Super admin . 19th Dec, 2023 05:14 AM
Cukai jualan 10 % bagi pembelian dalam talian yang berkuat kuasa 1 Januari 2024
hanya untuk bagi produk import bernilai RM500 ke bawah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, ia bagi pasti kan daya saing produk local dapat ditingkatkan
dan cukai jalan 10 % tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.
"Yang penting untuk jeles kan ia hanya untuk bagi produk import yang dijual secara dalam talian di Malaysia.
Produk yang dibuat dalam negara tidak kena, jadi saya harap ini dapat kurang kan
salah faham rakyat tentang cukai jualan 10 % itu.
"Kita boleh rujuk laman rasmi Jabatan Kastam untuk info lebih lanjut
dan dari semasa ke semasa kita akan pantau untuk pastikan adakah rakyat terutama penjual dan pembeli yang laksana transaksi
dalam talian benar benar faham kenapa ia dibuat dan apa kategori produk yang terkesan," katanya.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian pada sidang media
selepas rasmi kan program Reuse, Educate, Nurture and Empower with Waste (R.E.N.E.W) di Dataran Sri Angkasa Jaya, di sini, baru baru ini.
Baca lanjut artikel Cukai Jualan 10 peratus hanya untuk produk import
Terdahulu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata negara
akan mula laksana cukai jualan 10 % ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport
yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024.
Malaysia sepatutnya laksana cukai jualan 10 % ke atas LVG di bawah RM500
yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April 2023, di bawah Belanjawan 2022
tetapi telah ditangguhkan oleh jabatan kastam pada Mac tahun ini.
Menerusi Soalan Lazim mengenai cukai jualan 10 % LVG yang diterbitkan di laman sesawang JKDM pada 6 November 2023,
jabatan itu berkata pengenaan cukai jualan 10 % ke atas LVG akan bermula pada 1 Januari 2024
walaupun perundangan cukai jualan ke atas LVG telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.
baca lanjut di sini Cukai barang bernilai rendah akan dikenakan mulai 1 Januari 2024
JKDM mentakrifkan LVG sebagai semua barangan kecuali
rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok
yang dijual pada harga tidak melebihi RM500, dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.
Mereka yang menjual LVG di platform dalam talian atau mengendalikan pasaran dalam talian untuk penjualan
dan pembelian LVG mesti mendaftar dengan JKDM jika jumlah nilai jualan LVG yang dibawa
masuk ke Malaysia melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.
Secara berasingan, JKDM turut menerbitkan satu set garis panduan mengenai pelaksanaan
cukai jualan 10 % LVG di portalnya bertarikh 3 November 2023.
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Sementara itu, menurut Warta Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan oleh
Jabatan Peguam Negara pada 8 Disember 2023
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani
Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022: Penetapan Tarikh Efektif Bagi Mengenakan
dan Melevikan Jualan Cukai Barang Bernilai Rendah (LVG) pada 4 Disember 2023.
"Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(3) Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022
[AktaA1671], Menteri menetapkan 1 Januari 2024 sebagai tarikh efektif bagi mengenakan
dan melevikan cukai jualan bagi barang bernilai rendah," demikian menurut warta tersebut.
habis//
(sumber artikel dari Harian Metro)
Lagi kisah menarik di bawah
comst87 untung ratus ribu jual alat 'senyapkan' anjing di eBay
Christy Studios jana jutaan ringgit di Etsy
>>> klik di sini untuk tahu cara cari duit online <<<