0

Loading ...

Kucing jadi teman terbaik mengisi masa lapang dan ubati sunyi

Sudah lama hidup sendiri dan bagi mengisi masa lapang di hari hari senja, seorang wanita menjadikan kucing sebagai teman terbaik melupakan perasaan sunyi.


Normala berkata, dia yang sudah biasa hidup berdikari berkata, kehadiran dua ekor kucing jantan diberi nama Poppy dan TJ banyak membantunya untuk menguruskan emosi sendiri.


“Saya ini peminat kucing. Kucing saya lah yang banyak membantu saya atasi tekanan dan selalu melegakan hati saya. 


“Poppy sudah berusia 19 tahun dan TJ sudah 8 tahun. Sebab saya suka kucing saya besar.


“Poppy baka campur Siam dan TJ adalah kucing kampung berwarna oren.


“Perangai TJ memang tak makan saman tetapi dia disayangi. Kucing ini makhluk Allah yang amat istimewa.


“Nampak sahaja macam tak ada apa tapi sebenarnya bila saya tak berapa ada mood kan, mereka pandai jaga diri, tak banyak karenah.


“Tapi kalau mood saya macam okay, dia buat perangai lah, itu dia nak, ini dia nak.


“Kalau saya bersedih atau tak berapa sihat lah. Saya kata, Mama pain, mereka akan faham tak buat perangai,” katanya.


Katanya, dalam masa sama, untuk memenuhi masa yang ada dan menambah pendapatan sampingan, dia mencari-cari bisnes online yang boleh dilakukan dari rumah.


Katanya, eBay adalah jawapan tepat kerana dia boleh meraih jualan dalam USD dan boleh dilakukan dari Malaysia ke serata dunia.


“Saya mula sertai kelas Dr Zul Jun tahun 2023. Pada mulanya memang tak tahu apa-apa kan.


“Tetapi hasil didikan Dr. Zul tu Kita boleh follow lah sebab saya ini pun warga emas dan duduk rumah sahaja.


“Mula-mula itu agak mencabar tapi sebab Dr. Zul punya bimbingan tu amat cemerlang lah bagi saya. Easy to follow.


“Jadi itulah hingga ke hari ini saya dah dapat 1000 pesanan yang bernilai USD20,000 sepanjang saya berniaga dekat eBay,” katanya.


Katanya, sebelum berniaga di eBay dia terlebih dahulu sudah merasai duit USD hasil berniaga di Shopify.


“Masa Covid, saya buat Shopify. dan masa tu pun boleh tahan juga saya dapat jualan dalam USD4,000 seminggu seminggu.


“Cuma yang jadi penghalang masa tu, saya tak cukup dana sebagai modal pusingan termasuk kos produk dan iklan di Facebook.


“Sekarang saya tak buat lah dan masa itu saya jual alat rampingkan pinggang yang viral dan pelanggan saya ramai wanita.


“Nak pilih niche apa-apa, mesti kena selesaikan masalah orang. Produk itu pula tengah hype. Kadang-kadang pembeli ni dia ikut nafsu dia.


“Dia takut ketinggalan atau FOMO. Dia tengok orang lain masuk dia pun orang nak beli. Nak juga.


“Sama ada berguna untuk dia. Belum tentu lagi. Sebab itu bila kita buat FB ads, macam saya saya guna video, saya kena pasta 5 saat yang pertama itu saya dah hook.


“Kalau ada yang bulatkan mata memang tinggi lah peluang terjual. Hook saya letak untuk produk itu hanyalah produk tengah viral sekarang, itu pun dah cukup,” katanya.


Katanya yang pernah bekerja dalam bidang perbankan berkata, minatnya dalam bidang bisnes online sudah berputik sejak dahulu.


“Saya pernah buat perniagaan dengan kawan-kawan dalam bidang teknologi maklumat dan masa itu kami hasilkan sebuah platform e-dagang.


“Idea kami itu menang tempat ketiga untuk projek tech-start up masa pelancaran Cyberjaya dahulu.


“Tetapi kerana kekangan modal kami menjualnya. Perasaan berkobar-kobar mengenai bisnes online memang sudah berkobar-kobar ketika itu,” katanya.


Katanya, minat berniaga pula berputik ketika dia berjaya menjual gambar hitam putih menggunakan kamera yang diberikan sebagai hadiah oleh kakaknya.


“Dahulu masa kat sekolah saya ambil gambar kawan-kawan Saya ada satu kamera, kakak saya bagi kamera SLR manual.


“Zaman itu kalau ada SLR, dapat pula orang bagi hadiah. Jadi kita pun seronok ambil gambar kat sekolah.


“Kawan-kawan ada event ke apa, kita ambil gambar mereka. Jadi saya jual lah gambar tu.


“Satu keping masa itu bersen-sen sahaja ketika 70 an dan saya hantar cuci di kedai.


“Selepas itu saya buat album gambar dan bila kawan kawan lihat, masing-masing teruja nak beli gambar mereka,” katanya.


Habis//


Mahu Jana Pendapatan Sampingan Dalam USD di eBay ? Tekan di>>>SINI<<<



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best