0

Loading ...

Kopi Cap TV terjual 4.5 juta sachet guna online

Kopi Cap TV

Kopi Cap TV atau nama lain nya Kopi Cap Televisyen bukan nama baru

dalam industri kopi tanah air

Wujud sejak 1966, baru baru ini Kopi Cap TV terima pengiktirafan dari 

Malaysia Book of Records sebagai Uncang Kopi Paling Banyak Terjual

dalam Talian Pada Satu Tahun (kira kira 4.5 juta uncang)

Menurut Pengurus Besar Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, Goh Yong Kian, 

pihaknya sangat bersyukur dan berjanji akan sentiasa menjaga kualiti Kopi Cap TV

supaya terus diminati bukan sahaja rakyat negara ini malah penggemar kopi dari luar negara.

“Kami terima pengiktirafan itu pada 20 Mac lalu dan berterima kasih kepada semua pihak

terutama pelanggan kami di Malaysia dan luar negara,” katanya ketika ditemui di kilangnya 

di No 76 Jalan Besar 86000, Kluang Johor, baru baru ini.

Ketika ditanya mengenai apa resipi rahsia kejayaan perniagaan warisan keluarga itu, Goh

yang juga generasi ketiga berkata, banyak faktor yang mendorong kejayaan syarikatnya 

hingga bertahan ke hari ini.

Kopi Cap TV jaga kualiti

Goh berkata, sejak ambil alih perniagaan warisan keluarga yang diasaskan datuknya, 

mendiang Gong Tong Tor, pada 11 tahun lalu, cabaran paling 

besar baginya adalah bagi mengekalkan rasa kopi itu sendiri.

“Cabaran paling susah adalah untuk kekal kan rasa kopi itu sendiri. Sebab itu saya menggajikan

pekerja yang ada kelulusan teknologi makanan untuk menjadi penyelia mutu dan kualiti 

produk Kopi Cap TV.

“Dalam hal ini sangat penting untuk kawal masa, suhu, berat biji kopi dan kandungan gula 

supaya rasanya tidak lari.

“Dahulu, pekerja kadang kadang tak perasan suhu api lebih tinggi, malah bacaan pengukur 

suhu juga kurang tepat hingga kadang bila kopi yang terhasil, rasanya sudah lari.

“Kilang kami sudah 20 tahun guna mesin dan sentiasa tambah baik dari masa ke

dan terbaru, kami sudah beli mesin baru untuk bakar, masak dan bungkus kopi serbuk.

“Mesin lama hanya mampu hasil kan 30 ke 40 uncang satu minit tetapi dengan 

mesin baru ini, kita boleh hasilkan 60 ke 70 uncang satu minit,” katanya.

Beliau berkata, hal itu bantu kurangkan kos dan pastikan rasa Kopi Cap TV

tetap sama.

Kopi Cap TV pelbagai kan saluran jualan

Kopi Cap TV

Bagi Goh sendiri, rekod jualan yang baik amat membantu sesuatu produk untuk diterima 

masuk ke dalam mana mana pasaraya.

“Dahulu masa mula mula nak masuk sebuah pasaraya terkenal di Malaysia, memang susah 

sebab pasaraya itu kata produk kami tak popular.

“Mereka hanya bagi kami jual di Johor sahaja, tetapi bila mereka tengok jualan baik

mereka benarkan kami jual di 118 cawangan nya di seluruh negara.

“Selepas itu, barulah Kopi Cap TV senang masuk pasaraya lain sebab sudah ada profil yang

baik dan kami akan terima bayaran penuh selepas tiga bulan produk dihantar ke pasaraya,” katanya.

Beliau berkata, sebagai seorang pendiri bisnes, amat penting sesbuah syarikat ada

pelbagai medium jualan supaya dapat terus bertahan.

Katanya, kini Kopi Cap TV sudah dipasarkan ke lebih 3,000 outlet kedai kedai 

kopi, kedai runcit, pasaraya besar, pasaraya RM2 di seluruh negara selain jualan online 

dan di kilangnya sendiri.

“Strategi dari zaman datuk saya lagi, produk kopi serbuk dijual kepada pemilik kedai kopi

selain jual ke kedai runcit.

