fahd . 3rd Feb, 2025 11:21 AM
Emak menghidapi kanser tulang di wajah, ayah pula lumpuh separuh badan dan dalam masa anak kembar dikandung meninggal dunia.
Tidak cukup dengan itu, dua kali perkahwinan yang dibina musnah dilanda badai adalah antara titik terendah dalam kehidupan seorang setiausaha pejabat, yang mahu dikenali sebagai Nora, 42 tahun.
Nora berkongsikan kisahnya itu ketika menyertai Bengkel Export Preneur anjuran Export Oversea Academy - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi baru baru ini.
Nora berkata, ujian ujian hidupnya yang dihadapinya itu membuatkan dia yang kini hidup bersama dengan seorang anak, terfikir-fikir apa arah tujuan hidupnya selepas ini.
Sama seperti orang lain, dia juga mahu mempunyai simpanan untuk hari muka selepas masa mudanya berdepan ujian getir berkenaan.
“Bila umur saya dah macam ini, kenapa aku tak buat sesuatu dari dahulu, sebab dahulu kita bergantung kepada seseorang, yang kita rasa, sampai satu tahap kita kena teruskan hidup.
“Kalau bukan untuk diri kita pun sebenarnya untuk keluarga kita.
“Sekarang ini saya di fasa tenang dalam hidup, di mana saya ingin buat apa yang saya nak selama ini.
“Selama ini kita mungkin banyak, kadang kadang kita rasa hidup ini kita berkorban untuk orang lain, tetapi benda itu bukan sesuatu tak baik, tetapi hakikatnya jalan hidup memang Allah dah atur,” katanya menyusun bicara.
Sebaik Pulang Dari Kerja, Berbakti Kepada Kedua Orang Tua
Berkongsikan kisah perjalanan hidupnya, Nora berkata ketika dia sama seperti insan lain yang mengharapkan keadaan baik-baik sahaja, tiba-tiba Allah rindu padanya dan mengirimkan ujian kedua orang tuanya sakit berat.
“Dalam tempoh 10 tahun, lepas diploma, Ayah sakit strok dan disebabkan masa itu saya selalu ulang alik Nilai-KL untuk jaga mereka.
“Saya punya gaji cuma RM1,200 sebagai kerani dan tak banyak dan nak belikan orang tua ubat saya tak mampu
“Masa itu, emak pula dapat kanser tulang di wajahnya dan dalam masa sama saya mengandung anak kembar.
“Waktu itu umur 28 ke 37 tahun, waktu tengah struggle, ayah sakit lumpuh separuh badan selama lima tahun saya jaga.
“Dalam masa sama emak saya kanser di muka, asalnya bengkak ingatkan sakit gigi, kanser tulang yang merebak.
“Saya sempat jaga 3 tahun, kita masa masuk rumah itu ada katil abah dan emak bila saya balik kerja, malam itu saya akan layan mereka,” katanya.
Bersyukur Dikurniakan Adik Beradik Yang Memahami
Katanya, walaupun ketika itu dia cuma berserah dengan takdir menimpa, sang pencipta benar benar mahu menguji kesabarannya yang mengaku beriman kepada tuhan yang satu, apabila ujian kematian dan perceraian bertimpa-timpa menerpa.
“Dalam tempoh 10 tahun lalu, saya benar benar diuji, selepas ayah, emak dan selepas itu anak pula meninggal dunia dan ketika itulah jodoh saya tak berpanjangan dengan kedua bekas suami dengan kali terakhir saya bercerai tiga tahun lalu,” katanya.
Katanya, jika diikutkan rasa hati memang boleh mati, tetapi dek sekelumit iman yang bersisa, dia harungi jua episod episod duka itu berbekalkan kepercayaan setiap kesusahan Allah titipkan jua kesenangan.
“Apabila sampai satu tempoh, akan datang ujian susah di satu fasa tertentu, semua orang ada ujian itu, jadi saya sudah lalui bertubi tubi dan sekarang waktu saya tengah susun semula.
“Tetapi waktu itu, sebenarnya saya memang berdoa supaya Allah rezekikan saya menjaga kedua orang tua dan Allah mendengar apa yang saya minta.
“Walaupun gaji saya kecil ketika itu, tetapi saya syukur kerana saya dapat sokongan dan bantuan sembilan adik beradik lelaki saya di dalam keluarga.
