Super admin . 28th Nov, 2023 07:10 AM
Sudah menjadi trend masyarakat kita ni pantang ada port 'healing' minum kopi dan bersantai viral mesti nak try kan?
Lagi-lagi yang kaki 'ootd' pasti tak nak ketinggalan nak into the scene untuk try sama.
Trend 'healing' bersantai sambil minum kopi ibarat satu padanan yang cukup serasi.
Cakap je hutan, hulu sungai, hujung kampung sekali pun pasti mereka sanggup redah demi nak ootd dan update di media sosial masing-masing.
Sambil minum secangkir kopi ditemani lukisan alam pasti mencipta sebuah memori yang tak dapat dilupakan. Hilang segala stress setelah lelah mengharungi hiruk pikuk kota lima hari tanpa rehat.
Kini Tanjong Karang, Sekinchan dan Sungai Besar mula menjadi tumpuan pengunjung yang tak nak ketinggalan untuk merakamkan kenangan ootd di sana. Afeeq Photography banyak merakamkan keindahan sawah padi di Tanjong Karang dan kawasan sekitarnya.
Jom saya kongsikan 5 Port Orang Kita 'Healing' Minum Kopi Tepi Sawah. Lokasi port yang saya kongsikan ini kebanyakannya berada di utara Selangor iaitu di sekitar Tanjong Karang, Sekinchan dan Sungai Besar.
Konsep kopi 'hipstur' yang diketengahkan menjadi tumpuan pengunjung untuk singgah ke Kopi Sawah ini. Berlatar belakang kan tema warna natural, nude, putih dan hitam, Kopi Sawah juga menawarkan servis ambil gambar & video bersama dron dengan harga RM40 termasuk 3 keping gambar dan 2 video raw. Pelbagai makanan menarik yang dijual di sana antaranya ialah @The Smol Pancake.
Tak jauh daripada kopi sawah, ade satu lagi port 'healing' minum kopi tepi sawah iaitu V'U Coffee & Tea.
Dengan menu main course yang menarik lengkap dengan dessert yang sedap pasti anda rasa nak datang lagi ke sini.
Rasa kopi brew mesin nya yang original dan fresh membuatkan kafe 'hipstur' ini tak kurang hebatnya.
Kedai Kopi Kerja beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 12 tengahari sehingga 7 malam.
Vibes nya yang berada di tengah-tengah sawah terasa tenang dengan ditemani angin sepi-sepoi bahasa.
Cukup lengkap dengan secangkir kopi menggamit suasana sawah di kampung.
Bagi mereka yang gemar ber 'ootd' boleh berkunjung ke The Bendang cafe 'hipstur' yang terletak di Sawah Sempadan, Tanjong Karang. Beroperasi pada hari Jumaat hingga Ahad bermula pada pukul 11 pagi sehingga 7 malam.
Kafe ini sebenarnya adalah sebuah outdoor cafe juga dengan reka bentuk estetik dan warna tema dapur utamanya itu ala-ala Inggeris betul-betul menangkap mata pengunjung.
Sesuai sangat untuk bergambar dengan berlatar belakangkan dapo putih ini.
Beroperasi pada setiap hari Rabu - Ahad dari jam 3.00 petang sehingga 11.00 malam.
Antara menu yang menarik di sini adalah mee kari dan pizza leleh.
Itu kalau nak 'healing' minum kopi lah.
Tak salah kalau hobi anda boleh buat anda 'healing', terpulang lah kan?
Anda nak hobi anda dapat pulangan yang berbaloi boleh cuba buat bisnes di ebay macam hobi.shopee ni.