fahd . 22nd Jan, 2025 12:36 PM
CEO of Tiktok bakal disandang oleh Mr Beast dan perkara itu tak mustahil jika rancangan penjualan aplikasi media sosial popular yang mempunyai lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat itu menjadi kenyataan.
Ini berdasarkan perkembangan terbaru aplikasi itu yang didakwa menjadi pengintip kerajaan China yang juga musuh ‘besar’ USA dipaksa melantik Ceo of Tiktok pemilik bukan Cina atau berisiko diharamkan secara kekal.
Minggu lalu, selepas Mahkamah Agung sebulat suara bersetuju untuk menegakkan undang-undang persekutuan yang mengharamkan TikTok melainkan ByteDance, syarikat induknya, menjual platform itu kepada syarikat bukan berpangkalan di China.
“Baiklah, saya akan beli Tik Tok supaya ia tidak diharamkan,” kata MrBeast, yang nama sebenarnya Jimmy Donaldson, dalam hantaran di X pada 13 Januari lalu.
Tetapi ketika nadanya bergurau, Mr Beast yang terkenal dengan siri ‘real-life’ permainan Squid Game di Netflix dan juga YouTuber paling popular dan TikToker ketiga paling popular sebenarnya memang serius,
Kata peguamnya yang memberitahu perkara itu kepada CNN Selasa.
Dua hari selepas siarannya di X, Donaldson menyiarkan video di TikTok, di mana dia mengumumkan hasratnya untuk membeli platform media sosial itu.
“Saya baru sahaja keluar daripada pertemuan dengan sekumpulan jutawan . , TikTok kami maksudkan perniagaan,” kata Mr Beast dalam video itu .
"Ini peguam saya di sini, kami ada tawaran sedia untuk anda, kami mahu membeli platform itu." katanya.
Aset AS TikTok, tanpa algoritma, dianggarkan bernilai antara $40 bilion dan $50 bilion, menurut penganalisis Wedbush Securities Dan Ives.
Tetapi memandangkan algoritma mungkin terletak di mana banyak nilai TikTok, meletakkan angka dolar yang kukuh pada syarikat adalah sukar.
Aplikasi itu kembali dalam talian selepas Presiden AS yang baru dilantik Donald Trump menandatangani perintah eksekutif melanjutkan 75 hari lagi untuk TikTok beroperasi.
Pada Sabtu lalu, aplikasi TikTok di AS menjadi gelap dengan paparan “Maaf, TikTok tidak tersedia sekarang.
Walaupun dengan perintah eksekutif itu, ia tidak memberikan penyelesaian kekal.
ByteDance sama ada akan menjual kepada pembeli baharu—walaupun menyatakan ia tidak berniat untuk berbuat demikian
atau pentadbiran Trump perlu menggubal undang-undang baharu untuk membatalkan undang-undang sebelumnya
Senario itu tidak mungkin berlaku memandangkan sokongan kuat dua pihak iaitu Demokorat dan Republik yang menguasai Kongres terhadap undang-undang terbaru itu.
Mugunghwa kkoci pieot seumnida, kita tengok siapa yang kena!
Habis//
Mahu belajar berniaga di platform Amazon dan eBay?. Sila klik di >>>SINI<<<