0

Loading ...

Cara Kesan 'Scammer' Yang Menyamar Sebagai Pihak eBay

Penting untuk anda tahu cara nak semak nombor 'scammer' secara online atau offline.

Ini bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan 'scammer' dan melindungi keselamatan data peribadi anda.

Kebanyakan institusi kewangan telah menyediakan saluran khas bagi anda membuat tindakan pantas dengan membuat laporan terus menghubungi pihak bank anda.

Pihak PDRM juga baru-baru ini telah melancarkan aplikasi di Google Play dan laman web iaitu Commercial Crime Divisions untuk anda masukkan nombor akaun atau nombor telefon bagi mengesan nombor akaun bank yang dimiliki oleh 'scammer'.

Menurut NST, Kementerian Komunikasi Dan Digital juga telah mengarahkan untuk block sms yang mengandungi pautan ke laman web.

Jom saya kongsikan cara nak kesan 'scammer' yang menyamar sebagai pihak eBay.

1. Melalui Emel

Perkara ini biasa terjadi.

Jika anda menerima emel yang berupa tawaran atau hadiah lumayan atau apa-apa ganjaran yang mencurigakan anda perlu semak dahulu emel tersebut daripada mana.

Contohnya seperti emel di bawah ini.

Katanya eBay ada bagi gift card. Tapi cuba anda lihat alamat emel seperti dalam kotak tu daripada mana?

Bukan daripada eBay.com kan? Selain daripada alamat emel eBay.com.my atau eBay.com.sg yang menyamar sebagai pihak eBay anda perlu lebih berwaspada.

Pihak eBay tak akan minta hantar pin kod atau maklumat peribadi lain untuk tebus hadiah. Sekiranya kita dapat tawaran atau hadiah sekalipun, kemudian anda perlu bayar duit pelepasan kastam memang sah 'scammer'.

Mengarut nak bagi hadiah tapi kita kena bayar. Ataupun menang hadiah tapi kita kena bayar dahulu.

Anda dinasihatkan untuk tak klik mana-mana link yang diberi melalui email.

2. Melalui Panggilan Telefon

Sebagai seller eBay anda perlu simpan nombor hotline eBay ini. eBay Malaysia hotline 03-76111000. Jika anda terima panggilan daripada eBay selain daripada nombor hotline ini anda perlu berhati-hati.

Ada juga sesetengah kes yang membuat aduan menerima whatsapp daripada 'scammer' yang menyamar sebagai pihak eBay. Biasanya sebelum anda terima whatsapp pihak eBay akan maklumkan kepada anda.

Lebih Berwaspada Jika Anda Ragu-ragu

Jika anda ragu-ragu dengan panggilan atau sebarang komunikasi anda dengan pihak eBay anda boleh hubungi eBay dengan emelkan maklumat dan bukti yang diterima ke alamat emel spoof@ebay.com

Panduan ini tak tertakluk hanya kepada seller eBay sahaja malah boleh digunapakai untuk platform lain juga. Nanti di entri yang lain saya akan kongsikan pula cara nak kesan 'scammer' di kalangan seller eBay.



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords

Am