“Selain itu, kami sudah guna platfom jualan dalam laman web pada tahun awal saya ambil

alih bisnes syarikat.

“Kami pilih buka laman web kluangcoffee.com.my sebab mahu selesai masalah tak boleh dapat order apabila

pelanggan dari Ipoh, Penang telefon ke kilang dan mahu beli kopi tetapi mereka enggan

guna cara pos barang dan bayar bila kopi tiba,” katanya.

Pengguna kini berjimat cermat

“Ketika ini hanya jualan di pasaraya sahaja yang merudum tetapi jualan di kedai kopi

online di Shopee dan Lazada naik.

“Permintaan online ini bukan hanya dalam negara tetapi dari luar negara seperti Singapura.

“Kami guna Shopee untuk pos ke luar negara. Barang kami akan hantar ke Kuala Lumpur 

dan dari sana, Shopee akan hantar ke luar negara.

“Bagi jualan di kedai kopi pula, apabila ekonomi tak baik, mereka yang dahulu suka minum kopi di 

restoran mewah bertukar ke kedai kopi biasa selain membeli secara online kerana lebih 

mudah dan jimat.

“Manakala jualan di kilang kami meningkat sebab ramai pelancong dari Singapura dan

Melaka datang hingga cecah 20 biji bas seminggu terutama ketika musim cuti sekolah

dan paling banyak dari Jumaat hingga Ahad.

“Pelancong Singapura paling ramai sebab ketika ini kuasa beli mereka lebih besar kerana

nilai tukaran wang Dollar Singapura ke Ringgit Malaysia tinggi,” katanya.

Tembusi pasaran luar negara

Dalam pada itu, sesebuah syarikat itu amat beruntung jika dapat pengedar di luar negara 

yang rajin dan pandai buat pemasaran dan jualan.

Goh berkata, pengedar Kopi Cap TV di Singapura menjadi penyumbang terbesar jualan dari 

luar negara selain Brunei.

“Kami akui susah jual kopi ini di China dan sudah tiga kali kami bertukar pengedar.

“Jika nak buka syarikat di sana banyak yang kena kami buat dan

sebab itu kami lantik pengedar sahaja.

“Manakala di Australia, pengedar kami juga tak boleh jual produk ini.

“Namun di Singapura selain HQ yang urus kan jualan online, kami lantik pengedar.

“Kami bertuah kerana pengedar itu hanya fokus jual produk kami dan satu lagi produk

iaitu jus dari Australia. Jualan di Brunei pun okay,” katanya. 

Bina kilang baru berharga RM10 juta

Kopi Cap TV

Goh berkata, bagi menampung permintaan yang semakin baik, syarikat

melabur sebanyak RM10 juta bagi membina bangunan tiga tingkat yang terletak bersebelahan kilang kopi sedia ada.

“Kami beli tanah seluas satu ekar dan rancang nak bina bangunan setinggi tiga tingkat dan ada keluasan kira kira 40,000

kaki persegi.

“Sebelum ini, ada kilang baju yang sudah ditutup lebih 10 tahun di sebelah kilang kami dan berjaya membelinya dari pemilik asal.

"Kilang baru itu dijangka siap kira kira satu tahun setengah lagi dan kami akan pindah kan semua 

operasi pengeluaran ke sana.

“Kami akan luas kan cafe, kedai jualan dan gudang di kilang lama dan di kilang baru nanti

kami akan buat sebuah bilik tetamu khas yang berhawa dingin.

“Di bilik itu, tetamu boleh lihat sendiri proses buat kopi selain lebih enam buah bas boleh 

diparkir di dalam kawasan kilang.

“Pembinaan kilang ini penting kerana kami mahu mohon sijil ISO HACCP bagi bolehkan produk

kami dieksport ke luar negara," katanya yang sudah miliki Sijil Halal JAKIM dan MESTI.

“Diharap kilang baru ini jadi tarikan terbaru pelancongan di Kluang nanti,” katanya.

Baca lanjut

Survival Kopi Cap TV dari 1960 -an

habis//

Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi kisah menarik di bawah

comst87 jana ratus ribu jual alat 'senyapkan' anjing di eBay

Christy Studios jana jutaan ringgit di Etsy



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best