Sara Blakely Spanx – Pengenalan
Ramai di Malaysia mungkin tidak pernah dengar nama Sara Blakely.
Tetapi inilah wanita yang mengejutkan dunia.
Seseorang yang pernah hidup dengan RM23 dalam akaun bank, bekerja menjual fax machine, dan tidak ada pengalaman dalam fesyen langsung.
Beberapa tahun kemudian, menurut Forbes, Sara Blakely kini disenaraikan sebagai salah satu self-made female billionaire termuda.
Yang lebih menarik?
Produk yang membawa beliau ke puncak kejayaan bukan teknologi, bukan aplikasi, bukan startup pelik.
Ia hanyalah seluar dalam khas untuk membantu pakaian nampak lebih kemas dan terletak, sejenis “inner ketat” yang membuatkan bahagian pinggang, perut dan peha kelihatan lebih smooth.
Nama produk itu: Spanx.
Dan untuk anda bayangkan betapa kuatnya produk ini…ia cipta fenomena sama seperti Maggi di Malaysia.
Macam mana kita panggil semua mee segera sebagai “Maggi”,
begitu jugalah orang Amerika bila nampak inner kemasan badan,
mereka terus panggil itu sebagai “Spanx”, walaupun jenama tersebut mungkin bukan Spanx pun.
Bagaimana idea sekecil ini boleh membawa kepada syarikat bernilai bilion dolar?
Inilah kisah penuh inspirasi yang ramai tak tahu.
BACA kisah kejayaan usahawan dunia lain di > SINI <
Siapa Sebenarnya Sara Blakely ?
Sebelum berjaya, hidup Sara sangat sederhana:
- bukan pereka fesyen,
- bukan dari keluarga kaya,
- bukan pemilik kilang,
- bukan influencer,
- dan tidak ada network dengan orang besar.
Kerja hariannya hanya:
✔ keluar pagi,
✔ bawa beg besar,
✔ ketuk pintu pejabat kecil,
✔ cuba jual fax machine.
Business Insider menceritakan bagaimana Sara bermula sebagai jurujual fax machine sebelum idea Spanx tercetus.
Beliau ditolak hampir setiap hari.
Namun jauh di sudut hati, beliau percaya hidupnya ada sesuatu yang lebih besar.
Titik perubahan datang dari situasi yang sangat rawak, ketika beliau memotong stoking sendiri.
BACA kisah motivasi kejayaan usahawan Malaysia di > SINI <
Cabaran & Titik Perubahan Yang Simple Tapi Ubah Segalanya

Pada satu malam, Sara hendak keluar memakai seluar putih.
Masalahnya, bila beliau pakai pantyhose (stoking panjang nipis) di dalam seluar, bahagian kaki stoking itu akan nampak jelas, membuatkan seluar kelihatan tidak cantik.
Dalam keadaan buntu, beliau buat eksperimen pelik:
beliau potong bahagian kaki pantyhose tersebut, dan hanya pakai bahagian atasnya saja, untuk cover pinggang, perut dan peha.
Bahasa mudahnya:
ia berfungsi hampir sama seperti bengkung moden atau ‘girdle’ yang membantu kemaskan bentuk badan.
Selepas mencubanya, beliau terkejut:
- pinggang dan perut nampak lebih rata,
- peha lebih smooth,
- seluar putih tidak menunjukkan sebarang garis stoking.
Namun muncul satu masalah baru:
pantyhose yang dipotong mula bergulung di bawah peha, sebab ia memang bukan direka untuk dipakai begitu.
Tetapi bagi Sara, itu bukan kegagalan.
Itulah spark pertama yang membuka pintu kepada Spanx.
Strategi Yang Mengangkat Spanx Menjadi Jenama Bilion Dolar
Buat Pitch Dalam Tandas
Sebelum Spanx terkenal, Sara berjaya memujuk buyer dari Neiman Marcus untuk bertemu.
Tetapi beliau perasan buyer itu tidak nampak apa beza Spanx bila dilihat atas meja.
Dalam saat genting, Sara mengambil keputusan berani:
“Ikut saya sekejap.”
Beliau membawa buyer itu ke tandas wanita.
Di situ, Sara buat demonstrasi paling jujur dalam sejarah retail:
- Tanpa Spanx → jelas kelihatan garis kain & ketidakteraturan.
