fahd . 22nd Jan, 2025 3:02 PM
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula mengeluarkan resit rasmi dalam format baharu sebagai bukti pembayaran cukai yang dibuat secara manual di kaunter Pusat Pengurusan Hasil Kuala Lumpur (PPTHKL), bermula Isnin.
LHDN berkata, format resit baharu itu diperkenalkan berikutan pindaan kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP) PS 4.1: Garis Panduan Permohonan Borang Kewangan Kerajaan, yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada Oktober 2024.
“Selaras dengan penggunaan mandatori e-Perkhidmatan untuk perkhidmatan yang disediakan dalam talian oleh HASiL mulai 1 Jan 2024, jenis pembayaran cukai manual yang diterima di PPTHKL kini akan dihadkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, jenis pembayaran cukai manual yang diterima ialah pembayaran kompaun dan cukai pendapatan yang dibuat menggunakan kad debit dan kredit yang dikeluarkan di Malaysia.
“Oleh itu, PPTHKL akan mengeluarkan resit dan salinan rasmi asal dalam format baharu kepada pembayar cukai bagi kedua-dua jenis pembayaran itu,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah bagi bayaran yang tidak disenaraikan di atas, salinan resit rasmi boleh diperolehi melalui portal MyTax melalui 'ezHasil Services' > ByrHASiL
Selain itu adalah portal perbankan internet bank perdagangan yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDN, kaunter Pos Malaysia, bank perdagangan yang dilantik, mesin deposit tunai di bank yang dilantik, dan mesin juruwang automatik (ATM) di ejen kutipan LHDN yang ditetapkan.
Ia juga berkata bahawa salinan resit rasmi untuk cukai pendapatan dan pembayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah boleh diperoleh di bawah paparan e-Lejar, manakala salinan untuk potongan cukai bulanan dan cukai pegangan boleh diakses di bawah paparan penyata pembayaran.
Habis//
Foto kredit mStar
Mahu belajar berniaga di platform Amazon dan eBay?. Sila klik di >>>SINI<<<