Super admin . 5th Dec, 2023 02:34 AM
eBay USA lubuk duit, jual barang dari Malaysia dan untung 4 kali ganda
Sebelum kita nak pergi lebih jauh pasal eBay USA ni, saya nak tanya, mesti ramai yang terkesan sebab ringgit jatuh kan
Harga barang naik buat kita sakit kepala, belanja semakin besar
Jika dahulu RM100 boleh penuh troli di pasaraya
Tapi sekarang?
Jangan bersedih, sebagai orang biasa apa yang kita boleh buat dalam keadaan macam ini
Kita cari pendapatan sampingan, namun ramai yang ragu ragu
Nak bisnes, modal tak besar
Nak bisnes, takut rugi la pula
Tak tahu nak bisnes apa?
Tak pandai lah
Itu jawapan biasa bagi mereka yang tak biasa
Insya allah, dengan bacaan ini saya akan bantu anda fahami apa kelebihan
jika kita pilih eBay USA
Jangan risau, Allah yang atur rezeki
yang penting kita berusaha dan berdoa OK?
Tapi sebelum itu sedikit selingan motivasi
Malaysia ini tanah bertuah, kita mewarisi kekayaan alam semula jadi
hingga pernah direbut penjajah, apa sahaja barang boleh ditukar jadi duit
Tanah bertuah sangat terkenal di zaman silam kerana kesibukan pelabuhan Kota Melaka
Ini bukti kan, secara alami DNA kita ini bukti kan, kita PANDAI berniaga
kita bukan bangsa yang MALAS
Yang jadi runtuh nya Kota Melaka sebab fitnah dan hasad dengki
Racun ini diguna penjajah untuk hancur kan tamadun kita
Sebab itu lah sejarah kejayaan bangsa ini cuba dipadam
kita dimomok kan dengan naratif
bangsa ini bangsa PEMALAS, jadi apa kata, kita sama sama ‘ajar’ sikit
Mulut mulut celupar ini
Tiba masa nya bangsa ini bangkit dan bukti kan kita boleh berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan siapa sahaja, boleh? ok GOOD
Sudah tentu, salah satu cara nya adalah dengan guna apa sahaja kelebihan yang ada
Ada caranya dan jom kita lihat bagaimana kita boleh jana duit secara online
dengan jadi eBay USA seller walaupun kita duduk di Malaysia
Mengapa Menjual di eBay USA?
Jangan jadi jaguh kampung sahaja, eBay USA adalah lubuk harta karun
Dengan lebih 180 juta pembeli aktif, produk anda berpotensi
menjangkau khalayak yang tidak pernah anda impikan.
Cuba bayangkan, kain sarung batik jadi barang dekorasi hias rumah di Amerika
atau dipakai David Beckham
Rakyat Amerika sanggup membayar guna dollar untuk barangan unik dan berkualiti tinggi.
Pamerkan produk yang unik, kraf tangan, koleksi yang jarang ditemui atau barang vintaj dan saksikan keuntungan anda melonjak
Dalam keadaan ringgit yang jatuh, seller Malaysia di eBay USA memang happy.
Walaupun guna shipping ke oversea, seller masih boleh kekal kan harga yang boleh bersaing
dan kekal untung sampai empat kali ganda berbanding jika barang itu dijual di Malaysia
Start small, test the water dan upgrade dari masa ke masa. Hanya dengan jual 2, 3 barang dari rumah sendiri
Anda sudah ada kedai online, bayang kan macam anda sudah ada kedai runcit sendiri, tak pernah fikir kan?
eBay USA itulah kedai runcit kita dan buat kita rasa kita boleh ‘standing same height, sit same low’ hehe
Anda Sudah Bersedia ?
Berikut adalah TIPS yang boleh anda follow sebelum kedai di eBay USA
Apakah yang menjadikan anda unik?
fesyen batik? rempah eksotik?
Sarung telefon yang dilukis dengan tangan?
Kenal pasti produk atau kategori di mana anda boleh menonjol daripada orang ramai
Apakah keperluan mereka?
Apa barang mereka mahu?
Apa harga yang patut dijual?
Analisis seller eBay USA dari Malaysia yang berjaya dalam niche anda, data is the king
Foto berkualiti tinggi, huraian terperinci dan harga yang kompetitif adalah penting.
Labur dalam fotografi yang bagus, tulis caption produk yang jelas dan offer yang menarik
Bersikap telus tentang kos penghantaran dan tawarkan servis shipping yang berbeza.
Bekerjasama dengan kurier yang boleh dipercayai seperti DHL atau FedEx untuk
pastikan penghantaran tepat pada masanya dan buat customer happy.
Komunikasi adalah penting, balas pertanyaan customer dengan segera
selesaikan isu dengan cekap dan lakukan extra effort untuk bina kepercayaan dan maklum balas positif
Gunakan media sosial, sertai komuniti dalam talian yang berkaitan dan teroka pilihan
pengiklanan berbayar di eBay sendiri.
Sebarkan cerita unik produk anda dan kelebihan nya untuk bantu settle kan masalah dan keperluan mereka
INGAT!
Memahami peraturan import/eksport dan mematuhi keperluan kastam AS.
Dasar dan algoritma eBay berubah dari masa ke masa. Teruskan belajar, sesuaikan strategi anda dan terima perubahan
Membina perniagaan yang berjaya memerlukan masa dan usaha.
Jangan putus asa dengan halangan awal. Analisis, belajar dan teruskan bergerak ke hadapan.
Dengan dedikasi dan petua berharga ini, anda, seorang seller eBay USA yang jual dari Malaysia
boleh ubah nasib hidup diri dan keluarga melalui bisnes ini
Bayang kan kisah manis apabila anda mampu membawa mereka berjalan jalan ke mana sahaja
Atau membeli apa sahaja yang mereka suka dan mahu dengan untung diterima
Bayang kan masalah kesempitan wang anda bakal berakhir
tak perlu lagi mencatu itu dan ini sementara menunggu gaji baru
Ini lah masa nya anda ubah nasib diri, anda boleh guna untuk rawat insan yang anda sayang
dan paling penting, ingat kita bukan bangsa yang MALAS dan TAK PANDAI
Banyak lagi sebenarnya kita boleh capai jika sudah berjaya
Kami doa kan anda berjaya menjadi apa yang anda impi kan selama ini AMIN
Lagi kisah motivasi di bawah
Download ebook eBay PERCUMA di sini
>>> Rahsia bisnes eBay yang MUDAH dan MURAH. Klik sini<<<