0

Loading ...

Cara Beli Barang dari Amazon & Hantar ke Malaysia

"Ada tak cara yang mudah nak beli barang dari Amazon dan boleh hantar ke Malaysia?"

Saya selalu dapat soalan macam ni setiap kali saya buka mulut dan cerita tentang beli barang Amazon. Kebiasaannya, orang gemar membeli barang elektronik sebab lebih berbaloi dan lebih murah!

"Eh eh? Biar betul? Tapi kan, harganya dalam USD. Sudah pasti lebih mahal dari MYR."

Haa.. Ramai yang salah anggap tentang ni. Memang betul barang-barang di Amazon dalam USD. Kadang-kadang tu, memang sampai mengarut lah harganya! Sebab tu kena pandai cari. Persoalannya, macam mana cara nak beli barang dari Amazon? Jom saya tunjuk!

Artikel berkaitan: Kelebihan Berniaga di Amazon

Cara Daftar Akaun di Amazon

Langkahnya sama seperti anda nak beli barang di eBay iaitu anda perlu mendaftar akaun di Amazon.

Langkah 1

Pergi ke laman web eBay (Amazon International Shipping) dan klik pada Sign in di sudut kanan atas halaman.

Langkah 2

Masukkan nama, e-mel atau nombor telefon, dan tetapkan kata laluan untuk melengkapkan pendaftaran. Kemudian, anda akan terima nombor OTP untuk mengesahkan emel anda.

Langkah 3

Selesai mendaftar, klik Your Addresses untuk mengisi alamat anda.

Langkah 4

Klik simbol + dan akan tertera paparan untuk anda isi alamat.

Langkah 5, 6 & 7

Isi alamat untuk penghantaran barang anda. Kemudian, klik Add address.

Langkah 7

Apabila alamat sudah disimpan, pastikan anda semak semula maklumat yang anda masukkan adalah betul.

Langkah 8

Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat pembayaran anda. Pergi semula ke Your Account dan klik pada Your Payments.

Langkah 9

Klik Add a payment method dan isi maklumat mengikut kaedah pembayaran yang anda rasa sesuai.

Cara Beli Barang dari Amazon ke Malaysia

Tahniah! Sekarang anda dah ada akaun Amazon dan boleh mula shopping.

Langkah 1 & 2

Cari barang yang anda inginkan di bahagian search ataupun pada menu "Shop by Department".

Langkah 3 & 4

Dah settle cuci mata, anda boleh Add to cart macam biasa dan klik Proceed to checkout.

Senang, kan? Tapi apa yang anda perlu ambil kira ialah masa yang diambil untuk barang sampai ke rumah anda. Untuk pembelian antarabangsa ni faham-faham sajalah. Biasanya mengambil masa lebih kurang sebulan. So, kalau anda nak guna segera, beli barang di Amazon atau di luar negara bukanlah alternatif yang baik.

Tapi macam menarik kan kalau kita dapat jual produk dalam platform e-commerce antarabangsa macam Amazon, eBay, Etsy ni? Duduk di Malaysia saja tapi boleh dapat income USD. Wow!

>>> BELAJAR JANA INCOME USD DENGAN JUAL PRODUK MALAYSIA DI EBAY <<<



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay