fahd . 3rd Feb, 2025 6:47 PM
Mungkin, di satu sudut, sang anak berhenti sekolah kerana tak mahu membebankan ibu yang perlu membesarkan empat lagi adik beradik yang masih kecil.
Namun dari satu sisi, sang ibu pula mahu si anak yang berada di tingkatan tiga meneruskan pelajaran demi masa depan lebih baik.
Itulah konflik terjadi terhadap seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Maria, 55, selepas tulang belakang keluarga meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman kerana penyakit buah pinggang.
Maria berkata, menyifatkan sikap anaknya itu sebagai ujian terberatnya dalam hidup bergelar ibu tunggal.
“Cabaran hidup saya adalah pada anak, bukan semua anak mudah dibentuk, ada juga anak yang susah nak dibentuk
“Saya ada seorang anak lelaki yang sukar dibentuk, dalam keadaan anak ini di mana sebenarnya bapa adalah orang yang sesuai untuk membentuknya.
“Mungkin dia rasa kehilangan bapanya sebab mereka rapat, masa itu dia tingkatan 3 nak PMR, dia langsung tak pergi sekolah, kita tak boleh nak buat apa, walau saya dah cuba macam macam yang terbaik untuknya
“Anak saya terus tinggalkan sekolah dan saya sudah cuba bermacam, termasuk bayar yuran pengajian tetapi hari pendaftaran dia tak mahu pergi, umur dia pun sudah 20 tahun, bukan senang nak kawal,” katanya.
Suami dan Isteri Perlu Ada Perancangan Bersama
Katanya, ketika ditembual semasa kelas Export Preneur anjuran Export Oversea Academy - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi baru baru ini.
Maria berkata, walaupun bersedih kerana kehilangan tempat bergantung, asbab sudah melakukan persediaan sejak muda dan pada awal perkahwinan, dia tak hanyut lama dalam emosi berkenaan.
Katanya, dia perlu bangkit berjuang demi keluarganya dan meneruskan hidup seperti biasa terutama menjaga akhlaknya selaku balu @ janda di mata masyarakat.
“Saya memang jenis berdikari sejak muda dan kami ada tugas masing masing sejak awal perkahwinan.
“Bila terjadi hal seperti kematian ini kita dah tak panik dan arwah suami pun sama, ada mindset bersedia sekiranya meninggal dunia,” katanya yang sama-sama mencari nafkah sebagai penyelia sebuah syarikat antarabangsa.
Ada Yang Pilih Jalan Pintas dan Salah
Katanya, ramai isteri yang tak bekerja menjadi panik apabila suami mereka meninggal dunia dan mereka tak mampu bangkit gara-gara tiada simpanan ditambah bebanan komitmen kewangan diri dan anak-anak.
“Kita tak boleh letak tanggungjawab pada satu pihak, bila berlaku kematian pada pasangan terutama perempuan mereka akan panik. Kebanyakan ibu tunggal ada yang boleh berdikari dan ada yang teruk.
“Mungkin kerana mereka tiada pendidikan, latar belakang keluarga yang hidup seadanya dan kadang kadang mereka juga tak tahu nak pohon zakat dan baitulmal,” katanya.
Katanya, sudah bekerja sejak berusia 18 tahun dan memiliki mindset, wanita juga kena cari duit sendiri.
Maria berkata, menasihati golongan wanita yang kehilangan suami supaya bangkit dan mencari kawan yang tepat.
“Pergi ke persatuan persatuan yang tepat, sebab apabila status kita balu atau janda, pandangan masyarakat itu berbeza
“Macam saya dahulu, nak duduk luar nak basuh kereta sendiri pun takut sebab pandangan orang, sedangkan kita biasa biasa sahaja.
“Apabila kadang suami jiran tertengok, dah isterinya pula yang cemburu, jadi kita cuba elak elak.
“Kesan jika tak cari rakan yang tepat menyebabkan kita buat perkara yang salah dan ambil jalan pintas, kadang kadang manusia tak sempurna, mungkinlah kita tak tahu,” katanya.
Kahwini Sahabat Sendiri
Katanya, itu penting kerana apabila seorang wanita berada dalam status balu atau janda, banyak benda tak sihat dan kena pandai menjaga diri.
“Jangan terlampau merudum, selama ini saya faham kita suruh suami buat, diri sendiri tak pernah buat, macam saya dahulu, kalau pasal renew insurans dan cukai jalan kereta, bukan saya sahaja, anak anak semua berharap pada bapanya, semua bapak yang buat.
“Bila dia tiada, saya pun tak berapa pandai, tetapi kena belajarlah perlahan lahan, kalau kadang kadang ibu tunggal pandai buat Tiktok, kalau pandai sekarang ini ada ChatGPT, semua sudah ada.
“Jangan dengar orang cakap tak baik pasal kita, dan elakkan benda benda yang tak patut, jangan lah sidai kain di luar dengan berpakaian seksi, kita kena jaga status,” katanya.
Katanya, dia bagaimanapun bersyukur walaupun diberi ujian seorang anak yang susah mendengar kata, tetapi hubungan mereka semua baik dan mesra selain tak pernah bergaduh besar.
“Hubungan kami anak beranak rapat sejak kecil sudah diterapkan nak salam tangan, peluk, cium, dan sampai sekarang jadi amalan walaupun sudah besar, saya layan semua sama, sangat rapat
“Tapi tak pernah gaduh gaduh, cuma seorang sahaja yang ada ketegangan adik beradik terhadapnya, sebab dia tak seperti yang lain,” katanya.
Katanya, namun adat sebagai seorang manusia biasa, dia juga tak lepas dari rasa sunyi dan selepas enam tahun hidup sendiri, hatinya akhirnya terbuka mengahwini sahabat sendiri.
“Kita memang bebas nak buat apa sahaja, tetapi bagi saya pula perlukan seseorang kawal diri kita terutama dalam aspek agama dan mengelak pandangan buruk masyarakat,” katanya.
Jangan Cepat Putus Asa
Katanya, dia bersyukur anak-anaknya menerima baik ayah baharu mereka dan atas nasihat suaminya, dia perlu bertukar kerjaya yang selama ini perlu bertemu ramai orang.
“Sebelum ini saya banyak buat bisnes termasuk menyertai bisnes MLM, dan dalam sejarah hidup, untuk jadi penyelia jualan kena cecah RM20,000 ke RM30,000 sebulan, jadi kurang dari dua bulan saya dapat jualan itu dan terus jadi penyelia dan kena coach orang ramai.
“Biasanya pelanggan mahu kurus sahaja, jadi saya banyak guide orang, tetapi sekarang suami tak berapa gemar saya berjumpa dengan ramai orang dan sebab itu, kami sama-sama mencari pilihan lain dan terjumpa kelas Dr Zul ini,” katanya.
Katanya, berharap impiannya dan suami yang mahu membina sebuah kediaman selesa di tanah sendiri akan menjadi kenyataan menerusi bisnes di eBay.
“Kalau ikutkan apa yang saya lihat Dr Zul ajar, tak susah sangat dan tak mudah sangat, tetapi benda ini semua perlukan usaha, kerajinan, tak cepat putus asa dan kena selalu upgrade ilmu untuk berjaya,” katanya.
Habis//
Jom belajar kemahiran menjual di eBay dan Jana Pendapatan Sampingan Dalam USD. Tekan di>>>SINI<<<