Siapa Peter Tuchman? Net Worth, Sejarah & 12 Nasihat Terbaik

Peter Tuchman di lantai dagangan New York Stock Exchange, dikenali sebagai Einstein of Wall Street.

Jika anda lihat wajah lelaki ini untuk pertama kali, kelihatan seperti Albert Einstein, bukan?

Dengan berambut putih, wajah dramatik, ekspresi penuh emosi, seolah-olah seorang saintis gila yang baru dapat formula hidup abadi.

Tetapi lelaki ini bukan saintis fizik. Inilah Peter Tuchman, figura paling terkenal di New York Stock Exchange (NYSE), dan salah seorang trader yang paling banyak muncul di media antarabangsa, CNBC, Reuters, Business Insider, CNN.

Namun, persoalan besar ramai orang:

Apa sebenarnya yang membuat Peter Tuchman menjadi legenda?
Dan kenapa dia diberi gelaran “Einstein of Wall Street”?

Mari kita bongkar semuanya.


1. Siapa Peter Tuchman dan Apa Kerjayanya?

Peter menghabiskan lebih 40 tahun di lantai dagangan paling sibuk di dunia: NYSE.

Setiap hari, dia terlibat dalam urus niaga bernilai:

USD500 juta hingga USD1 bilion.

Kerjaya hidupnya bermula sebagai budak penghantar (runner), kemudian naik ke posisi broker dan trader eksekutif.

Beliau bukan influencer yang hanya pandai bercakap, dia hidup di tengah medan peperangan pasaran trading dunia sebenar.


2. Berapa Net Worth Peter Tuchman?

Peter tidak pernah mendedahkan angka rasmi, tetapi berdasarkan:

  • kerjaya 40 tahun di NYSE
  • komisen & fee trading bernilai jutaan
  • pelaburan jangka panjang
  • pendapatan dari akademi trading
  • liputan “most photographed trader”

Pelbagai portal kewangan menganggarkan:

Net worth Peter Tuchman berada dalam lingkungan berjuta-juta USD.

Beberapa sumber menyebut USD5 – 10 juta, tetapi tiada angka yang disahkan.

Yang pasti, dia bukan selebriti kaya yang menunjuk harta.
Gaya hidupnya sederhana, kerjanya konsisten.

BACA kisah jatuh bangun usahawan terkenal dunia di > SINI <


3. Latar Belakang : Pendidikan & Awal Kerjaya

Peter belajar ekonomi & psikologi, bidang yang kemudian membentuk cara beliau memahami tingkah laku pasaran dan manusia.

Dia membina kerjaya pada zaman ketika tiada aplikasi, tiada TradingView, tiada data percuma, hanya telefon, kertas, dan jeritan di lantai dagangan.

Pengalaman inilah yang membuat perspektifnya real, bukan fantasi media sosial.


4. Kenapa Dipanggil “Einstein of Wall Street”?

Gelaran itu datang daripada dua perkara:

a. Rupa yang sama dengan Albert Einstein

Rambut kusut, putih, penuh karakter, menjadikannya wajah paling mudah dikenali di NYSE.

b. Kepakaran luar biasa

Beliau dianggap antara individu paling berpengalaman dalam:

  • volatiliti pasaran
  • reading order flow
  • memahami psikologi trader
  • disiplin pengurusan risiko

Reuters & CNBC sering memanggilnya untuk komen situasi pasaran kerana perspektifnya yang jujur dan tidak bias.


12 Nasihat Teragung Peter Tuchman

Berikut ialah 12 nasihat berharga yang keluar dari mulutnya sendiri

1. Invest in stocks, not stuff.

Jangan beli barang, beli syarikat.
Peter selalu kata – kebanyakan orang jadi miskin sebab mereka beli benda yang hilang nilai.

Telefon baru, kasut, kereta – semuanya turun harga sebaik dibeli.
Kalau nak jadi kaya, beli syarikat yang hasilkan barang tu, bukan barangnya.

2. Education is the great equalizer.

Ilmu buat semua orang ada peluang yang sama
Dia percaya tanpa ilmu, semua aplikasi percuma dunia tak akan selamatkan kau.

“Orang masuk pasaran tanpa tahu apa yang mereka buat dan jadi mangsa hype.”
Sebelum masuk market, faham dulu peraturannya.

3. Jaga risiko sebelum fikir keuntungan.

“I’m willing to lose $50 to make $200, but never risk $200 to make $50.”


Maksudnya mudah orang bijak sanggup rugi kecil untuk peluang besar, tapi orang tamak sanggup ambil risiko besar untuk untung kecil.

“Trader yang kekal lama bukan yang selalu menang tapi yang tahu bila nak berhenti sebelum kalah besar.”

4. Jangan salahkan pasaran bila rugi.

“The market didn’t screw you. You didn’t learn the rules.”
Peter selalu geleng kepala bila orang salahkan institusi besar atau “market maker”.
Katanya:

“Masa untung, tak pernah ucap terima kasih pada pasaran. Tapi bila rugi, cepat pula cari kambing hitam.” Pasaran bukan musuh. Ego sendirilah yang buat kita kalah.

5. Bekerjalah seolah-olah kau belum kaya.

“I work like I can’t pay my rent next month.”

