Super admin . 15th Jan, 2024 04:54 AM
Punca stress buat ramai rider Malaysia ke Singapura berada di ambang maut. Mana tidaknya, tidak cukup tidur dan rehat
jadi salah satu faktor mereka ini berisiko terkena penyakit darah tinggi yang membawa punca strok dan serangan
jantung serta lain lain penyakit
Bagi seorang juruteknik, Mohd Suhanri Bakar, 42, beliau kini terpaksa makan ubat darah tinggi sejak setahun lalu gara gara
stress mengharungi kesesakan trafik di Kastam Malaysia dan Singapura di Secondlink.
“Saya tinggal di Taman Scientex Pasir Gudang dan sudah lima tahun bekerja di Tuas Singapura. Dari Pasir Gudang ke Tuas lebih
kurang 60 kilometer dan saya akan bertolak pada pukul 6 pagi dan akan sampai di tempat kerja sekitar 8 pagi.
“Masa banyak habis di atas jalan dan buat saya penat kerana nak hadap jem. Keadaan ini jadi punca stress kerana darah
naik hingga 150 berbanding bacaan normal 120 dan saya terpaksa makan ubat sejak tahun lepas.
“Simptom darah tinggi ini selalunya buat saya sakit di belakang kepala dan kadang kadang naik ketika saya berada dalam traffic jammed.
“Punca stress di tempat kerja tiada tetapi stress di atas jalan. Belum masuk kerja sudah sakit kepala. Saya memang cek
bacaan darah hari hari. Situasi ini juga buat saya sakit pinggang dan lutut dan kena ambil banyak suplimen,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Bengkel Ebayprenuer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai baru baru ini.
Katanya, bagi atasi punca stress itu, dia terpaksa menyewa sebuah bilik di Gelang Patah bagi memendekkan masa berada di atas jalan.
“Saya tak ulang alik dari Pasir Gudang ke Tuas setiap hari kerana ada hari nya saya akan tidur di bilik sewa di Gelang Patah.
“Kerja saya ada paten shif iaitu 3 hari kerja 2 hari cuti atau 2 hari kerja 3 hari cuti. Apabila kena paten 3 hari kerja saya tak akan ulang alik dari Pasir Gudang.
“Saya sewa bilik di Gelang Patah sebab jarak ke Tuas lebih dekat,” katanya.
Katanya, sebab itu beliau yakin bahawa punca stress ini bukan sahaja boleh jadi punca strok tetapi punca kepada penyakit
lain termasuk serangan jantung ramai rider Malaysia ke Singapura.
“Ada pernah satu kejadian masa tengah dalam jem, dekat Kastam Singapura, ada seorang rider collapse dan meninggal
dunia dan saya dengar cerita punca nya akibat serangan jantung.
“Kes macam ini tak selalu berlaku tetapi dalam sebulan mesti ada. Sama juga kes kemalangan kerana mengantuk dan saya
pernah lihat dalam group di Singapura, kawasan Woodlands, ada rider langgar belakang lori hingga melekat dan meninggal dunia.
“Baru baru ini kejadian berlaku di depan mata saya, seorang rider melanggar belakang kereta. Risiko (hilang nyawa) rider
memang tinggi. Ada pekerja yang kena masuk 7 pagi jadi mereka kena gerak dari rumah sekitar 4 hingga 4.30 pagi setiap hari bekerja,” katanya.
Katanya, sudah tetapkan sasaran untuk kerja di Singapura selama lima tahun dan kini berazam mahu cari kerja yang lebih
sesuai dan tertarik dengan kelas eBay Dr Zul.
“Saya buka Facebook dan iklan (Dr Zul) jalan di wall jadi saya terbuka hati nak cuba. Saya nak ada masa dengan famili lebih
sikit dan saya lihat eBay ini bisnes ke pasaran global.
“Sebelum ini saya pernah jual di Shopee tetapi sendu mungkin saya tak pergi kelas dan cuba cuba sendiri. Sekarang saya
dah tak buat (bisnes) Shopee lagi dan cuma buat pada 2019 hingga 2020.
“Sebelum saya kerja di Singapura, dahulu saya kerja sebagai juruteknik di Pasir Gudang,” katanya.
Beliau berkata, sifatkan cara Dr Zul mengajar di dalam kelas sebagai tersusun dan mudah difahami.
“Dr Zul ini dia ajar cara macam saya di politeknik. Beliau ajar bagi orang faham dengan cara yang mudah dan modul nya pun tersusun.
“Jadi memang mudah faham dan saya pula jenis lambat belajar pun boleh faham mungkin sebab sudah lama tinggalakan belajar ini kan,” katanya.
Katanya, mengalakkan mereka yang alami masalah yang sama seperti nya untuk datang ke kelas Dr Zul.
“Macam siapa yang ada masalah (punca stress) macam saya, sama pressure macam saya boleh cuba datang ke kelas Dr Zul.
“Pergi dahulu dan tengok macam mana. Anda boleh nilakan sendiri macam mana sebab saya rasa bagus.
“Macam saya memang target kerja di Singapura hanya 5 tahun sahaja dan saya memang nak try capai target dan nak push betul betul buat eBay ini,” katanya.
habis///
BONUS - Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi kisah menarik
Semakin ramai orang kita pindah Australia..
>>> Stress di tempat kerja? Nak environment baru? Nak kerja dari rumah tapi gaji USD? Klik sini<<<