0

Loading ...

Oh Ballon

Oh Balloon

Menghasilkan gubahan coklat dan belon helium bagi kejutan majlis hari lahir seorang rakan pada 2014 menjadi titik tolak buat seorang lelaki di Jementah, di sini, untuk menjalankan perkhidmatan kejutan dan belon.

Melihat potensi besar melalui konsep perniagaan seperti itu, pengasas Oh Balloon, Zahid Dol, 38, memanfaatkan peluang tersebut sehingga mampu memberi pulangan yang lumayan.

Menceritakan lebih lanjut, dia yang sebelum ini berniaga beg tangan wanita dan coklat buatan tangan sendiri di Bazar Karat Segamat terpaksa memikirkan alternatif lain apabila pengunjung ke bazar tersebut mula berkurang pada 2013.

“Saya mula cari idea dan pandangan daripada kawan-kawan jenis perniagaan yang boleh menarik minat orang ramai berkunjung ke Bazar Karat Segamat dan mula mencari pembekal belon dan gas belon.

“Saya belajar membentuk belon melalui Youtube dan cuba jual di Bazar Karat Segamat dan pada 2014, seorang kawan lama yang menetap di Kuala Lumpur minta saya beri kejutan hari lahir kepada ibunya,” katanya.

Menurutnya, dia yang dibantu isterinya Zaleha Samsudin, 37, mula mendapat permintaan daripada pelaggan untuk perkhidmatan badut terutamanya pada majlis hari lahir.

Katanya, sebelum menjalankan perniagaan Oh Balloon, dia juga pernah menjalan perniagaan lain sebelum ini seperti perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang (MLM) dan juga perniagaan cuci kereta.

“Pada dua bulan pertama perniagaan cuci kereta saya gagal kerana pemilik kedai meminta kedai mereka semula sebelum saya meneruskan perniagaan MLM sehingga 30 Januari 2011.

“Ketika itu saya diuji dengan cabaran lain apabila rumah ibu bapa saya terlibat kebakaran dan musnah secara keseluruhannya dan inilah kejadian yang membuatkan saya betul-betul tersentak kerana tidak dapat bantu kedua ibu bapa saya,” katanya.

Zahid berkata, pada April 2011, dia cuba bangkit untuk mulakan kembali perniagaan tanpa modal dengan berbekalkan semangat dan sedikit kemahiran dengan menjalankan perniagaan secara atas talian dengan menjual beg tangan wanita.

Katanya, kesukaran kali pertama dihadapi peniaga baharu sepertinya adalah modal kerana dia bukan datang daripada keluarga peniaga dan itu adalah merupakan halangan pertama buatnya.

“Tapi saya jadikan cabaran ini sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha. Apa yang ada pada saya ketika itu saya gunakan untuk jalankan perniagaan termasuk semangat.

“Dengan sedikit usaha, Oh Balloon mula dikenali pada 2015. Saya gunakan sepenuhnya medium pemasaran secara dalam talian di laman web dan juga di laman sosial seperti Facebook dan Instagram,’ katanya.

Positif dengan persaingan

Menurutnya, selain dibantu isterinya, dia kini turut dibantu enam pekerja termasuk dua pekerja separuh masa.

Katanya, walaupun terdapat saingan dalam perkhidmatan kejutan dan belon ini, dia sentiasa berfikiran positif.

“Persaingan yang ada sedikit sebanyak memberi kesan kepada Oh Balloon, namun dengan adanya persaingan sebegini kami dapat meningkatkan lagi prestasi dan mutu kerja kami supaya sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pelanggan.

“Sejak dua tahun kebelakangan ini juga, saya sering dikunjungi pelajar UiTM Segamat untuk melihat model bisnes Oh Balloon sebagai rujukan pelajaran mereka,” katanya.

soalan 1: mana dapat nama Oh Ballon? kenapa pilih nama ini

soalan 2: memang ada bakat buat gubahan ke? atau  memang ada bakat semula jadi

soalan 3: zaman sekarang, persaingan makin banyak, apa yang tuan cuba buat untuk kekal relevan dan dapat kepercayaan pelanggan, ada offer harga menarik ke, pakej ke, atau bagaimana

soalan 4 : bila rumah orang tua terbakar, dan tuan tak dapat membantu pada waktu itu, tuan kata betul betul tersentak, tersentak yang bagaimana tuan maksudkan? boleh terangkan

soalan 5 : tuan buka car wash dahulu, berapa bulan/tahun bertahan sebelum owner minta semula, berapa kerugian waktu itu, dari segi renovation/peralatan dibeli

soalan 6 : dari jual beg tangan ke ballon, kenapa tuan berubah arah bisnes? ada berlaku kerugian ke? atau tak dapat sambutan? jualan online tak laku ke?

