Super admin . 20th Nov, 2023 03:03 AM
Biarpun sudah usia senja, semangat seorang warga emas berusia 90 tahun bagi kongsi ilmu
dalam bidang masakan tidak pernah pudar.
Pengasas Restoran Nasi Briyani Gam Dahlia, Saadon Mohd Rais, 90, berkata, dia bersyukur dapat berkongsi ilmu
bersama empat cahaya matanya yang meminati bidang masakan hingga berjaya membuka perniagaan masing-masing.
Bapa kepada enam cahaya mata itu berkata, malah dia juga berjaya berkongsi ilmu itu kepada puluhan anak didik
hingga berjaya bergelar chef di restoran dan hotel di bandar raya ini.
Katanya, yakin dengan lmu diberi itu boleh bantu golongan kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah
untuk ubah nasib mereka dan keluarga.
"Selagi masih ada nyawa, saya mahu kongsi ilmu masakan yang saya peroleh sejak kecil lagi.
"Sebelum ini saya pernah ajar anak didik untuk membuat roti canai, nasi Briyani, lemang
selain lebih 20 jenis lauk tradisi Melayu secara percuma.
"Saya gembira apabila mereka dapat kuasai ilmu masakan yang saya kongsi
dan kini mereka turut miliki perniagaan masing-masing," katanya.
Saadon berkata, dia yakin berkat doa anak didik nya, dia dikurniakan tubuh badan yang sihat
serta boleh kongsi ilmu perniagaan dalam kalangan masyarakat setempat.
Menurutnya, dia yang membuka restoran itu pada 1999 kini menjaja makanan dengan food truck di Taman Putri, Kulai dan Bandar Baru Uda di sini yang dikendalikan oleh anak-anaknya.
"Saya tidak pernah belajar memasak secara formal namun ketika bekerja bersama golongan berada di Batu Pahat
saya kerap melihat mereka memasak makanan sedap seperti nasi Briyani dengan guna rempah asli.
"Daripada situ, saya mula belajar dan tidak sangka resepi nasi Briyani Gam saya terima sambutan
termasuk dalam kalangan golongan VVIP mahupun kerabat.
"Sebelum ini juga saya pernah niaga menjual makanan ringan, menjadi pem borong beras, menjual barangan runcit
dan buah buahan namun bidang masakan serasi dengan jiwa saya.
"Saya yakin jika niat kita ikhlas dan semangat tinggi, kita mampu atasi sebarang cabaran untuk berjaya," katanya.
Saadon turut memiliki sebuah madrasah tahfiz di Rengit, Batu Pahat yang memiliki kira kira 30 murid dan pelajar.
Saadon berkata, dia ingin berkongsi ilmu membuat ketupat daun pisang secara percuma kepada golongan yang berminat.
Menurutnya, ia adalah makanan tradisional berusia lebih 100 tahun dari Jawa yang sukar ditemui pada masa kini.
"Ia perlu direbus selama empat jam supaya lebih mampat dan ia lebih wangi berbanding ketupat biasa.
"Kami hanya menjual di sini sekali sekala dan terima tempahan jika ada
saya yakin ia boleh jadi produk utama untuk dijual oleh individu lain.
"Saya sedia ajar secara percuma dan individu yang berminat boleh hubungi talian 013-7880344," katanya ketika ditemui.
habis//
Nak belajar cara buat duit online? klik di sini
Founder kami boleh jadi jutawan asbab bermula jual secara online
Tak percaya? baca di sini
Atau anda mahu tahu lebih lanjut cara buat duit online
Download e-book percuma di sini
“Duduk Malaysia takpe, yang penting gaji USD”
habis//
Artikel di bawah gerenti buka minda anda :