Super admin . 11th Jan, 2024 09:06 AM
Doa pembuka rezeki dan kekayaan ini dipetik dari siri ceramah Ustazah Asma' Binti Harun (UAH) di media sosial termasuk
You Tube dan Facebook nya. Foto kredit kepada Oh Bulan!. Semoga kita sama sama boleh ikut cara doa mendapatkan
rezeki tak terduga ini. Saya harap dengan asab tulisan ini kita sama sama dapat kongsi pahala amal soleh dengan kongsi
kan kepada orang lain dan paling utama jadi ladang pahala pula untuk Ustazah Asma' Harun dan pasukannnya. Jom kita
beramal dengan amalan doa dan zikir saranan beliau ini okay. Bismillah :)
UAH berkata, ramai orang nak bahagia tetapi dia tidak menempuh jalan bahagia.
Katanya, cara mencari jalan bahagia itu adalah dengan cara meminta dan berdoa kepada yang Esa.
“Saya nak mintak kepada kawan kawan dan sahabat sekalian, ramai orang nak bahagia tetapi dia tidak menempuh jalan bahagia
“Kalau anda nampak saya bahagia, saya gembira, bukan beerti saya tidak ada masalah, saya ada banyak masalah, saya ada banyak ujian di dalam kehidupan.
“Kebahagian itu terletak di antara nya adalah kekuatan kita meminta dan berdoa dengan Allah,” katanya.
Beliau berkata, untuk bermula, belia saran untuk sama sama baca Al Maathurat.
Katanya, bersyukur kerana sejak dahulu hingga kini termasuk anak anaknya menjadikan Al Maathurat sebagai bacaan wajib harian.
“Siapa yang nak geng, nak kawan Ustazah Asma, dan saya memang nak geng , nak kawan dengan semua orang. Boleh tak,
bermula dari petang ini, kalian google Al Maathurat Sughra, Sughra maksudnya kecil. Kalau orang tanya apa amalan
ustazah, saya bukan orang yang banyak amalan, tuan tuan dan puan puan lagi banyak amalan, dari sekolah sampai saya
masuk universiti dan sampai sekarang anak anak pula,” katanya.
UAH berkata, Al Maathurat adalah himpunan ayat ayat Al Quran dan doa doa, dari hadis Nabi Muhammad SAW yang ada
fadilat yang begitu besar dalam kehidupan.
“Alhamdulillah antara amalan yang jarang saya tinggal, sakit ke, penat ke, letih ke, sibuk yang macam mana , baca Al
Maathurat pagi dan petang. Itu apa yang saya amalkan dan cuba saya apply untuk anak anak pagi dan petang, lancarlah
memang dah hafal, bagi al Maathurat pagi dan petang,” katanya.
Zikir sebagai amalan untuk murah rezeki selain jika dilakukan dapat rezeki yang barakah.
“Ada lima, tapi ada juga yang amalkan tiga. Ya Allah Ya Fatah, Ya Razak, Ya Wasi.
Maksudnya apa? Ya Fatah yang Maha Membuka, Ya Razak? Yang Membuka Pintu Rezeki, Ya Wasi, seluasnya
“Ya Allah Yang Maha Membuka, Buka Kanlah Pintu Rezeki Seluasnya. Faham tak apa kaedah itu? Maksudnya kita
gabungkan 3 nama Allah itu tadi, selepas itu kita tutup dengan doa. Kita sebut dahulu, Ya Allah Ya Fatah Ya Razak Ya Wasi
"Nak ulang berapa kali? terserah. Ada orang nak ulang sekali, ada orang nak ulang tiga kali , ada orang nak ulang 10 kali.
"Sebab apa ?, amalan dalam Asma ul Husna tidak ada dalil dari hadis nabi berapa kali, berapa kali. Walaupun nanti, kita
mungkin belajar dengan orang lain, dia ada letakkan 30 kali, ada 60 kali ada 100 kali. Tapi dari sudut saya Wallahualam,
saya dengar ceramah dan ada tanya guru, dalam bab beramal dengan Asma Ul Husna, sebab dia tidak ada dalil
sebagaimana Subahanllah, Alhamduilillah, Allahuakbar 33 kali betul kan. Ada dalil dalil, itu hadis nabi, jadi Asma Ul Husna
dia umum maka, kita pilih lah jumlah, yang penting khusyuk. Kita sebut Ya Allah Ya Fatah, Ya Razak Ya Wasi, dan kita tutup
dengan doa 'Ya Allah buka kanlah pintu rezeki seluasnya'. Tapi kita minta rezeki apa? rezeki yang barakah, Kalau tak
barakah, Allah jauhkan, itu lebih baik bagi kita. Kemudian ada orang tambah lagi Subanallah Ya Ghani Ya Mughni,
“Ya Allah Maha Kaya dan Memberi Kekayaan, berikanlah aku kekayaan dunia dan akhirat, boleh tambah, tambah sahaja,”katanya.
UAH berkata, tidak jadi masalah untuk kita sebagai hamba minta kekayaan dari Allah kerana Allah lebih suka.
Katanya, jika orang kafir pun Allah berikan rezeki, ini kan pula hambanya orang Islam dan mukmin.
“Ada orang tanya UStazah, boleh ke minta kaya dengan Allah, kan dunia semua itu,
“Allah sangat suka orang meminta, dan kita lah paling layak sebab kita adalah orang
mukmin, orang muslim
“Kita bukan orang kafir, kita orang mukmin, kitalah, bila meminta, Allah paling suka, sebab kita orang Islam, orang mukmin.
