Super admin . 4th Dec, 2023 04:04 AM
DISCLAIMER. (SEMUA GAMBAR HIASAN SAHAJA) Tak boleh settle hutang dengan ah long pasangan kekasih ambil
keputusan tamat kan riwayat hidup mereka
Kisah ini adalah kejadian benar yang berlaku beberapa tahun lalu
Yang tak baik jadikan iktibar dan cara macam ini TIDAK wajar kita ikut okay.
Bagi menjaga air muka keluarga, tak perlu lah saya perinci kejadian nya
Menurut laporan pasangan ini dijumpai sudah reput dalam kediaman mereka di sebuah negeri
Polis terpaksa pecahkan pintu rumah pasangan itu kerana berkunci dari dalam.
Sebaik sahaja masuk ke kediaman itu, polis jumpa mayat pasangan itu di atas katil bilik utama.
dan bekas tempat arang yang dibakar dan dipercayai jadi punca kematian
Pasangan itu sempat tinggal kan nota bunuh diri dan list hutang dengan ah long
Hmm, bila sudah mati akal memang tak nampak jalan lain, tamat kan hidup kerana tak mahu beban kan lagi orang di sekeliling
semua orang tahu masalah ah long ini tak akan setel
selagi ada yang offer pinjam duit dan orang ramai boleh pinjam duit
walau kita tahu interest loan ini memang tinggi dan boleh jadi banyak jika skip bayar
tetapi apa pilihan yang ada jika orang susah dan terdesak kerana mahu pakai duit
kita tak berada di kasut mereka namun tak bermakna kita boleh setuju ikut buat benda yang sama
nauzubillahiminzalik, untuk orang Islam bunuh diri adalah dosa besar dan tak boleh ampun
Tolong lah cari jalan lain, sebab yang pasti ahlong ini hanya boleh ugut dan ugut sahaja
itu pun dah kira buat jenayah kalau mereka datang buat kacau boleh kena tangkap dan dakwa lagi
tengok macam kes ini masuk media bila 4 samseng yang ahlong upah kena tangkap dan kena dakwa sebab buat bising
kacau family si peminjam. Baca lanjut di sini
apa pun ingat negara kita masih
ada undang undang, so jangan anggap bila dah berhutang itu memang tak ada cara lain nak
cari jalan keluar, ada,
okay jika ada pembaca yang tengah kusut, tak tahu cara macam mana nak settle hutang
jom kita tengok cara nak settle hutang dengan slow dan steady
Insya allah dengan cara ini kita ada plan yang jelas
untuk keluar dari masalah hutang
Keluar daripada hutang boleh menjadi proses yang susah tetapi manis akhirnya
Kena ada disiplin, komitmen, dan plan yang tersusun dengan baik.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh buat untuk settle hutang
Kira semua hutang yang ada seperti kad kredit, loan peribadi, kereta dan even hutang buku 555
Kira jumlah semua hutang itu, termasuk kadar faedah dan bayaran minimum.
Ini bantu bagi clear picture pasal kedudukan kewangan kita dan
bantu kita usaha bayar balik.
Cuba tengok apa belanja yang boleh kita kurang kan atau tepi kan benda yang tak perlu
macam makan di luar, karaoke, tengok wayang atau tiba tiba beli benda tak perlu
Macam sebelum tidur tengok je iklan tik tok pasal makanan, tahu tahu dah beli
JANGAN buat lagi ok (saya cakap kat diri sendiri sebenarnya)
Guna separuh dari gaji untuk settle hutang walau pun jumlah nya kecil
Pilih hutang dengan faedah paling tinggi dulu, dan settle kan hutang itu dahulu
Hutang macam ini kira hutang jahat
sebab dia akan beranak bila kita miss payment, biasa nya kad kredit
Pernah tak dengar orang cakap buat loan baru tutup loan lama
Cara ini boleh bantu kita settle hutang kalau buat dengan betul
Tolong jumpa pegawai bank atau koperasi dan cakap saya nak buat cara macam ini
Tapi syarat nya nak interest loan tu yang paling rendah
So kata lah dari ada 3 loan dari bank A, B & C.
Kita loan baru dengan bank D, dan settle semua hutang dengan bank A, B & C.
So bulan bulan contohnya dari kena settle hutang sampai RM3,000
Kita dapat kecilkan kepada hanya RM1,500 sebulan
Tapi AWAS, nasihat ini tak boleh buta buta ikut ya
Tolong jumpa pakar dalam bidang ini
dan fikir masak masak sebelum buat loan baru okay.
Untuk cepat settle hutang, memang tiada cara paling baik selain buat side income
Boleh try baca write up ini untuk cara cari duit online
Zaman ini dengan hanya hujung jari dan bekerja dari mana sahaja
Boleh dapat side income dengan mudah
Cuma yang susah bila ada banyak alasan, suka tangguh dan penyakit M
Itu dah tak boleh buat apa
Poko kata Azri Walter, kena henyak sampai lunyai untuk berjaya
Saya ini penulis dan tulis artikel mengikut carian maklumat yang ada
tetap tak sama dengan nasihat yang anda dapat dari orang yang pakar
dalam bab nak settle hutang ini
di Malaysia kalau dah terbeban dengan hutang kita ada agensi seperti
AKPK yang boleh bagi nasihat pakar supaya hidup kita tak seksa dengan
cara nak settle hutang
Mereka akan guide dan bantu kita susun cara nak settle hutang ikut keadaan kewangan kita
Ingat, untuk keluar dari hutang perlukan masa dan usaha.
Memang tiada kata lain yang tepat selain SABAR , USAHA dan DOA lah minta tolong yang ESA
Supaya kita terus komited ikut plan nak settle hutang, bayar hutang ikut masa
Semoga berjaya okay
Download e-book eBay PERCUMA di sini
Lagi artikel bagi pedoman di bawah
>>> Klik sini cara cari side income guna modal kecil, UNTUNG dalam USD <<<