fahd . 16th Jan, 2025 11:22 AM
Rakyat Palestin di Gaza meraikan perjanjian ceasefire@gencatan senjata yang dijangka berkuat kuasa pada Ahad ini, 19 Januari.
Perjanjian gecatan senjata itu dicapai antara Hamas dan Israel selepas 15 bulan perang.
Tetapi seperti biasa, manusia bongkak dan angkuh, zionis tetap meneruskan serangan ganas mereka di seluruh Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin sejak perjanjian itu diumumkan.
Menurut laporan Al Jazeera, Pegawai Hamas, Izzat al-Risheq berkata, perjanjian yang dicapai di ibu negara Qatar, Doha, memenuhi semua syarat kumpulan Palestin, termasuk pengunduran penuh tentera Israel, kepulangan orang ke rumah mereka dan penamatan perang secara kekal.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berterima kasih kepada Presiden AS Joe Biden dan Presiden terpilih Donald Trump atas "bantuan mereka dalam memajukan" perjanjian untuk menamatkan "penderitaan berpuluh-puluh tebusan dan keluarga mereka".
Peperangan Israel di Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin dan mencederakan 110,265 sejak 7 Oktober 2023.
Dalam perkembangan sama, Anggota biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang sedang berlaku, bersama negara lain, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bercakap pada sidang akhbar, al-Hayya melahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia, Turkiye, Afrika Selatan, Algeria, Rusia, China, dan Indonesia atas solidariti mereka dengan rakyat Palestin, mengiktiraf sumbangan mereka dalam memberikan sokongan kritikal pada masa yang sukar.
Kenyataannya itu susulan pengumuman perjanjian gencatan senjata yang diuruskan oleh Qatar, yang akan berkuat kuasa Ahad ini.
Al-Hayya mengalu-alukan perjanjian itu sebagai perkembangan positif tetapi mengkritik "keganasan dan pencerobohan sengit" yang dilakukan oleh pendudukan Israel, menyifatkannya sebagai salah satu krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah baru-baru ini.
"Dalam saat genting ini, kami menyampaikan kata-kata kebanggaan dan penghormatan kepada rakyat kami di Gaza," katanya dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa rakyat Palestin "tidak akan melupakan mereka yang menyumbang kepada penderitaan mereka".
Gencatan senjata , yang diumumkan oleh Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdulrahman, pada mulanya akan berlangsung selama 42 hari.
Di bawah perjanjian itu, 33 tahanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk jumlah tahanan Palestin yang tidak ditentukan, lapor AA.
Perjanjian itu, yang difasilitasi oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat, termasuk mekanisme untuk memastikan pematuhan dan menangani kemungkinan pelanggaran.
Habis//
Nak belajar cara dapat duit USD ? Jom belajar kemahiran menjual di eBay. Tekan di>>>SINI<<<