“Mereka membantu saya dari segi kewangan, dan saya tahu yang lain memang ada niat sama mahu menjaga tetapi cara mereka berbeza dan mereka sama sama bertanggungjawab.
“Mungkin orang lain tak nampak ingat saya sahaja yang jaga, sedangkan di belakang ada adik beradik saya yang sokong dan bantu,” kata anak keenam dan tunggal perempuan itu.
"Terima Kasih Nora Jaga Emak, Ayah"
Katanya, walaupun episod duka itu sudah berlalu, dia percaya, momen menjaga orang tua walaupun adakala menguji kesabaran diri adalah antara detik terindah dalam hidup apabila dia menerima ucapan terima kasih daripada mereka menjelang hari hari terakhir di dunia ini.
“Jaga orang tua, kadang kadang nak bagi makan tangan kena tepis, kalau nak dukung mandi, dia tampar kita.
“Namun begitu Alhamdulillah, satu hari sebelum arwah emak nak pergi, saya temankan dia baca yasin malam itu, tiba tiba emak pegang dan tepuk tepuk tangan saya sambil berkata Nurul terima kasih jaga emak, kemudian saya kata emak ini janganlah terima kasih, Nurul kan anak emak.
“Itulah kali pertama saya rasa dalam berbulan bulan saya jaga dia, dia mula lembut, kalau tak sebelum itu, sebab dia makan tiub, dia campak dan tolak kaki.
"Saya tahu emak sakit sangat sebab wajahnya sudah berlubang dan tiada separuh muka. Bila saya nak angkat cuci luka, dia cakap saya jahat, sebab saya selalu paksa dia mandi, saya nak bersih.
“Arwah abah pula, ada satu ketika pada waktu malam dia nak buang air besar, dia tiba tiba tepuk belakang saya dan sambil peluk dia ucap terima kasih jaga abah, terima kasih dia kata,” katanya.
Katanya, dia berharap amalannya itu diterima Allah SWT selepas dia sudah sehabis baik berbakti kepada kedua orang tuanya itu.
“Dua dua ucapan itu membuatkan hati saya alhamdulillah terima kasih ya Allah, saya dah jaga walaupun saya banyak dosa.
“Kita tak tahu amalan kita mana yang diterima, tapi saya dah cuba buat yang terbaik untuk emak ayah saya, walaupun mungkin di sekeliling orang kata saya tak baik, saya diamkan diri.
“Hidup saya tak indah macam adik beradik lain, keadaan saya sekarang, kau bukan anak yang baik, tapi bagi saya its okay, sebab tangan saya sendiri yang memandikan mereka, sampai ke liang lahat,” katanya.
Tak Sabar Nak Bisnes di eBay
Katanya, selepas badai berkenaan berlalu, kini sudah tiba masanya dia mesti lakukan sesuatu untuk diri sendiri.
“Usia saya sudah masuk 42 tahun, memang saya tercari cari pekerjaan lain kerana sudah tepu dengan kerja sedia ada.
“Tetapi pada tahap usia ini, saya fikir inilah kerja terakhir untuk saya buat sebelum bersara.
“Untuk cari gaji lebih baik mungkin boleh tetapi mungkin kenaikan itu tak banyak.
“Jadi pilihan yang ada jika mahu simpanan yang banyak hanyalah melalui bisnes dan sebab itu saya tertarik dengan kelas Dr Zul dengan tagline ‘Duduk Malaysia Takpe, Janji Gaji USD,” katanya.
Katanya, percaya Dr Zul menyampaikan ilmu yang ikhlas dari hati dan pengalamannya, termasuk menunjukkan langkah demi langkah serta perkara yang buruk serta cara menyelesaikan masalah yang timbul.
“Saya tertarik dengan tagline Duduk Malaysia Takpe Janji Gaji USD, sebenarnya saya mencari peluang pekerjaan dan bisnes yang baharu, satu fasa baru
“Saya sudah target nak duduk mana, dengan siapa yang kita ada dan tak sabar nak masuk bisnes eBay,” katanya.
Habis//
Mahu belajar kemahiran menjual di eBay dan Jana Pendapatan Sampingan Dalam USD ? Tekan di>>>SINI<<<