soalan 7 : apa prinsip tuan dalam buat bisnes dan hidup ini

soalan 8 : apa nasihat tuan kepada mereka yang mahu buat bisnes dalam bidang yang sama seperti tuan khususnya pada anak anak muda

soalan 9 : boleh tuan terangkan manfaat laman web dan media sosial, apakah ia bantu tuan? bantu dari segi apa?



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Suggested Keywords

Am

All Keywords

Am Bisnes Teknologi eBay Tiktok Motivasi Life Usahawan Suri Tips Etsy Amazon mainj kluang zakat mahkamah tinggi muar setandan pisang jenayah hidup sederhana quotes hidup sederhana in english hidup sederhana dalam islam cara hidup sederhana Sumbangan Asas Rahmah SARA sumbangan tunai rahmah sumbangan asas rahmah Prof Muhd Kamil Ibrahim Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman belajar memandu ceasefire gaza gaza ceasefire ceasefire gaza israel gaza ceasefire Palestine israel trump Saif Ali Khan kampung oren ulu tiram tiga maut termasuk kanak kanak johor bahru Tanjung Embang tanjung embang sarawak tanjung embang asajaya Cara Menjual di Etsy cara menjual template canva di etsy cara menjual barang di etsy cara menjual produk di etsy cara menjual lukisan di etsy str str 20 str fasa 1 2025 bantuan str sumbangan tunai rahmah sumbangan tunai rahmah 2025 bayaran str fasa 1 2025 bayaran str 2025 str fasa 1 bayaran str bantuan str 2025 str 2025 fasa 1 bantuan tunai rahmah Cara untuk kurus dalam masa 3 hari CEO of Tiktok Mugunghwa kkoci pieot seumnida mr beast ceo of tiktok Jimmy Donaldson mr beast Taiwan earthquakes lhdn bnpl apps bnpl apps malaysia best pay later apps malaysia paylater malaysia best bnpl malaysia bnpl shopee bnpl meaning paylater merchant bnpl afterpay WhatsApp FB facebook ig instagram johan ghazali vs johan estupinan jojo vs estupinan jojo ghazali johan ghazali vs johan estupinan time malaysia nvidia share price nvidia nvidia stock deepseek ai stocks deepseek stock liang wenfeng nvda nvidia stock price what is deepseek nasdaq deepseek ai stock deepseek vs chatgpt deepseek share price china deepseek ai nasdaq index cnbc nvda share price nvda stock export mudah export mudah login export mudah v2 export mudah new export mudah ebook pdf export mudah v2 ebook Cara Dapat Duit Cepat dan Halal cara buat duit rm200 sehari cara buat duit 1000 sehari cara buat duit rm50 sehari cara buat duit online mudah usd cara dapat duit free cara cari duit lebih tanpa modal cara buat duit dengan whatsapp cara dapat duit dengan menonton youtube ibu tunggal permohonan bantuan ibu tunggal online ibu tunggal maksud bantuan ibu tunggal bantuan ibu tunggal rm kematian suami bolehkah istri kematian suami keluar rumah nafkah iddah kematian suami tempoh iddah kematian suami Sakit kencing manis kencing manis sakit kaki kencing manis jangka hayat pesakit kencing manis bolehkah penyakit kencing manis sembuh bacaan kencing manis punca kencing manis dibuang kerja pengiraan pampasan diberhentikan kerja kesalahan yang boleh dibuang kerja swasta surat memberhentikan pekerja bermasalah akta pampasan pekerja diberhentikan mengisi masa lapang contoh mengisi masa lapang manfaat mengisi masa lapang kesan mengisi masa lapang hutang penyatuan hutang penyatuan hutang pekerja swasta keburukan penyatuan hutang penyatuan hutang bagus atau tidak kerja kosong part time kerja kosong part time di rumah kerja kosong kerja tambahan menjana pendapatan cara cari duit lebih cara menjual di ebay Barang Malaysia Yang Laku di eBay keburukan berniaga di ebay produk malaysia yang laku di ebay amran abd hamid penyetpenyet.com dapur penyet borak orang kampung ayam penyet best