0

Loading ...

Kerani logistik kena serangan panik, murung

kerani logistik

Kerani logistik disahkan doktor terkena serangan panik dan kemurungan gara gara terpaksa melayan karenah sistem kerja yang tidak cekap.

Bagi Nur 30 an berkata, dalam tempoh 3 bulan pertama dia berurusan dengan kakitangan jualan di Dubai, Emiriah Arab

Bersatu (UAE), dia mengalami dua kali serangan panik di tempat kerja.

“Kerana kerja inilah saya dapat serangan panik. Saya selalu berurusan dengan jurujual di Dubai yang jika ada apa apa

masalah mereka terus cari bos besar syarikat.

“Bila kena serangan panik itu jantung saya akan berdegup laju dan doktor sahkan saya kena kemurungan serta serangan panik.

“Cabaran utama kerja saya adalah sistem kerja yang dibuat secara manual dan saya terpaksa semak semua dokumen dengan segera.

“Apabila pihak khidmat pelanggan tak isi dokumen yang lengkap menyebabkan urusan tergendala dan jurujual di Dubai terpaksa menunggu.

“Zon masa Malaysia dan Dubai berbeza, dan selalunya apabila waktu tamat kerja hampir waktu itulah mereka akan ‘kejar’ saya.

“Sampai malam pun sudah balik kerja, saya tetap kena balas mesej mereka,” katanya.

Beliau ditemui ketika Bengkel Ebayprenuer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) baru baru ini.

Kerani logistik sampai tahap tak nak dengar masalah rakan sekerja

Katanya, bagi atasi masalah itu, dia minta penyelia nya supaya agihkan tugas melayan hingga 7 jurujual Dubai kepada orang lain.

“Bos kata kerja layan jurujual Dubai ini adalah latihan untuk semua orang, tetapi saya sudah empat bulan jalani latihan dan

orang lain tak nak pun buat kerja itu.

“Jadi sekarang ini saya cuma jadi kerani logistik seorang jurujual Dubai sahaja kerana saya tak boleh ambil semua kes sebab kepala mereka lain lain

“Kalau tidak, saya memang susah kerana kalau balik rumah pun, saya kena fikir pasal kerja walaupun saya tak mahu fikir kan nya,” katanya.

Katanya, atas nasihat doktor dan saranan keluarga, dia akan buat aktiviti senaman di hujung minggu untuk melegakan tekanan kerja.

“Sebab itu kalau hujung minggu saya akan buat benda baru seperti pergi joging yang akan buat saya lupa pasal kerja,” katanya.

Katanya, bagi menjaga kesihatan mental nya, dia juga tidak mahu dengar apa apa luahan masalah di tempat kerja.

“Sampai satu tahap saya cakap kepada orang atasan di tempat kerja saya tak nak dengar masalah , saya nak buat kerja saya , saya nak balik,” katanya.

Ibu mentua nasihat belajar ilmu baru

Katanya, dalam masa sama dia mahu mencari peluang kerja lebih baik dan bersyukur kerana ibu mentuanya meminta

menghadiri kelas eBay Dr Zul.

“Mak mentua bagi video eBay Dr Zul ini dan mak mentua saya adalah pensyarah dan dia pun sokong saya masuk ke kelas

ini sebab percaya dengan Dr Zul.

“Saya pun kaji dan lihat siapa Dr Zul di Google termasuk di Tik Tok dan Facebook dan saya yakin serta fikir apa salahnya saya cuba,” katanya.

Katanya, kerana faktor tekanan kerja kerani logistik, dia perlu sedia dengan plan B dan eBay adalah platfom paling bagus kerana boleh kerja sendiri dari rumah.

“Kalau ada pesanan dari pelanggan eBay, adalah, sebab kita tahu rezeki itu tak ke mana , jadi saya percaya,” katanya.

Katanya, untuk bermula bisnes di platofm eBay tidak susah berbanding dengan platfom lain seperti affliate yang

memerlukan orang itu membuat kerja pemasaran termasuk buat kandungan.

“Dalam bengkel eBay yang Dr Zul ajar ini, kita kena listing produk dan tunggu order masuk.

“So far saya faham apa yang Dr Zul ajar sebab saya pernah jadi pelajar dan Dr Zul pun pensyarah. Slaid persembahan kelas

pun okay dan mudah untuk faham,” katanya.

Cari kerja yang boleh kawal tekanan

Katanya, mahu sertai kelas eBay Dr Zul lagi selepas ini bagi pastikan dia benar benar faham untuk buat bisnes eBay.

Dalam masa sama, dia mengajak rakan rakan yang senasib dengannya terutama mereka yang kerja di bidang logistik untuk

tukar angin dan lepas kan diri dari tekanan melampau dalam bidang itu.

“Contoh pekerjaan di bidang logistik seperti kerja kerani logistik ini tekanan memang tinggi dan saya sarankan kawan

kawan yang memang susah nak cari kerja, dan tak boleh

adapt kerja yang ada sekarang ini supaya cari kerja lain yang boleh lepaskan tekanan kita.

“Cari platfom yang betul betul buat kita tak rasa sakit itu, macam platfom Dr Zul. Ini adalah cara terbaik untuk ceburi

bidang bsines ini dan boleh dapat kawal tekanan kita,” katanya.

habis///

BONUS - Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi kisah menarik

Punca stress buat ramai pejuang SGD di ambang maut



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords