Super admin . 21st Nov, 2023 03:40 PM
Jurutera berjiwa bisnes adalah kata kata sesuai menggambarkan sosok lelaki pengasas jenama Songkok Malaya, Mohd Hafzan Sardi.
Walaupun mempunyai kerjaya hakiki yang membanggakan namun dek minat yang dalam dunia bisnes
anak jati Sabak Bernam Selangor ini membuktikan kerjaya dan minat sebenarnya boleh berjalan seriringan.
Jurutera Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) itu berkata, niat yang ikhlas perlu diletakkan di hadapan dałam melakukan apa apa perkara.
Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga berkata, tujuan belajar
bukan sekadar untuk dapat jawatan tinggi, tetapi untuk memberikan manfaat kepada masyarakat.
"Sebagai alumni UTM, saya bangga kata kan bahawa universiti ini telah mem bentuk mentaliti di samping meng gilap bakat ter sembunyi
"Dalam me lahirkan diri saya untuk lebih kreatif meng inovasi penyelesaian menghadapi apa jua cabaran dan rintangan," katanya.
Beliau yang me mula kan kerjaya di LUAS sebagai Penolong Jurutera pada 2014 berkata , walaupun jadual harian nya padat beliau perlu bijak bahagi kan masa antara kerjaya dan bisnes.
"Saya perlu bijak urus hal ehwal bisnes, namun dalam masa sama tetap semangat dan komited memikul amanah serta tanggungjawab sebagai pekerja di LUAS.
"Antara pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan selama ber Khidmat adalah
menjadi Johan dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor pada tahun 2017 dan 2018
atas Projek Pembangunan Kolam Off River Storage Bestari Jaya (2017)
dan Projek Pembangunan Landskap Kerjasama dengan Universiti Selangor (2018),” katanya.
Beliau berkata, syukur kerana turut menerima Anugerah Khas Pengarah pada tahun 2022, 2020 dan 2019
serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018 di LUAS.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Malaya Revolution Sdn. Bhd, itu berkata, kejayaan yang diraih bukan datang sekelip mata.
"Kejayaan ini bukan datang dengan mudah dan setiap cabaran adalah peluang untuk gilap potensi diri," katanya.
Beliau berkata, turut bersyukur kerana dapat bantuan ber jumlah RM500,000
melalui Geran Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) di bawah TERAJU.
"Geran bernilai RM500,000 ini mem boleh kan saya mengembangkan lagi bisnes Songkok Malaya," katanya.
Songkok Malaya, fokus kepada pem buatan songkok premium dan songkok tradisional ditubuhkan sejak 2009.
Syarikat ini turut membekal dan menjual butang baju Melayu, kerongsang songkok dan tanjak.
Sehingga kini, Songkok Malaya memiliki lima cawangan di seluruh negara iaitu
di Shah Alam, Marang, Bukit Bintang, Seri Iskandar Perak dan Putrajaya.
habis//
Bangga kita apabila anak Melayu rajin sampai boleh cemerlang macam tuan Mohd Hafzan buat ini
Siapa kata anak Melayu malas, jangan lupa sebelum dijajah empayar Melaka maju bebenau
Siapa yang maju kan? kalau bukan orang Melayu kan
bukannya Makcik Kemboja tau
So mari lah anak bangsa ku yang memang terkenal rajin belaka
Jangan malu kita mendunia
Mari lah berdagang sampai ke Amerika, ke Australia mahupun ke China
Tak perlu lagi kita jadi kelasi kapal untuk berkelana
Ebay kan ada?
Nak belajar import eksport rempah ke, songkok ke, baju ke
Jom tekan link di sini
Atau JANGAN download e-book PERCUMA di sini
Kalau tak sanggup nak dengar kisah anak Melayu yang rajin jual daun kering sampai ke Amerika sampai jadi jutawan
Lagi kisah motivasi tanpa menghina di bawah