0

Loading ...

Cara cara solat taubat UAI

cara cara solat taubat

Cara cara solat taubat Ustaz Azhar Idrus ini dipetik dari siri ceramahnya di akaun You Tube Ustaz Azhar Idrus Official dan

foto UAI kredit kepada media DPPKM

Berikut adalah cara solat taubat paling mudah yang terbahagi kepada beberapa perkara. Diharap dengan tulisan artikel ini

dapat bantu kita untuk sama sama baiki diri dan dosa dosa kita diampun kan Allah dan orang yang kita buat silap

hendaknya. Okay Bismillah :)

Cara cara solat taubat - tiada cara terperinci

Menurut UAI, tidak ada sebenarnya cara solat taubat secara terperinci namun Rasulullah SAW ajar jika bila bila kita rasa

bersalah dan mahu kembali (taubat) kepada Allah, kita kena mula dengan serta merta.

Beliau berkata, jika terdetik untuk bertaubat hari ini, maka jangan ditangguh tangguh hingga esok harinya.

“Kita kembalilah dengan beramal serta merta, amal apa yang paling molek dalam kehidupan manusia? tidak lain dari

sembahnyang, sebab itulah ia terkenal nama dengan sembahyang sunat taubat.

“Sebenarnya bukan nama itu yang solat sunat taubat, tetapi siapa yang nak bertaubat? maka mula kan sekarang juga,

dengan satu amalan, jangan tunggu lama, jangan taubat hari ini, esok nak sembahnyang, taubat terus,” katanya.

Beliau berkata, baginda Nabi Muhammad SAW akan buat solat sunat dua rakaat tidak kira di kala waktu gembira atau susah.

Katanya, atas sebab itu, bila mahu taubat, kena bermula dengan amalan solat.

Namun katanya, namun apabila sampai ke generasi hari ini, amalan solat itu difahami sebagai solat sunat taubat.

“Sembahyang sunat 2 rakaat, sebab nabi bila susah, dia sembahyang dua rakaat, bila gembira dia sembahnyang dua rakaat juga,

“Sebab itu bila bertaubat, dia ajarkan kepada kita mulakan dengan amal, nama amal itu solat sunat, dahulu orang panggil yang bertaubat, sunat mengerjakan solat.

“Akhirnya solat itu sampai dekat kita akhirnya terkenal dengan solat sunat taubat,” katanya.

Cara solat sunat taubat paling mudah

Beliau berkata, jika mahu buat cara solat sunat taubat paling mudah tidak ada niat dan tidak ada bacaan khusus

“Tak wajib kat kita niat sahaja aku sembahyang solat sunat taubat tetapi kalau nak niat macam itu tiada masalah.

“Mulakan dengan dua rakaat sembahyang sudah dikira sebagai orang yang mengerjakan solat setelah daripada bertaubat

“Tidak ada sebarang bacaan yang telah ditetapkan,” katanya.

Cara cara taubat

UAI berkata, jika mahu bertaubat kena lihat sama ada dosa itu dengan Allah atau dosa dengan manusia.

Katanya, dosa dengan Allah boleh diampunkan dengan patuhi 3 syarat jika diri mahu bersih seperti orang tak pernah buat dosa.

“Taubat kena tengok begini, dia tengok dosa, kalau dosa kita dengan Allah, ada 3 syarat

“Apa benda dosa kita dengan Allah? Pertama, tak terlibat dengan maruah orang dan yang kedua tak terlibat dengan harta orang.

“Contoh, minum arak, hisap dadah, walau banyak pun, dia hisap dadah start tahun 60, start dengan candu, 70 an upgrade, main dengan marijuana, 80 heroin no4, 90 an kokain, tahun 2000 millenium crack, 2010 syabu, 2020 main ice pula.

“Selepas itu nak bertaubat ada 3 syarat walaupun sudah menghisap 30 40 tahun

“Pertama, berhenti hisap dadah, yang kedua menyesal takut kepada allah, yang ketiga azam tak mahu ulangi, Allah akan ampun selalu, automatik,

“Orang yang taubat sungguh dari dosa, jadi kosong macam tak pernah berdosa. Sama macam minum macam macam jenis arak dan penari tiang,” katanya.

4 syarat taubat jika dosa dengan manusia

UAI berkata, jika dosa yang dibuat babitkan harta manusia seperti curi, rompak dan samun, orang yang mahu taubat perlu

patuhi 3 syarat tadi dan tambah 1 syarat lain iaitu perlu pulang kan semula harta itu.

Katanya, jika tuan harta itu mati atau hilang dan kes tak selesai, maka kes itu akan dibicara depan Allah di padang masyar kelak.

“Tetapi satu lagi , jika terlibat dosa dengan harta orang, seperti mencuri, rompak, samun, tidak kira sama curi itu kolar

hitam (rakyat jelata), kolar putih (menteri menteri), semua ini syarat taubat kena tambah satu lagi, kena pulang barang curian.

“Contoh dahulu curi dua biji RXZ, curi kaburetor sahaja? kena cari tuannya, mintak halal,. kalau tak jumpa tuan dia hilang,

tuannya mati dah, tak selesai, kes ini akan dibicarakan di padang masyar

“Islam itu keadilan, contoh orang perempuan curi susu anak yang usia lapan bulan, kerana anak lapar tiada duit, pergi

supermarket , sorok dalam tudung nak bagi makan kepada anak, bukan kata halal, haram, kena pulang balik, walau lama

dah, kalau ada lagi barang.

“Contoh banjir besar melanda Terengganu, 26/12/1926, bila sibuk sibuk lari (selamatkan diri) dia curi seekor kambing, ini

tahun 2023, dengar ngaji ini jadi insaf, ada lagi anak kambing itu, kena pulang walaupun duduk atas wheelchair, 112 umur

anak kambing, wajib hantar balik, jangan main, mata cincin curi zaman Jepun, 40 tahun dahulu, wajib hantar balik

“Curi balak, adjust tanah pasir sungai, bauksit sama juga,”katanya.

Macam mana nak khusyuk dalam solat

UAI berkata, untuk dapat khusyuk dalam solat kena mula dengan dua perkara iaitu tidak buat gerakan selain dari gerakan

solat dan fahami maksud ayat dibaca.

“Macam mana nak kyusyuk dalam sembahyang, khusyuk ini banyak, dalam hadis ada sebut beberapa perkara, dalam kitab

kitab ulamak lebih banyak lagi, bagai bagai pengalaman tentang khusyuk daripada pengalaman masing masing.

“Yang dalam hadis sebut pangkat khusyuk yang paling rendah sekali, kena mulakan dengan dua perkara, yang pertama kita

solat dalam keadaan tidak bergerak melainkan gerakan gerakan sembahnyang sahaja, latih dengan diam macam kayu,

keras macam kayu, jangan bergerak begitu, gerak belakang, garu sana sini, kena duduk diam.

“Ada sebut dalam kitab sebut ada orang sembahyang ada burung singgah atas bahu sebab burung ingat kayu.

“Yang kedia tadabbur, perhatikan bacaan kita, Allah hu Akbar, Allah Maha Besar. Boleh beli buku arti bacaan solat dalam bahasa rumi,

“Kalau boleh rukuk, sambil kita berkata makna ayat berkenaan di dalam hati. Mula dengan itu, dahulu, insya allah sampai

masa kita akan jadi darah daging.

“Kita tak jadi macam Tok Kenali sembahyang pun tak apa. Jangan pula ketika angkat takbir, ingat helmet tak simpan takut kena curi,” katanya.

habis//

BONUS - Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi kisah menarik di bawah

Main game dapat duit cash Malaysia



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best