Loading

Dr Mohd Zulariffin ebay

Tugas pensyarah bukan sekadar didik pelajar untuk dapatkan sekeping sijil diploma, ijazah dan master semata mata kata Dr Mohd Zulariffin Maarof

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) itu berkata, tanggungjawab pensyarah kini sangat besar

Beliau berkata, pensyarah kena pastikan segala hasil penyelidikan yang dijalankan bukan sekadar untuk menemukan ilmu ilmu baru di atas kertas penyelidikan sahaja

“Tetapi kena pastikan ianya mampu untuk lebih berkembang, berjaya dikomersialkan

“Pelajar dan komuniti juga dapat rasa manfaat hasil dari kajian yang dijalankan,” katanya baru baru ini

Beliau yang juga Pengarah Urusan Export Oversea Academy berkata, pensyarah turut pikul tanggungjawab pastikan pelajar mampu survive apabila masuk ke alam pekerjaan kelak

“Jika tak mampu nak cari pekerjaan, kena pastikan mereka ini semua mampu untuk cipta pekerjaan mereka sendiri

“Mudah-mudahan 5-10 tahun lagi, mereka semua bukan sekadar menjadi pembekal tenaga sumber manusia untuk negara

“Tapi mampu untuk menjadi industri yang mencipta peluang

peluang kerjaya yang lebih berpendapatan tinggi untuk generasi seterusnya,” katanya 

Dr Mohd Zulariffin ebay

Dr Mohd Zulariffin bina ekosistem bisnes yang beri manfaat kepada komuniti

Dr Mohd Zulariffin berkata, atas kesedaran itu, Export Oversea Acdemy selaku syarikat spin off UTHM sedaya upaya melaksanakan bengkel cara menjual di eBay yang terbuka kepada semua pihak termasuk pelajar

Katanya, bersyukur kerana hasil dari bengkel dianjurkan itu, ia kini memberi pulangan positif termasuk mewujudkan model ekosistem bisnes yang boleh dikembang biak

Dr Mohd Zulariffin ebay

“Minggu ni minggu pertama sesi kuliah baru nak start..

“Sempena bulan ramadhan ni, sy meraikan pelajar-pelajar sy ada 120 orang untuk sambut buka puasa buffet ramadhan di bandar muar

“Bukan mudah nak menyantuni mereka semua ni

“Perlukan budget yg agak besar untuk sewakan beberapa buah bas untuk transport dan makan

“Jujur cakap klu dengan hasil duit gaji sebagai kerjaya pensyarah sy tak mampu untuk meraikan mereka semua ni

“Tapi dengan adanya syarikat terbitan universiti(spin off UTHM) yg berjaya dilahirkan sejak 2020 dulu

“Hasil kajian produk dan beberapa service yang berjaya dikomersialkan

“Alhamdulillah syarikat Spin off sy mampu untuk pulangkan semula kepada universiti dengan cara tanggung makan dan keluarkan budget untuk meraikan pelajar-pelajar saya semua ni

“Bukan sekadar mampu menjamu selera dan jalankan program untuk pelajar sahaja

“Tapi hasil ekosistem yang ditubuhkan ini juga saya mampu untuk melahirkan beberapa lagi buah syarikat terbitan universiti untuk syarikat pelajar

“Untuk duplicate apa yang saya buat, dapat digunakan untuk pelajar,” katanya

Strategi guna warehouse jana jualan 5 angka

Sementara itu, Dr Zul berkata, cara untuk bertahan bisnes di eBay adalah konsisten ikut langkah diajar dari masa ke masa

Dr Mohd Zulariffin ebay
Dr Mohd Zulariffin ebay

“Slow slow jual kat ebay pada awalnya

“Laju-laju listing dengan konsisten pada hujungnya

“Itu je cara game nak bertahan di eBay

“Tak boleh laju tak kena tempat. Kena follow step nya

“Alhamdulillah sorang student Bulan ni dah dapat top rated seller,” katanya

Beliau berkata, strategi berikutnya adalah guna kemudahan gudang di Amerika Syarikat yang akan mengurangkan kerja berulang dan meningkatkan jualan di eBay.

Katanya, teknik itu akan bolehkan hanya dengan 10 ke 50 listing, penjual sudah boleh dapat 5 angka jualan

Dr Zul berkata, namun yang paling penting, jangan tunggu untuk sempurna baharu nak bermula, buat sahaja.

“Next game, dah boleh hantar ke warehouse.

“Barang apa nak hantar?

“20% dari listing yang selalu dapat order terus beli secara bulk dan park dekat warehouse USA

“Terbukti out of 10, 2 je slow. Maknanya success rate 80% dah cun sangat dah untuk seller level beginner

“Nak buat sales USD 10,000 klu buat shipment dari malaysia perlukan 1000 listing

“Tapi kalau nak buat sales yang sama USD 10,000 shipment dari USA, cukup hanya 10 ke 50 listing dah boleh capai 5 angka jualan

“Less work, more sales,” katanya.

Walk the talk

Jom kita lihat testimoni anak murid Dr Zul yang dengar nasihat dan amal kan ilmu diberi

Nak tahu lebih lanjut cara menjual di eBay dan jana income dalam USD ?

habis//

BONUS – Download ebook eBay PERCUMA di SINI

Lagi artikel menarik di bawah

ShipBob : 101

Terapeak : 101

Black Friday Cyber : Ini maksudnya…

10 hot selling product on Amazon 2024

Puan Diya raih USD100,000 sebulan hasil bisnes eBay

Leave a Reply

Your email address will not be published.