0

Loading ...

5 Tips Usahawan Suri Berjaya Buat Bisnes Dari Rumah

Zaman sekarang ni tak pelik kalau dengar ada wanita yang jadi stay-at-home-mom atau buat bisnes dari rumah dah beberapa tahun lamanya. Antaranya kerana tuntutan anak atau keluarga adalah menjadi punca utama wanita sanggup bekerja dari rumah.

Banyak je bisnes online yang boleh buat dari rumah. Lebih-lebih lagi bila berlaku lambakan usahawan produk makanan, kecantikan dan kesihatan yang membuat sistem agen atau dropship. Sekarang pun dah banyak tools yang boleh memudahkan kerja bisnes anda.

Jom saya kongsikan Tips buat usahawan suri untuk berjaya buat bisnes dari rumah.

1. Buat Rutin Yang Sama Seperti Wanita Bekerja

buat bisnes dari rumah

Disebabkan kekangan masa untuk menguruskan bisnes anda dari rumah dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga, anda sebagai usahawan suri perlu cekap untuk membahagikan masa untuk kerja bisnes online anda dan rumahtangga.

Buat rutin yang sama seperti wanita bekerja seperti bersiap-siap dengan pakaian yang kemas setiap awal pagi. Oleh itu anda lebih bersedia untuk 'masuk' office walaupun hanya di rumah.

Masak di awal pagi supaya dapat memudahkan kerja bisnes anda.

2. Berbincang Dengan Suami Untuk Sama-Sama Membantu

Bercakap tentang soal komitmen , hal ini perlu dilakukan bersama-sama secara baik dan bertoleransi. Suami yang baik akan sentiasa memberi sokongan penuh dengan membantu anda memudahkan kerja bisnes anda.

Pastikan urusan anak dan keluarga diutamakan terlebih dahulu. Masa anak-anak perlu diatur dengan berjadual supaya mereka tidak terabai. Masa tidur, masa makan, masa belajar, dan masa melakukan kerja rumah perlu ditetapkan.

Pada permulaanya memang agak sukar tetapi apabila sudah terbiasa lama kelamaan anak-anak akan berdisiplin dan mudah dibentuk. Bagi yang ada anak-anak kecil agak mencabar untuk melalui semua ini.

buat bisnes dari rumah

Jadi daripada kita terus mengeluh lebih baik anda cari jalan 'keluar' daripada masalah ini. Tips untuk surirumah yang nak buat bisnes tapi ada anak kecil anda boleh ikut tips ni. Tidur lebih lewat iaitu selepas anak tidur dan bangun lebih awal sebelum anak bangun.

Dengan cara ini, kita akan dapat fokus dan bersendiri untuk menguruskan hal-hal bisnes dengan cepat dan produktif.

3. Wujudkan SOHO ( Small Office Home Office) Untuk Buat Bisnes Dari Rumah

Penting untuk menjaga kesihatan mental anda perlu wujudkan 'gap' antara kerja rumah dan kerja bisnes. Sekurang-kurang nya wujudkan satu sudut kerja sebuah meja dan kerusi untuk buat kerja bisnes anda.

memudahkan kerja bisnes anda

4. Sediakan To-do List Sebelum Tidur

Kenapa ya To-Do List ni penting? Kalau anda nak tahhu bila anda buat To-do List ni anda boleh tahu mana perkara yang perlu didahulukan mengikut prioriti.

Biasanya kalau saya, saya akan letakkan tugas yang berat itu sebagai prioriti utama. Diikuti pula dengan tugasan yang lain.

Sebab tulah anda perlu bangun lebih awal untuk memastikan tugasan-tugasan ini dapat disiapkan mengikut due date.

5. Dapatkan Bantuan Jaga Anak-Anak Jika Perlu

memudahkan kerja bisnes anda

Adakalanya jadual anda teramat padat sehingga tidak dapat menumpukan pada kedua-duanya. Minta bantuan pengasuh untuk menjaga anak anda di saat genting anda.

Boleh menambah duit poket mereka juga! Zaman sekarang pun kadar bayaran penjagaan anak-anak ini mahal juga ekoran daripada kos sara hidup yang meningkat. Jadi cuba cari pengasuh di kalangan mereka yang anda kenal dengan mengikut kadar jam yang berpatutan.

Anda juga boleh menggunakan khidmat kiddocaremy untuk merasa pengalaman bersama babysitter mereka yang terlatih dan berpengalaman!

Dengan eBay Anda Boleh Jana Income 5 Angka Hanya Dari Rumah!



Share Article

Comments

Leave a comment

Blog categories

Recent Posts

undertale raih RM 111,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

mapcamera raih RM 60,000 di eBay sejak 30 hari lalu

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Harga Tupperware bakal melambung seperti RXZ ?

19th Sep, 2024 / Cara Berniaga di Ebay

Suggested Keywords

Am