Super admin . 9th Dec, 2023 07:58 AM
Tabiat orang berjaya sinonim dengan contoh yang baik dan wajar diikuti oleh semua pihak
Takrif kejayaan mungkin berbeza bagi setiap orang dan namun yang pasti ada tabiat khas yang dilaku kan
oleh mereka yang berjaya secara konsisten.
Kita juga boleh ikut tabiat ini dan apabila dilakukan dengan kerap, boleh bantu
kita capai goal dan capai potensi penuh diri.
Berikut adalah 5 tabiat orang yang berjaya:
Orang yang berjaya mula dengan visi yang jelas tentang apa yang mereka ingin capai.
Mereka tetap kan goal yang SMART iaitu Specific, Measurable, Achievable, Relevant, and Time bound.
Ada road map yang jelas bantu mereka kekal fokus dan bermotivasi sepanjang jalan.
Orang yang berjaya faham bahawa menjaga diri mereka adalah penting untuk kejayaan jangka panjang.
Mereka utama kan tidur, senam, makanan yang sihat dan bersantai.
Ini boleh kan mereka kekal kesejahteraan fizikal dan mental mereka, yang penting untuk capai prestasi puncak.
Orang yang berjaya tidak pernah berpuas hati dengan status quo.
Mereka selalu cari ilmu dan skill baru untuk baiki diri.
Mereka baca buku, ambil kursus, hadiri bengkel dan network dengan orang yang berjaya.
Pemikiran ini buat mereka terus berada di hadapan dan sesuai kan diri dengan keadaan yang berubah ubah.
Orang yang berjaya faham kuasa relationship
Mereka bina relationship yang kukuh dengan rakan, family, rakan sekerja dan mentor.
Perhubungan ini beri kan mereka sokongan, dorongan, dan cerapan berharga.
Orang yang berjaya percaya pada diri mereka sendiri dan upaya mereka untuk capai goal mereka.
Mereka tetap optimis even hadapi cabaran dan halangan.
Sikap positif ini bantu mereka tabah melalui masa sukar dan capai kejayaan.
Sebagai tambahan kepada lima tabiat ini, orang yang berjaya juga :
Disiplin: Mereka dapat pegang pada goal dan commitment mereka, even sukar.
Berdaya tahan: Mereka bangkit dari halangan dan terus gerak ke hadapan.
Proaktif: Mereka ambil inisiatif dan tidak tunggu perkara berlaku kepada mereka.
Ghairah: Mereka semangat tentang kerja dan goal mereka.
Syukur: Mereka hargai apa yang mereka ada dan tumpu kan pada aspek positif kehidupan.
Dengan ikut tabiat ini ke dalam hidup sendiri, anda boleh tingkat kan peluang anda untuk berjaya dan capai potensi penuh anda.
Berikut adalah sumber tambahan yang mungkin bantu anda:
7 Tabiat Orang yang Sangat Berkesan oleh Stephen R. Covey
Mindset: The New Psychology of Success oleh Carol S. Dweck
Grit: The Power of Passion and Perseverance oleh Angela Duckworth
Dalam The 7 Habits of Highly Effective People karya Stephen R. Covey adalah karya klasik yang telah terjual lebih 25 juta salinan di seluruh dunia.
Covey bahagi kan buku itu dalam dua part :
Bahagian Pertama : Fokus pada anjakan paradigma yang perlu untuk ubah peribadi
Bahagian Kedua : Perincian tujuh tabiat itu sendiri.
Anjakan Paradigma:
Covey kata bahawa kita sering trapped dalam paradigma pergantungan
di mana percaya keadaan tentu kan kebahagiaan dan kejayaan kita.
Beliau cadang kan kita ubah kepada paradigma kemerdekaan
di mana kita bertanggungjawab ke atas life kita sendiri
dan tumpu kepada Lingkaran Pengaruh dan bukannya Lingkaran Keprihatinan.
7 Tabiat:
Jadilah Proaktif
Ambil inisiatif dan tanggungjawab untuk hidup anda.
Fokus pada Bulatan Pengaruh anda.
