Ramai usahawan suka belajar strategi pemasaran produk, tetapi jarang yang faham bagaimana satu strategi kecil mampu mengubah dunia.
Kisah Nike ini bermula dari seorang atlet amatur adalah contoh paling tepat bagaimana pemasaran, keberanian dan fokus pelanggan mencipta jenama bernilai RM450 bilion hari ini.
1. Atlet Amatur Yang Berani Tanya Soalan “Tak Masuk Akal”

Tahun 1962, seorang atlet amatur berumur 24 tahun dari Oregon terbang seorang diri ke Jepun.
Bukan melancong.
Dia pergi kerana satu soalan pelik:
“Boleh ke kasut Jepun kalahkan kasut Jerman?”
Pada ketika itu:
- atlet dunia semua pakai kasut Jerman
- kasut Amerika berat & mencederakan
- Jepun mula cipta kasut lebih ringan
- Phil Knight nampak peluang kecil itu sebagai pintu besar.
2. Menipu Demi Peluang Dan Bermula Sejarah

Phil berjumpa Onitsuka Tiger.
Dia berbohong:
“Saya wakil Blue Ribbon Sports.”
Hakikatnya:
Syarikat itu belum wujud.
Tapi Onitsuka percaya.
Phil balik Amerika dan mula jual kasut dari bonet kereta, sambil bekerja sebagai akauntan.
Inilah fasa “start kecil tapi bermula”.
BACA kisah kisah motivasi kejayaan usahawan dunia di > SINI <
3. Eksperimen Gila Yang Mengubah Larian Dunia

Jurulatih Phil, Bill Bowerman, obses mahu cipta tapak kasut terbaik.
Dia rosakkan waffle iron isterinya ketika bereksperimen.
Tapi dari “kesilapan kecil” itu lahir:
The Waffle Sole
Tapak kasut yang meningkatkan traction dan prestasi pelari.
Inilah inovasi awal yang membuka pintu kepada jenama Nike.
4. Pengkhianatan Onitsuka & Kelahiran Nike

Apabila Blue Ribbon Sports semakin terkenal, Onitsuka cuba rampas semula kawalan.
Phil pilih untuk LAWAN, bukan menyerah.
Dia menang kes mahkamah.
Dari kemenangan itu lahirlah NIKE pada tahun 1971.
Logo swoosh dibeli hanya USD 35.
Hari ini?
Nike bernilai hampir RM450 bilion.
5. Asal Usul “Just Do It” – Inspirasi Dari Banduan Mati

Tahun 1977, tagline legenda “Just Do It” lahir.
Inspirasi?
Kata-kata terakhir seorang banduan sebelum dihukum mati.
Slogan itu bukan tentang kejayaan.
Ia tentang tindakan.
Tentang keberanian untuk mencuba.
Inilah nadi pemasaran Nike.
KIsah bagaimana Neelofa atur strategi pemasaran hingga cipta fenomena. baca di > SINI <
6. Strategi Pemasaran Produk Nike Yang Usahawan Malaysia Patut Tiru
Kisah tadi hanyalah permulaan.
Apa yang menjadikan Nike legenda adalah strategi pemasarannya. Ini prinsip yang sama digunakan dalam banyak strategi pemasaran produk, seperti yang sering dijelaskan dalam artikel analisis perniagaan di Investopedia.
Inilah blueprint mereka:
(a) Nike tak jual produk — Nike jual identiti
Nike tak cerita pasal:
❌ bahan kasut
❌ tapak kasut
❌ teknologi foam
Nike cerita tentang:
✔ semangat
✔ pengorbanan
✔ usaha
✔ keberanian
Storytelling > Spesifikasi
(b) Nike target pengguna ekstrem, bukan pengguna ramai
Nike fokus pada:
- pelari tegar
- atlet yang bangun 5 pagi
- mereka yang berlatih dalam gelap
Bila branding dicipta untuk “yang paling hardcore”,
orang biasa ikut sebagai identiti.
(c) Role Model = Marketing Terkuat Nike
Nike tonjolkan manusia, bukan produk:
- Michael Jordan
- Serena Williams
- Ronaldo
- atlet kecil seluruh dunia
Mereka jual emosi, bukan kasut.
(d) Nike bina komuniti global
Inilah rahsia paling besar:
- Nike Run Club
- Training Apps
- Event global
- Program fitness
Nike tak jual kasut.
Nike jual movement.
7. Apa Usahawan Malaysia Boleh Tiru?
5 pengajaran penting:
1️⃣ Story lebih kuat daripada spesifikasi
2️⃣ Kekalkan identiti visual brand
3️⃣ Fokus pada niche hardcore dulu
4️⃣ Jadikan pelanggan sebagai HERO
5️⃣ Mulakan kecil tapi konsisten
8. Dari Nike → Dunia. Dari Malaysia → eBay.
Phil Knight bermula dari bonet kereta.
Hari ini, ramai usahawan Malaysia bermula dari rumah tapi jual produk ke:
- US
- UK
- Australia
- Jerman
melalui eBay, menerima bayaran USD.
Kalau Nike boleh mula dengan satu soalan pelik,
usahawan Malaysia pun boleh mula dengan satu langkah kecil.