- Dengan Spanx → perubahan ketara serta-merta.
Buyer itu terdiam sebelum berkata:
“Okay. We want this.”
Order pertama pun bermula dan itulah pintu yang membuka jalan kepada department store besar lain.
2) sara blakely Spanx Ditolak 50 Kilang Tetapi Tak Berhenti
Sara pergi dari satu kilang ke kilang lain.
Hampir semuanya menolak idea beliau.
Ayat yang paling beliau selalu dengar:
“Kalau idea ini bagus, dah lama orang lain buat.”
Tetapi beliau teruskan.
Telefon 50 kilang.
Akhirnya sebuah kilang bersetuju, kerana anak pemilik kilang berkata:
“Ayah, idea ini sebenarnya bagus untuk wanita.”
3) Spanx Bermula Dengan Modal USD 5,000
Sara menggunakan simpanan kecilnya untuk:
- daftar trademark
- buat prototaip
- design packaging sendiri
- beli domain
- pos sampel ke media
Beliau lakukan semuanya seorang diri.
4) Oprah Winfrey : Momen Yang ubah Nasib Sara Blakely Spanx Dalam Satu malam
Pada tahun 2000, Sara Blakely buat keputusan berani
menghantar satu kotak Spanx terus ke studio Oprah Winfrey, walaupun beliau tak ada connection, tak kenal sesiapa, dan tak tahu pun sama ada kotak itu akan dibuka.
Beliau hanya selitkan nota ringkas:
“Oprah, ini produk yang saya cipta sendiri. Saya harap ia memudahkan hidup wanita.”
- Tiada follow-up.
- Tiada PR agency.
- Tiada harapan tinggi.
Hanya usaha seorang wanita yang percaya pada produknya.
Beberapa minggu kemudian, telefonnya berbunyi.
Suara dari penerbit Oprah berkata:
“Kami nak masukkan Spanx dalam segmen Favourite Things.”
Dan ini bukan segmen biasa.
Ini segmen yang boleh:
- menjadikan produk kecil jadi fenomena nasional
- menaikkan jualan 5–10 kali ganda dalam semalam
- mengubah hidup seseorang founder sekelip mata
Apabila Oprah mengangkat Spanx dalam siaran nasional sebagai salah satu “Favourite Things of The Year”, apa yang berlaku memang luar biasa:
- website Spanx crash kerana trafik terlalu tinggi
- department store habis stok
pelanggan beratur panjang mencari Spanx - media seluruh Amerika mula bertanya: “Siapa Sara Blakely Spanx sebenarnya?”
Dalam beberapa minggu:
✔ Spanx jadi jenama sebutan seluruh negara
✔ Sara masuk dalam senarai Forbes
✔ dan produk itu meletup di seluruh Amerika
Ini bukan marketing biasa.
Ini momen emas.
Dan Sara sendiri pernah berkata:
“Satu sebutan daripada Oprah telah mengubah seluruh hidup saya.”
Hasil & Pertumbuhan Spanx
Pada 2021, Blackstone membeli majoriti saham Spanx. CNBC melaporkan bahawa Spanx mencapai nilai USD 1.2 bilion selepas Blackstone membeli majoriti saham
Dan sebagai penghargaan, Sara menghadiahkan:
✔ tiket first class kepada semua staf,
✔ USD 10,000 untuk setiap seorang staf bagi travel.
Dunia memuji tindakan ini sebagai satu bentuk “leadership with heart”.
Pengajaran Untuk Founder & Usahawan Malaysia
1) Masalah kecil boleh jadi bisnes besar
2) Validate idea dulu sebelum scale
3) Ditolak bukan alasan berhenti
4) Story lebih kuat daripada produk
5) Marketing = keberanian (demo tandas pun jadi!)
6) Anda tidak perlu expert untuk bermula
7) Celebrate team bila berjaya
Kesimpulan
Jika anda sedang membina produk atau jenama, kisah Sara Blakely Spanx mengingatkan:
anda tidak perlu sempurna untuk bermula, anda hanya perlu berani mencuba sesuatu yang orang lain tak berani buat.
Mahu cabar diri berniaga di platorm ebay dan jana income USD walau dari rumah? Lihat di > SINI <



