pekerja saya belum mahu berhenti kerja, saya akan teruskan bisnes Rezzqy Cleaning Service ini
“Jika satu hari nanti takdirnya sampai mereka mahu pulang ke Indonesia, saya relakan kerana tahu keluarganya sudah terbela,” katanya
habis//
BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi artikel menarik di bawah
Black Friday Cyber : Ini maksudnya…
10 hot selling product on Amazon 2024
Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay
>>> Nak kerja part time tapi gaji USD ? klik sini<<<