Super admin . 21st Nov, 2023 07:28 AM
Shopee yang mempunyai ramai pembeli pun masih lagi menawarkan Voucher Free Shipping. Inilah di antara trick untuk mengikat pelanggan kekal repeat order dengan kita.
Pasti anda pernah nak cuba claim voucher ni tapi tak keluar pun free shipping tu bila nak buat pembayaran kan?
Jom saya kongsi macamana nak claim voucher free shipping berbaloi ni. Rugi tau kalau tak claim.
Sebelum anda nak claim tu pastikan anda dah aktifkan ShopeePay terlebih dahulu.
Kemudian, anda bolehlah menggunakan voucher ini apabila anda membeli di kedai yang menawarkan voucher free shipping. Tak semua seller menyertai program Free Shipping ni.
Anda tak jumpa voucher free shipping?
Anda boleh klik pada icon Free Shipping pada bahagian atas sekali aplikasi Shopee. Tak semua voucher anda boleh guna dalam satu masa. Sebab setiap voucher ni ada tarikh luput.
Anda boleh claim untuk voucher yang aktif butang Claim. Kemudian klik, anda akan mendapat popup mesej Claim Successfully seperti dalam gambar di bawah.
Anda boleh semak senarai voucher yang valid untuk anda di pilihan menu My Vouchers
Ni la point paling penting. Kalau barang yang anda nak beli di kedai tu tak ada tawaran voucher macam mana anda nak claim. Haha.
Betul tak?