Super admin . 13th Dec, 2023 01:52 PM
Mentua dari ‘neraka’ memang wujud dalam dunia ini
Kisah seorang isteri yang sakit mental kena ‘torture’ mentua viral
di media sosial baru baru ini
Kisah nya begini
Seorang wanita stress kerana dapat mentua tak berhati perut kerana tak peduli
anak susah atau senang, yang penting, setiap kali minta duit, wajib kena bagi.
Jom baca kisah di bawah dan ambil pedoman sama sama okay
KUALA LUMPUR : Sudahlah susah kerana hidup di tengah ibu kota, bertambah susah lagi
dapat mentua dari 'neraka' yang suka suka minta duit bila bila masa.
Seorang wanita luah rasa sedih, kecewa, marah dan benci nya kepada ibu mentua sendiri
yang sanggup jadi zalim dengan anak menantu dan cucu sendiri.
Wanita itu luah curahan hati nya di page KRT dan dapat banyak reaksi dari netizen.
Wanita itu berkata, dia tertekan dengan perangai mentua nya itu, walaupun anak anak sudah
beri duit belanja tetap sebanyak RM1,500 sebulan.
Katanya, tidak cukup dengan itu, suami nya dipaksa bayar ansuran kereta RM1,800 semata
mata mereka mahu bergaya dengan kereta mahal.
“Segala komitmen bulanan rumah, kereta, bil air api, cuckoo semua anak2 yang bayar.
“Anak bagi duit RM1,000 sebulan.
“Anak seorang lagi bagi RM500 sebulan.
“Mereka berdua tak bayar apa apa komitmen.
“Mereka menetap di kedah.
“Masalahnya duit tetap tak cukup.
“Selalu mengadu duit tak cukup.
“Seminggu lepas suami bagi duit, ibu mertua akan minta lagi dalam 100 atau 200.
“Dalam sebulan tu minta beberapa kali.
“Kalau ada nak repair kereta, repair apa yang rosak di rumah, ibu mertua minta duit kat anak.
“Dan dan tu suruh bagi.
“Suami saya baik.
“Sebolehnya nak bantu selagi ada duit.
“Baru baru ni kereta mertua rosak, ibu mentua minta RM300 dari suami.
“Suami takde duit sebanyak tu,” katanya.
Wanita itu berkata, perangai ibu mentua nya betul betul ‘annoying’ kerana sanggup call dan
desak anak anak banyak kali walau anak nya tengah meeting di tempat kerja.
Katanya, bila suami nya tidak ada duit untuk diberi, dia akan jadi mangsa.
“Kami pun berjimat selagi boleh utk sampai ke hujung bulan.
“Ibu mertua call byk kali Tanya psl duit.
“Suami tgh meeting pun asyik call.
“Bulan lepas bapa mertua pinjam RM5,000 dari anak sorang lagi.
“So utk repair kereta ni minta dari suami saya.
“Bila mertua asyik call minta duit, suami pula takde duit.
“Suami akan minta duit dari saya.
“Kalau saya takde duit, suami minta duit dari simpanan anak2.
“Saya taknak bagi korek simpanan anak anak.
“Last last suami pinjam duit kawan.
“So gaji nanti dia yang kena bayar kepada kwn tu.
“Budget expenses kami akan lari nanti.
“Ni bukan kejadian pertama. Byk kali berlaku.
“Saya selalu jadi mangsa suami minta duit kalau dia takde duit nak bg mertua,” katanya.
Wanita itu berkata, suami nya tak sampai hati untuk SAY NO dan dia
kasihankan suaminya bila jadi stress bila dapat call banyak kali dengan ibu nya yang
asyik minta itu dan ini.
Katanya, dia tertekan kerana mentua nya ingat mereka kerja cop duit sedangkan mereka
suami isteri catu itu dan ini.
“Saya juga yang hidup sehari hari dgn suami. Mengira duit seadanya utk survive.
“Kenapa duit mentua tak pernah cukup? Meminta mcm kami cop duit.
“Kami anak 3 orang (umur 2 - 9 tahun) sedang membesar.
“Kos hidup di KL sgt mencabar. Lepas tolak segala komitmen
“Cash yang kami ada utk hidup berlima di KL hanya RM4,000++.
“Itu la kami nak pegi balik kerja, kos makan kami hari hari, dgn anak anak minta itu ini,” katanya.
Katanya, gara gara perangai mentua nya itu, dia sedih, kecewa, makan hati dan rasa mahu
marah namun dipendam kerana tak mahu jadi punca gaduh.
“Kami nak saving pun susah. Kami mmg tiada saving.
“Kadang kadang saya benci mentua saya kerana tidak memahami keadaan kami yang struggle.
“Saya pernah bgtau mertua. Gaji sy juga habis Saya tlg suami dr segala segi perbelanjaan.
“Kami juga struggle utk survive.
“Tapi mentua tetap tak faham tetap meminta.
Tahlaaa ……. Tq admin,” katanya.