Bila ditanya kenapa masih kerja keras walau dah jadi bilionaire, dia jawab:
“I love it. I love what I do. I don’t even feel like I work. That’s the key.”

Rahsia kejayaannya bukan duit tapi cinta terhadap kerja yang dia buat setiap hari.

6. Bila rugi berturut-turut, berhenti dulu.

“If you have three losing trades in a row, turn the machine off and go home.”
Peter kata, trader yang bijak tahu bila nak hentikan diri, bukan lawan emosi.
Ramai yang terperangkap dalam revenge trading dan akhirnya musnah.

BACA kisah motivasi kejayaan usahawan Malaysia di > SINI <

7. Trading bukan skim cepat kaya.

“Don’t treat trading like a get-rich-quick scheme.”
Peter dah tengok ramai trader masuk dengan semangat luar biasa,
Tapi keluar dengan akaun kosong sebab nak cepat kaya.
“Ia bukan jalan pintas, ia maraton. Belajar dulu, baru bertahan.”

8. Kawal emosi, bukan pasaran.

“Never get emotional about money.”
Kebanyakan orang kalah sebab marah, tamak, atau takut.
Dia pesan, kalau emosi ambil alih, kau bukan lagi trader kau kaki judi.

9. Jangan tamak bila dah untung.

“Most fortunes were lost because people didn’t sell.”
Dia rujuk fenomena GameStop 2020 bila ramai jadi jutawan atas kertas,
tapi gagal jual pada masa yang betul.

“Orang tamak nak lebih, akhirnya pegang saham kosong.”

10. Belajar daripada orang yang dah pernah kalah dan menang.

“Find a mentor, find a coach.”

Peter dan rakannya, David Green, menubuhkan Wall Street Global Trading Academy
kerana percaya trader baru perlu bimbingan, bukan spekulasi.

11. Belajar ‘cut loss’ sebelum rugi besar.

“Every successful trader knows how to take a small loss before it becomes a big one.”
Trader gagal selalu tunggu harga naik balik padahal itu tiket ke muflis.
“Rugi kecil bukan masalah. Rugi besar sebab degil, itu masalah sebenar.”

12. Kejar konsisten, bukan jackpot.

“I’m all about hitting singles and doubles. If you chase home runs, you’ll strike out.”
Peter kata, kejayaan bukan datang dari satu hari luar biasa,
tapi dari 100 hari biasa yang dibuat dengan disiplin.

Trader hebat bukan yang kejar ‘home run’, tapi yang mampu menang kecil, hari demi hari.

Nasihat Peter Tuchman lahir daripada cara dia melihat dunia kewangan dengan realiti, bukan fantasi.

Dia tahu pasaran ini kejam tapi juga adil bagi yang faham peraturannya.

“You’ll get out of this what you put into it.
“Kau akan dapat dari pasaran, sebanyak mana usaha dan ilmu yang kau bagi.”

Itulah prinsip hidup “Einstein of Wall Street” untuk dijadikan panduan jika betul-betul nak jadi trader berjaya. Insya-Allah

BACA ilmu pengetahuan mengenai dunia keusahawanan di > SINI <


6. Apa Yang Trader Malaysia Boleh Belajar Dari Peter Tuchman?

Tiga pengajaran paling penting:

1. Skill > Angan-Angan

Pasaran tidak peduli emosi, hype, atau FOMO.
Pasaran hanya reward orang yang tahu apa mereka buat.

2. Risiko adalah keutamaan, bukan keuntungan

Kaya sekejap tidak bermakna apa-apa.
Kekal lama adalah kemenangan sebenar.

3. Mentor percepatkan perjalanan

Peter belajar daripada trader sebelum dia.
Kita pun perlu belajar daripada orang yang sudah pernah kalah dan menang.


7. Kenapa Artikel Ini Relevan dengan Usahawan & eBay Seller?

Mindset Peter Tuchman bukan hanya untuk trader.

Ia juga relevan untuk:

  • usahawan
  • penjual eBay
  • freelancer
  • pekerja gig
  • sesiapa yang cari pendapatan global

Sama seperti:

  • trader yang perlu kawal risiko
  • usahawan pun perlu kawal modal
  • trader perlu belajar game
  • penjual eBay pun perlu belajar pasaran luar

Kedua-duanya perlukan disiplin yang sama.


“Find a mentor, find a coach”

Jika Peter Tuchman menghabiskan hidup memahami pasaran Wall Street,
usahawan Malaysia hari ini berpeluang memahami pasaran global tanpa perlu duduk New York.

Dengan platform seperti eBay, sesiapa pun boleh:

  • jual dari rumah
  • dapat mata wang USD
  • capai pembeli dari 190 negara
  • mulakan tanpa modal besar

Pasaran global bukan untuk orang kaya.
Ia untuk orang yang ada ilmu sama seperti nasihat Peter Tuchman.

Itulah prinsip hidup “Einstein of Wall Street” ini dan kalau betul-betul nak jadi trader berjaya. Bukan kena jadi cepat kaya, tapi kekal jadi orang berilmu.

Teringin berniaga di eBay, tak perlu duduk New York nak dapat gaji USD.

Jom mula belajar. Lihat maklumat mengenai kelas ebay di > SINI <

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top