Anastasia Beverly Hills Story – Dari Idea Bodoh Jadi Ikon Dunia

Anastasia Soare, pengasas Anastasia Beverly Hills, wanita usahawan yang membina empayar kecantikan dari idea kening Golden Ratio.

Dalam dunia bisnes, ada dua jenis manusia:

  1. mereka yang percaya hanya pada apa yang sudah wujud,
  2. dan mereka yang berani percaya pada sesuatu yang orang lain tak nampak.

Anastasia Soare termasuk dalam golongan kedua.
Namun sebelum dia dikenali sebagai pengasas Anastasia Beverly Hills – satu nama besar dalam industri kecantikan dunia, cerita asalnya jauh dari glamor.

Bahkan, kalau ikut logik bank pada masa itu, dia sepatutnya gagal.


1. Anastasia Beverly Hills Story – Datang ke USA Tanpa Modal Tak Reti English

Tahun 1989, Anastasia tiba di Amerika Syarikat selepas melarikan diri dari Romania yang masih di bawah rejim komunis.

Dia sampai dengan:

  • tiada modal
  • tiada network
  • tiada pengalaman bisnes
  • dan tidak tahu berbahasa Inggeris

Hari pertama bekerja?
Dia hanya buat kerja asas – potong kuku, bersihkan salon, apa saja kerja kecil.

Dalam satu temubual dengan CNBC, dia ulang benda yang sama:

“Saya tak ada apa. Saya hanya ada kemahiran seni dari Romania dan keyakinan bahawa satu hari nanti, saya akan jumpa ruang kosong untuk saya isi.”

Ruang kosong itulah yang mengubah hidupnya.


2. Idea Pelik Yang Bank Anggap “Tak Masuk Akal”

Di Romania, Anastasia pernah belajar tentang Golden Ratio – nisbah matematik yang digunakan dalam seni bina dan seni klasik untuk menghasilkan keseimbangan sempurna.

Dia mula terfikir:

“Kalau Golden Ratio boleh cipta bangunan indah, kenapa tidak wajah manusia? Kenapa tiada siapa fokus pada kening?”

Masalahnya, idea itu terlalu pelik untuk waktu itu.

Bila dia pergi ke bank untuk dapatkan loan buka salon khusus untuk kening, pegawai bank berkata:

“Tak ada siapa buat bisnes untuk kening. Takkan ada market. Idea ini tak praktikal.”

Dalam dunia investment, orang panggil ini “rejection kerana inovasi terlalu awal”.

Bagi bank – ia bodoh.

Bagi Anastasia – ia masa depan.

BACA kisah jatuh bangun usahawan dunia di > SINI <


3. Bermula Dengan Kereta Buruk USD200

Disebabkan tiada modal, Anastasia terpaksa memulakan bisnes kecil-kecilan.

Dia sewa ruang kecil dalam salon orang.
Ikat perut, simpan duit.
Dia memandu kereta buruk USD200 – sampai anaknya malu turun sekolah dengannya.

Tapi dia ulang satu prinsip yang dia pegak kuat:

“Cashflow adalah nyawa bisnes. Bukan prestige.”

Inilah mindset yang ramai usahawan baru tak ada.


4. Dari Satu Ruang Sempit ke Hollywood

Pelanggannya pada mula sedikit.
Tapi dia tekun.

Setiap kening dia bentuk guna nisbah Golden Ratio.
Kening jadi lebih simetri, wajah jadi lebih seimbang.
Orang mula perasan dan satu demi satu pelanggan datang.

Sampai satu hari, seorang selebriti ternama duduk di kerusinya.

Kemudian satu lagi.
Dan lagi.
Nama-nama seperti Madonna, Cindy Crawford dan Oprah mula menjadi pelanggan tetap.

Dalam masa singkat, kening buatan tangannya menjadi “rahsia Hollywood”.


5. Tahun 2012 – Fasa Yang Menentukan Hidupnya

Inilah turning point terbesar.

Pada waktu itu, anaknya Claudia berkata:

“Mom, maybe we should try this new app – Instagram.”

Anastasia tidak faham pun apa itu Instagram.

Namun dia cuba.

Mereka mula post gambar hasil shaping.
Mereka post sebelum & selepas.

Dan internet meletup.

ABH menjadi antara jenama PERTAMA di dunia yang gunakan Instagram sebagai senjata pemasaran utama.

Tanpa pelabur.
Tiada billboard.
Tanpa TV commercial.

Hanya kualiti + media sosial.

BACA kisah jatuh bangun usahawan Malaysia di > SINI <


6. Tetapi ABH Juga Jatuh

Ini bahagian yang ramai tak tahu.

Tahun 2020–2022:

  • sales jatuh
  • trend berubah
  • pengguna beralih ke Fenty, Rare Beauty, Tarte
  • “Subculture Palette” dapat backlash
  • ABH mula hilang relevance

Banyak jenama lama tenggelam terus.

Tapi Anastasia bukan jenis yang tunduk.

Dia ubah strategi:

  • rebrand produk
  • tukar gaya content
  • fokus TikTok
  • strengthen eyebrow line
  • lancar Brow Freeze (meletup viral)

ABH buat comeback.


7. Moral Yang Usahawan Malaysia Perlu Ambil

Daripada bank kata idea dia bodoh, ke menjadi empayar bernilai ratusan juta dolar, kisah Anastasia mengajar 4 benda:

A. Idea pelik hari ini boleh jadi industri esok.

Google, Airbnb, Uber – semua pernah kena reject awal.

B. Kadang, tiada siapa percaya pada kita, tapi itu tak penting.

Yang penting: kita percaya pada potensi diri sendiri.

C. Kualiti + konsisten = long-term survival.

Trend boleh berubah, tapi brand yang adapt akan hidup.

D. Modal kecil bukan penghalang.

Tapi takut bermula itu penghalang sebenar.


8. “berani percaya pada sesuatu yang orang lain tak nampak”

Kalau difikirkan balik…
Anastasia bermula dari satu ruang kecil, idea pelik, dan dunia yang tak percaya.

Tapi dia terus buat.

Hari ini, kita ada kelebihan yang dia tak ada:

  • internet
  • buyer seluruh dunia
  • platform global seperti eBay
  • boleh jual dari rumah tanpa kedai
  • modal kecil
  • pasaran jauh lebih besar dari Malaysia

Kalau dulu dia terpaksa pujuk pelanggan datang ke salon…
hari ini kita hanya perlu buka eBay untuk menjual ke pembeli dari US, UK, Australia, Germany, Canada dan puluhan negara lain.

Soalan paling jujur:

Apa lagi alasan kita untuk tidak bermula?

Kalau satu pensil kening boleh cipta empayar bilion dolar…
barang RM10 dari Malaysia pun boleh sampai ke buyer luar negara.

BACA ilmu keusahawanan di > SINI <


Jom mula belajar jual di eBay.

Link untuk daftar kelas ada di > SINI <

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top