Super admin . 23rd Nov, 2023 09:31 AM
Bagi ibu yang bekerja mahupun membuat bisnes dari rumah, rutin mengambil dan menghantar anak pasti tak lari dari rutin isi minyak kereta anda. Kan?
Kadang-kadang tu runsing setiap kali nak isi minyak perlu 'angkut' semua anak-anak ke kaunter untuk membuat bayaran. Dilema bagi seorang ibu untuk bawa semua atau tinggalkan sahaja mereka di dalam kereta buat sementara. Hal ini tak mudah bagi seorang ibu memandangkan banyak kes-kes yang tak diingini berlaku samada jenayah atau pun isu keselamatan.
Namun, ia tak jadi lagi satu dilema buat para ibu sejak Petronas telah membangunkan satu aplikasi yang dikenali sebagai Setel. Anda tak lagi perlu ke kaunter untuk membuat bayaran. Hanya dengan satu klik, angkat nozel, minyak kereta anda selamat terisi!
Jom saya tunjukkan 6 Langkah Mudah Aplikasi Setel boleh 'setel' kan isi minyak kereta anda.
Pertama sekali, anda perlu lah install aplikasi Setel. Dapatkannya di sini.
Pastikan anda on location untuk GPS aktif dan membawa anda ke stesen petronas yang berdekatan. Sebelum tu, semak dahulu amaun e-wallet anda. Jika e-wallet anda kurang anda boleh top-up dengan pilihan amaun yang dikehendaki seperti gambar di bawah ni.
Anda boleh top up menggunakan FPX Online Banking, Boost eWallet, Grab Pay atau pun ShopeePay.
PIlih pump anda,
Kemudian pilih amaun untuk isi minyak seperti pada gambar di bawah ini. Apabila anda telah selesai memasukkan amaun, mesej Start Refueling Now akan terpapar. Setelah selesai mesej Mesra Points beserta resit Payment Completed akan dipaparkan.
Namun, sentiasa diingatkan kepada ibubapa anda tidak harus meninggalkan anak kereta terlalu lama. Sentiasa berkomunikasi dengan anak walaupun mereka masih kecil bagi mengelakkan kejadian terlupa anak anda bersama anda ❤