0

Loading ...

Kenaikan harga barang tak terkawal

Kenaikan harga barang

Kenaikan harga barang tak terkawal, lebih 15 peratus banding tahun lalu kata pakar.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal berkata,

harga barang pada ketika ini dijual pada harga yang tidak menentu tanpa kawalan

Menurutnya realiti kenaikan nilai bakul belanja pada Januari 2024 banding tahun sebelum nya cecah 15 peratus lebihi 7.5 peratus

seperti yang dilaporkan pkod Malaysia dalam laporan mereka pada Selasa

“Maaf saya cakap ini harga barang tak seimbang boleh naik up and down suka hati musim.

“Dia boleh naik dia boleh turun kalau satu hari kerajaan tak dapat kawal harga barang saya rasa di kenaikan itu berjuta jadi yang suffer ni

“Pekerja-pekerja yang suffer khusus nya yang income endah mereka dahlah gaji kecil income tu dalam kecil nak beli nak beli barang yang berkualiti yang mempunyai apa ni yang jenama sedikit pun susah

“kita dapat beli sebab ini berlaku kini kalau kita kaji balik banyak yang barang barang yang dijual pada hari ini yang tidak ada kawalan yang tidak ada kawalan

“yang kita nampak tadi 7 peratus tu betul lah tapi saya rasa secara tersirat nya dia mesti sampai 15 peratus antara 7 Hingga 15 peratus tu ada,” katanya seperti laporan Astro Awani

Kesan kenaikan harga barang

Dalam pada itu, Berita Media Corp Singapura melaporkan, sebilangan penduduk di Malaysia langkah ke tahun 2024 ketika mereka bergelut dengan harga barang yang semakin mahal.

Ini antara nya, kerana subsidi berkurangan bagi pelbagai barang asas, serta nilai mata wang ringgit yang semakin lemah.

Kesemua ini bermakna, mereka perlu bayar lebih ketika berbelanja. Harga telur, beras, ayam, malah bawang pun, kini

semakin mahal di Malaysia. Dari Johor ke Selangor, harga makanan lebih tinggi menjejas sebilangan rakyat Malaysia.

Langkah kerajaan mansuh kan subsidi menyeluruh bagi beberapa produk makanan di tengah tengah nilai ringgit yang lemah bermakna, para pengguna perlu bayar lebih bila membeli barang runcit.

Kenaikan harga barang beban kan pengguna

"Semua barang, beras pun dah naik harga, telur naik harga jadi maksud nya itu keperluan asas utama, jadi kadang kadang naik, kadang kadang turun jadi bagi golongan kita, kumpulan pesara dan juga bawahan ini, rasanya sukar," kata Zulkifli Abu Bakar, seorang penerima pencen.

Bulan lalu, kerajaan menarik balik kawalan harga bagi ayam, sebagai usaha nya kurang kan perbelanjaan dalam bentuk subsidi berjumlah RM81 bilion (S$23 bilion) yang perlu ditanggung tahun lalu.

Satu kilo gram ayam sebelum ini cecah harga RM8 (S$2.30).

Namun, beberapa minggu selepas subsidi ditarik balik, ia naik kepada hampir RM9.50 (S$2.70).

Mata wang yang lemah juga tidak bantu ekonomi yang bergantung kepada barang import itu

Ringgit jatuh

Oktober lalu, ringgit jatuh ke paras terendah banding dolar Singapura.

Dengan harga bahan mentah kini lebih mahal, para peniaga makanan berkata, mereka tiada pilihan kecuali alih kenaikan ini

kepada para pelanggan.

"Semenjak harga beras naik, kita terpaksa naikkan sedikit. Sebelum ini, nasi putih kita boleh dapat RM1 (S$0.30) atau

RM1.50 (S$0.40), kini kita terpaksa naikkan, satu bungkus sahaja, RM2 (S$0.60)," kata Nur Atikah Abu Bakar,

seorang peniaga di Selangor.

"Ada customer yang merungut sebab tidak ada kenaikan gaji, kan? Tetapi, hendak atau tidak, setiap hari kena

makan. Kejatuhan mata wang ringgit, kita pun jadi risau," tambah nya.

Kerajaan buat subsidi bersasar bantu rakyat

Kerajaan Malaysia rancang untuk ganti dasar subsidi menyeluruh dengan kaedah subsidi yang lebih disasarkan

"Sebelum ini, yang diamalkan adalah subsidi menyeluruh dan akibat nya, banyak kebocoran.

“Kami sering dengar rungutan bagaimana subsidi dinikmati mereka yang tidak memerlukannya atau bukan berada dalam

kategori yang layak menerima," kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

"Jadi, dengan subsidi yang disasarkan, kami akan kaji kategori golongan yang bakal menjadi penerima, kami juga akan lihat kepada data yang dikumpulkan.

“Kemudian kami akan lihat kepada kaedah untuk melaksanakan subsidi yang disasarkan.

"Kami yakin apabila ia dilaksanakan sepenuhnya, golongan yang benar benar perlu kan akan mendapat bantuan dalam bentuk tunai," tambahnya.

Namun buat sementara, rakyat Malaysia perlu sesuai kan diri dengan apa yang mereka mampu. 

Sumber : CNA/IA/ae

Artikel kredit kepada Astro Awani dan Media Corp

Foto kredit kepada Utusan TV

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di sini

Lagi artikel menarik di bawah

Doa pembuka rezeki dan kekayaan dari Ustazah Asma’



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords