fahd . 29th Jan, 2025 3:23 PM
Memang bisnes export mudah. Inilah yang dibuktikan seorang jurutera selepas berjaya meraih jualan bernilai RM500,000 hanya dalam tempoh 10 bulan hasil bisnes di eBay dan Etsy.
Lebih seronok, modalnya tak kasar langsung, cuma RM50 doang!
Encik Nash, 33, berkata, jualan keseluruhan itu dicatatkan sejak 23 Mac hingga ke 17 Disember 2024 dan dalam masa sama dia tidak perlu berhenti kerja hakiki.
“Saya bekerja dengan sebuah syarikat berpangkalan di luar negara dan memang 100 peratus dari rumah.
“Saya bermula berniaga di eBay sebenarnya pada 2019 dengan Dr Zul juga, waktu itu saya guna akaun peribadi.
“Tetapi tak lama selepas itu Covid melanda dan saya tak dapat pos barang ke luar negara, jadi saya abaikan terus bisnes eBay.
“Namun pada Januari tahun ini saya jumpa Tik Tok Dr Zul dan saya daftar semula untuk belajar eBay selama dua hari, kelas online yang berharga RM50,” katanya.
Buat Duit Dari Rumah Dapat Bayar Hutang RM50,000
Katanya, selepas akaunnya selamat untuk menjual, dia mula membuat listing hasil kajian produk termasuk harga menggunakan Advanced Search.
“Namun kesilapan utama saya adalah, saya terus membuat listing produk berisiko tinggi seperti ubat-ubatan dan cecair.
“Kerana itu, akaun saya kena gantung secara kekal dan rayuan saya mendapatkan semula akaun eBay itu tak berjaya.
“Apa yang saya buat adalah saya buang semua listings yang berisiko tinggi itu dan saya tunggu selama 60 hari sebelum buat akaun yang lain.
“Saya guna identiti pengguna baharu, menetapkan semula alamat IP, dan menggunakan e-mel serta nombor telefon yang berbeza, barulah dapat menjual semula di eBay,” katanya.
Katanya, dalam tempoh 30 hari lalu, dia berjaya mendapat jualan sebanyak RM130,000, iaitu nilai jualan bulanan terbesar setakat ini.
Manakala, pencapaian jualan harian tertinggi yang pernah dicapai adalah RM8,000 ke RM10,000 sehari.
“Dengan wang inilah saya dapat menyelesaikan hutang pinjaman dan kad kredit berjumlah RM50,000,” katanya.
Silibus eBay Dr Zul Terbukti Berkesan
“Dr Zul lah yang memberi saya inspirasi untuk menjual di Etsy dan saya gunakan formula dan strategi berniaga di eBay dan sesuaikan di Etsy.
“Konsep HDLR dan RCA boleh diterapkan di Etsy,” katanya membuat listing dari niche berbeza termasuk health & beauty, home garden dan dvd.
Katanya, antara strateginya meraih untung adalah berhubung terus dengan pembekal di platform Shopee dan Lazada untuk mendapatkan kos barang lebih rendah dan memaksimumkan untung.
“Mula mula saya beli dahulu dan bila sudah dapat banyak jualan di eBay, saya terus hubungi pembekal untuk dapatkan harga lebih murah,” katanya.
Katanya, bagi mencari barang yang berpotensi laku pula, dia menggunakan Advanced Search dan mencari barang yang berjaya terjual sebelum ini.
“Selepas itu, pada Jun lalu, saya melanggan Zik Analytics dan saya nampak lagi senang bila kita nak cari barang yang demand terjual sama ada dalam 7 hari, 14 hari atau 30 hari lepas.
“Bagusnya Zik ini kita boleh imbas (jenis barang dan harga jualan) pesaing. Selepas itu kita tiru sahaja dan sesuaikan, cumanya kita kena +- kos shipping item itu.
“Apabila guna akaun bisnes eBay, penjual boleh dapat kadar shipping yang lebih rendah (berbanding menjual di eBay guna akaun peribadi).
“Semua yang saya buat ini diajar dalam silibus eBay Dr Zul dan memang terbukti berkesan,” katanya.
Katanya, antara faktor penting untuk berjaya di eBay, adalah soal pengurusan masa.
“Sebelum masuk kerja setiap hari kira-kira 2 jam pada waktu pagi saya akan membuat kerja kerja melayan pertanyaan pembeli dan apa-apa aktviti berkaitan seperti kajian produk.
“Sebelah malam pula saya akan proses order seperti bungkus barang. Pokok pangkalnya, kena tahu urus masa dan kena fokus.
“Pada setiap Ahad pula, saya akan habiskan masa untuk buat listings sahaja dan jadualkan waktu listing secara automatik untuk dimuatnaik di eBay,” katanya.
Katanya, bisnes di eBay juga mempunyai cabaran tersendiri termasuk untuk melayan aduan pembeli yang mahu return barang dan refund duit.
“Saya juga berdepan dengan tindakan pihak kurier yang mahu menghapuskan barang dan mengenakan caj tambahan.
“Itulah antara cabaran utama tetapi bagaimanapun bisnes eBay ini tetap berbaloi,” katanya.
Mahu belajar berniaga di platform Amazon dan eBay?. Sila klik di >>>SINI<<<