Jangan jadi mangsa keadaan.
Mulakan dengan Akhir dalam Fikiran
Tentu nilai dan goal anda.
Ada visi yang jelas untuk masa depan anda.
Jalani hidup dengan goal.
Utamakan Perkara Dahulu:
Utama kan tugas ikut kepentingan, bukan kesegeraan.
Urus masa dengan berkesan.
Jangan trap dalam perkara remeh.
Fikirkan MenangMenang:
Cari solution yang saling untung kan dalam semua perhubungan.
Hargai kerjasama dan bekerjasama.
Elak persaingan dan konflik.
Memahami Untuk Difahami:
Dengar dengan penuh perhatian kepada orang lain.
Empati dengan opinion mereka.
Komunikasi dengan jelas dan berkesan.
Bersinergi:
Hargai perbezaan antara manusia.
Cari solution kreatif melalui kerjasama.
Capai lebih banyak perkara bersama dari laku kan secara alone.
Asah Gergaji:
Perbaharui fizikal, mental, rohani dan sosial diri secara berterusan.
Labur dalam pertumbuhan dan perkembangan peribadi diri.
Imbang life untuk jangka panjang.
Kesan dan Kepentingan:
7 Tabiat offer rangka kerja praktikal untuk pembangunan peribadi dan profesional.
Ia telah di terima pakai oleh individu dan organisasi di seluruh dunia
dan terus memberi inspirasi kepada jutaan orang untuk capai potensi penuh mereka.
Dalam bukunya Grit: The Power of Passion and Perseverance,
Angela Duckworth, seorang ahli psikologi dan penyelidik, cabar kepercayaan
yang telah lama iaitu bakat adalah satu satu nya faktor penentu kejayaan.
Sebaliknya, dia berkata ketabahan, gabungan semangat dan ketekunan
adalah kunci untuk capai goal seseorang.
Keghairahan ialah bahan api yang dorong kita untuk capai
goal kita, even semakin sukar.
Minat dan semangat yang dalam itulah yang dorong kita
untuk belajar, berkembang, dan atasi cabaran.
Tekun adalah komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi
yang boleh kekal kan goal dari masa ke masa.
Walaupun dalam hadapi halangan dan kegagalan.
Ketabahan mental dan daya tahan itulah yang boleh kan kita
bangkit daripada susah dan terus maju ke depan.
Duckworth guna kan penyelidikan dan contoh life sebenar untuk gambar kan kuasa ketabahan.
Dia bincang kan kepentingan bangun kan minda pertumbuhan, iaitu
percaya bahawa kebolehan boleh developed melalui usaha dan pembelajaran.
Dia juga tekan kan kepentingan tetap kan goal SMART
Bakat mungkin beri permulaan yang lebih baik, tetapi ketabahan itulah
yang akan tentu kan kejayaan kita.
Sesiapa sahaja boleh kembang kan ketabahan, tanpa kira kebolehan semula jadi mereka.
Minda pertumbuhan adalah penting untuk bangun kan ketabahan.
Menetapkan goal SMART beri kan hala tuju dan motivasi.
Kegagalan adalah sebahagian dari proses Belajar dan tidak boleh dilihat sebagai satu kemunduran.
Kuasa semangat dan ketabahan boleh bantu capai apa sahaja yang kita fikir kan.
Kesan dan Kepentingan:
Grit sangat ber pengaruh dan telah diterjemahkan ke dalam 25 bahasa.
Pembaca nya dari semua lapisan masyarakat, termasuk ibu bapa, pendidik, atlet dan usahawan.
Buku ini telah dipuji kerana nasihat praktikal dan mesej yang beri inspirasi bahawa
siapa sahaja boleh capai matlamat mereka dengan kerja keras dan dedikasi.
(semua sumber gambar dari Google)
Download ebook eBay PERCUMA di sini
Lagi kisah kejayaan di bawah
Untung RM97 juta jual mainan dan bow tie
Dulu Pesakit barah kini owner pastri
>>> Nak jadi orang BERJAYA, klik di sini <<<