Super admin . 18th Nov, 2023 03:50 AM
Keenakan masakan Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat yang ikut resipi asli Nasi Kabuli Pulao
berjaya buat owner viral hingga meraih lebih 600,000 pengikut di saluran Tik Tok.
Penangan viral itu turut jadikan pekerja restoran di Jalan Soga, Batu Pahat itu tidak menang tangan.
Walaupun Restoran Nasi Pakistan No. 1 Batu Pahat dibuka jam 9.30 pagi kecuali Khamis
Tetapi seawal jam 8 pagi, ramai customer sudah beratur kerana ingin merasai masakan yang viral itu.
Pelanggannya bukan sahaja terdiri dari pelbagai bangsa, dan agama malah turut menarik minat rakyat Jepun, Pakistan, Brunei dan Indonesia
Malah ada customer dari Pulau Pinang serta Sabah sanggup membeli tiket pesawat lalu terbang ke negeri ini just nak try masakan viral itu.
Menurut pemilik restoran, Azrul Hisyam Ahmad, 40, mula berniaga makanan itu sejak Jun dua tahun lalu
Menu Lamb Shank dapat demand yang tinggi di samping menu lain seperti Siakap Goreng Madinah.
Idea menjual Nasi Kabuli Pulao itu datang selepas dijamu menu itu ketika waktu sahur malam malam akhir Ramadan dua tahun lalu.
Katanya, resipi Nasi Kabuli Pulao ini atau Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat ini
dipelajari sendiri melalui saluran You Tube dan berguru dengan mereka yang pakar.
“Mula-mula untuk dapat rasa yang sedap ini memang ambil masa dan saya keluar modal
dan duit tabung sendiri untuk kos bahan mentah.
“Hasil masakan itu saya masak sendiri dan berikan secara percuma kepada orang ramai
di sekitar kariah Surau Al Muttaqin di Taman Banang Height.
“Kenalan dan saudara mara kata saya buat kerja gila
kerana sanggup habis wang ringgit begitu sahaja dan menjamu orang ramai secara percuma.
“Selama setahun itulah saya belajar tambah baik menu itu hinge berpuas hati
dan buat kan dapur surau sebagai tempat bereksperimen.
“Walaupun saya sendiri ketika itu, sudah hampir ke habis an wang
tetapi saya percaya bahawa sedekah saya ini tidak akan sia-sia di sisi Allah,” katanya.
Pengusaha restoran turut sedia kan surau di tingkat satu
Surau itu boleh muat kan 20 orang pada satu masa selain ada banyak parkir awam.
Air sirap atas air perisa lain turut diberikan secara percuma
pada setiap hari manakala milo ais percuma pada setiap Jumaat.
Azrul Hisyam berkata, antara menu lain yang dijual adalah kambing biryani.
Foto Kredit to FB Melantak Beb
Mahu cari cara buat duit online atau anda mahu jual barang di eBay?
Jom follow founder kami, Dr Zul orang Batu Pahat juga, pernah viral satu Malaya
sebab jual daun kering ketapang sampai jadi jutawan, ya tak tipu, cer klik sini
Jom follow kisah menarik di bawah, mana tahu anda pula boleh dapat jadi jutawan eBay selepas ini kan