Super admin . 24th Nov, 2023 06:55 AM
Saya pasti ramai ibu bapa di luar sana mengalami dilema anak banyak menghabiskan masa dengan telefon. Macam mana nak limit 'Screen Time' anak. Nak dilarang pasti lah mengamuk atau 'tantrum' dek kerana 'merampas' keseronokan mereka menonton rancangan kegemaran mereka. Betul tak?
Selagi kita boleh kawal, kita cuba sehabis baik ya. Banyak kekurangan dari kelebihan bila menonton video di telefon secara berlebihan di kalangan kanak-kanak ni. Di antaranya adalah kurangnya daya sensory anak-anak dengan persekitaran sehingga mengakibatkan masalah anak seperti Speech Delay, Autism dan sebagainya. Kalau anak anda dah ada tanda-tanda redflag ni anda sebagai ibu-bapa perlu risau!
Nah, saya kongsikan penyelamat untuk masalah yang anda sebagai ibubapa sedang alami sekarang.
Aplikasi ini boleh menghadkan penggunaan telefon yang berlebihan di kalangan anak-anak anda termasuk anda juga!
Caranya adalah anda boleh setkan timer waktu penggunaan mengikut waktu yang ditetapkan. Contohnya had pada waktu malam, telefon tersebut boleh digunakan sehingga jam 10 malam sahaja. Tak adalah 24 jam menghabiskan masa dengan telefon je. Kan?
Apabila telah masuk jam 10 malam, reminder untuk screen off time akan dipaparkan. Bagi mengaktifkan mod ini di telefon anda atau pasangan anda, anda perlu setup kan di setting Google Parental Control yang ada dalam aplikasi Google. Step nya saya ada kongsikan di bawah ini.
Anda perasan tak telefon anda tiba-tiba banyak apps yang telah di download. Game baru lagi dan lagi. Haa, jangan risau dengan aplikasi ni anda boleh control dari jauh apps yang anak anda download. Anda hanya perlu tambah akaun gmail anak atau pasangan anda dan pilih nama device yang mereka guna, secara automatik mereka boleh install aplikasi Family Link ini.
Benda boleh setting buat apa nak marah. Haa camtu.
Kalau anda try ni mesti terkejut tengok.
Lebih-lebih jika anak anda 'conquer' telefon anda. Aplikasi ini boleh menunjukkan data screen time secara keseluruhan mengikut hari aplikasi yang telah dibuka di telefon anda.
Haa. Anda boleh nampak kan Digital Wellbeing and Parental Controls tu. Lihat sahajalah pada jumlah jam seharian anda menggunakan telefon! Aplikasi yang mana paling win!
Begitulah cabaran dalam membesarkan anak-anak zaman sekarang. Apa yang penting adalah kerjasama dan peranan ibu dan bapa kedua-duanya sekali. Berlembut dan bertegas lah dengan anak-anak mengikut tempat.
Berlembut dalam percakapan membina emosi, bertegas membentuk tingkahlaku. Demi mendidik generasi kita.