Kata wanita itu, hairan ke mana pergi wang saguhati pencen bapa mentua nya bernilai
lebih setengah juta ringgit dihabiskan hingga kedua orang mentua nya tidak ada simpanan langsung.
“Bapa mentua telah pencen 2017.
“Menerima saguhati pencen melebihi RM500 ribu.
“Pencen bulanan 6k++.
“Ibu mentua suri rumah. Anak mereka 2 orang.
“Saguhati pencen habis tanpa baki dalam tempoh setahun lebih.
“Bapa & ibu mentua tiada saving langsung.
“Hanya harapkan pencen bulanan 6k++.
“6k++ betul2 utk monthly expenses mereka berdua.
“Anak bagi duit RM1,000 sebulan.
“Anak seorang lagi bagi RM500 sebulan.
“Total rm 7.5k++ utk mereka berdua tanpa bayar apa apa komitmen,” katanya.
habis//
Hmm, penulis simpati dengan nasib wanita di atas, dan apa yang pasti masalah ini tak
boleh dibiarkan begitu sahaja
Tolong jumpa mereka yang pakar untuk settle kerana kesan nya akan jejas semua
orang dalam keluarga wanita itu
Mungkin ramai yang alami tekanan kerana macam macam masalah hidup kan
Cuba baca artikel ini : Stress ? Ini jalan keluar nya..
Berikut kami nak share tips mengenai penting nya kesihatan mental secara ringkas
Semoga dapat bantu mereka yang tengah struggle
Happy reading !
Keperluan Menjaga Kesihatan Mental
Kesihatan mental bukan sekadar istilah yang melibatkan keadaan minda, tetapi juga membentuk asas kehidupan yang seimbang dan bermakna.
Terlalu sering diabaikan, kesihatan mental memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti kehidupan seseorang.
Mari kita lihat mengapa jaga kesihatan mental adalah begitu penting.
Kesihatan mental yang baik berkait rapat dengan produktiviti.
Individu yang merasa sihat dari segi mental lebih mungkin menjalani hari hari
mereka dengan cekap, kreatif, dan fokus.
Kesihatan mental memainkan peranan besar dalam membina dan mengekalkan hubungan sosial.
Apabila seseorang merasa baik dari segi mental, mereka lebih cenderung terlibat
dalam interaksi positif dan membina hubungan yang sihat dengan orang lain.
Jaga kesihatan mental boleh kan seseorang urus emosi dengan lebih baik.
Ini bantu cegah ketegangan berlebihan, kebimbangan, dan kemurungan yang boleh
beri kesan kepada kehidupan harian.
Kehidupan penuh dengan cabaran, dan kesihatan mental yang baik membantu individu menyesuaikan diri dengan lebih baik terhadap tekanan.
Ini boleh kan mereka respon cabaran dengan tenang dan waras.
Kaitan Fizikal dan Mental
Kesihatan mental juga beri impak positif kepada kesihatan fizikal.
Pola tidur yang baik, tabiat pemakanan yang sihat, dan aktiviti fizikal
dapat sokong keseimbangan antara kesihatan fizikal dan mental.
Akibat Kurang Seimbang Kesihatan Mental
Namun, kekurangan seimbang dalam kesihatan mental boleh membawa kesan serius kepada kehidupan seseorang.
Keadaan mental yang diabaikan boleh menyebabkan gangguan fizikal seperti masalah tidur, masalah penghadaman, dan penurunan imuniti.
Baca lanjut di sini mengenai kesan ganguan tidur, masalah penghadaman dan penurunan imuniti terhadap diri dan orang sekeliling.
Suka bawa diri
Individu yang mengalami masalah kesihatan mental mungkin cenderung menjauh dari interaksi sosial
jadi punca yang boleh beri buruk kan lagi keadaan dan baca di sini mengenai Trauma dan Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD)
Prestasi Kerja Menurun
Kesihatan mental yang buruk boleh menghambat prestasi di tempat kerja
suka ponteng kerja dan rosak kan peluang kerjaya yang sedang mekar.
Baca mengenai Tekanan di tempat kerja : Bagaimana untuk bertahan ?
Kesan pada Hubungan Peribadi
Kekurangan seimbang kesihatan mental boleh mencipta ketegangan dalam hubungan peribadi, ancam keintiman dan kepercayaan.
Baca mengenai Masalah Kesihatan Mental : Faktor, Kesan dan Sokongan
Potensi Masalah Kesihatan Mental yang Serius
Apabila masalah kesihatan mental diabaikan, mereka boleh berkembang menjadi
keadaan yang lebih serius seperti murung, bimbang yang teruk atau gangguan bipolar.
Baca mengenai
Kemurungan 101 : Gejala, Punca & Rawatan
Bipolar penyakit mental serius
Semoga artikel ini dapat membantu mereka yang memerlukan sokongan pada ketika ini
Saya doa kan anda semua dipelihara dari kejahatan diri sendiri dan makhluk makhluk Nya Aminn
habis//
Lagi kisah motivasi di bawah
>>> Baca di sini cara atasi STRESS bila TIADA DUIT<<<