“Sebab orang bukan Islam ini, dia usaha, Allah bagi, betul tak? Wahai tuhan sekalian alam, walaupun dia tak beriman dengan Allah, Allah tetap bagi,” katanya.
UAH berkata, ramai sahabat Nabi Muhammad SAW adalah orang kaya dan teknokrat namun jadikan kekayaan itu untuk sedekah dan wakaf.
Katanya, Islam tidak melarang umat nya menjadi kaya tetapi bukan himpun harta.
“Jadi kita minta kaya dengan Allah tiada masalah, sahabat nabi ramai kaya, ramai
teknokrat, tetapi yang dilarang dalam Islam adalah menghimpun harta
“Kena faham ya, kaya dapat harta banyak tak apa, tapi alihkan sedekah, bantu orang susah, sebab itu Allah sangat suka,Allah akan tambah kekayaan, jangan risau
“Tapi kalau dapat duit, himpun, tambah rumah, tambah aset, tambah kereta sampai 10 biji, tambah tambah, akhirnya esok bila dihisab memang akan berat
“Sebab semua itu jadi sebab menghimpun harta, sahabat nabi ramai teknokrat, kaya raya apa semua, tapi dia mesti wakaf sedekah, jadi minta kaya tiada masalah,” katanya.
UAH berkata, jika jadi kaya dunia sahaja itu adalah musibah namun kalau kaya dunia akhirat, harta nya itu, akan jadi saham di akhirat kelak.
“Jadi kita minta Ya Allah Ya Fatah Ya Razak Ya Wasit Ya Rani Ya Mughni, Masha Allah
“Himpunkan semua nama nama Allah itu, Ya Allah Yang Maha Membuka Pintu Rezeki Seluasnya Ya Maha Memberi Kekayaan, Berikan Aku Kekayaan di dunia dan akhirat
“Dia Jutawan dunia, dia jutawan akhirat, mashaallah Alhamdulillah,” katanya.
Siri tulisan dan doa di bawah dipetik terus dari akaun Facebook UAH
Saya ingin kongsi 10 doa yang boleh jadi amalan para ahli bisnes sama ada berniaga secara kecil kecilan mahupun mengusahakan restoran ataupun syarikat.
Mudah-mudahan Allah ya Mujib terima permohonan kita pada hari yang penuh berkat ini serta dikurniakan bisnes yang berkat, berjaya dan diredhai Allah. InsyaAllah.
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk, ketakwaan, kesucian (dijauhkan dari hal-hal yang tidak halal/tidak baik) dan kecukupan (kekayaan).”
Maksudnya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redha dan masukkanlah aku dengan rahmatmu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml: 19)
Maksudnya: “Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Maha Berdiri sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmat Mu aku meminta tolong, baiki segala urusan ku dan jangan diserah kan kepada ku sekali pun sekejap mata (tanpa dapat pertolongan dari-Mu).”
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, ampuni kami dan saudara saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan jangan lah Engkau biarkan kedengkian dalam hati kami kepada orang orang yang beriman; wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Hasyr: 10)
Maksudnya: “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang cipta kan aku dan aku adalah hamba Mu. Aku di atas perjanjian Mu dan janji Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada Mu dari keburukan perbuatan ku, aku akui nikmat Mu kepada ku dan aku akui dosa ku kepada Mu, maka ampuni lah aku. Hal ini kerana, tiada yang dapat ampuni dosa selain Engkau”
Maksudnya: “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan kerjakan suruhan Nya dan tinggal kan larangan Nya), nescaya akan diberikan nya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkan nya). Dan diberikan rezeki yang tidak disangka sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap lakukan segala yang di kehendaki Nya. Allah telah pun tentukan kadar dan masa bagi berlaku nya tiap tiap sesuatu.”
Maksudnya: "Dengan nama-Mu ya Allah, segala suatu adalah kehendak Mu ya Allah. Aku tiada berdaya selain dengan pertolongan-Mu ya Allah, segala kehendak Allah, semua kenikmatan daripada-Mu ya Allah, segala sesuatu daripada Allah, semua kebaikan kepunyaan-Mu ya Allah, segala sesuatu kehendak Allah, tidak ada apa yang dapat menjauhkan kejahatan melainkan kuasa-Mu, ya Allah."
Maksudnya: "Ya Allah, ya Tuhan yang Maha Kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang Engkau halalkan, dan bukan daripada yang Engkau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka yang selain daripada-Mu."
Maksudnya: "Ya Allah, jangan Engkau biarkan kami berdosa melainkan Engkau ampunkan. Tiada dukacita di hati kami melainkan Engkau lepaskan, dan tiada hutang melainkan Engkau jelaskan. Tiada juga sebarang hajat sama ada untuk dunia dan akhirat, melainkan Engkau tunaikannya wahai Tuhan yang Maha Pengasih."
Doa-doa ini boleh dibacakan pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, selepas solat fardhu, solat berjemaah atau sunat, ketika masa lapang, di waktu petang, ketika dalam kenderaan, di tempat kerja, bersama pekerja, dalam premis, bersama keluarga, dll waktu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat beramal.
habis//
BONUS - Download ebook eBay PERCUMA di SINI
Lagi kisah menarik di bawah