Super admin . 15th Nov, 2023 12:40 PM
Masyarakat kini lebih gemar membeli online kerana ia lebih mudah dan cepat. Hanya membuat pesanan di hujung jari barang anda akan sampai sehingga ke pintu rumah. Semudah ABC ! Namun, apa yang perlu dilakukan jika barang pos anda hilang?
Adakalanya status penghantaran dan penjejakan menyatakan barang anda telah sampai malangnya barang tersebut tidak wujud pun!
Saya akan kongsikan kepada anda apa yang perlu anda buat jika barang pos hilang?
Anda boleh laporkan aduan anda di Web Portal SKMM . Klik Consumer , kemudian pilih Postal & Courier seperti dalam gambar di bawah ni.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna. Isikan maklumat seperti dalam gambar di bawah ini.
Setelah semua maklumat telah diisi, anda perlu verify email anda bagi memudahkan anda membuat aduan. Semak inbox anda untuk pengesahan. Terus semak tau nanti link tu expired pula.
Setelah itu barulah anda boleh mula membuat aduan.
Klik New Complaint
Type Of Services - Postal & Courier
Services Kategori - Postal & Courier Services
Action By Service Provider - No Action / No Feedback/ No Compensation
Your Current Service Provider- Pilih je kurier yang bermasalah tu.
Remedy - Refund
Anda perlu buat report terlebih dahulu kepada syarikat kurier anda tentang isu barang pos anda hilang untuk mendapatkan Complaint ID, kemudian baru boleh buat aduan dengan SKMM.
Akhir sekali, anda boleh lampirkan bersama bukti tangkap layar barang anda semasa melakukan proses penghantaran. Selain daripada itu jika anda mempunyai rakaman suara boleh juga dijadikan sebagai bahan bukti. Kemudian pilih Remedy atas sebab isu yang timbul dan klik Submit.